CHAPTER 32

Drama Series 15767

"Ish! Macam mana boleh terlambat ni?! Tulah kau, lupa nak set jam!"

Dengan langkah yang tergesa-gesa seperti tidak cukup kaki, Rabi melangkah keluar dari rumahnya. Dengan rambutnya yang dibiarkan lepas, dipadankan dengan baju blouse labuh berwarna biru laut. Hanya baju biasa digunakan disertai dengan solekan nipis.

Ah, tak sempat!

Rabi terus menuju ke arah kereta Mini Cooper miliknya. Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta bergerak keluar dari rumah.

"Ya Allah, dah lambat ni. Menyesal aku layan k-drama malam tadi. Ni semua salah Qila. Sebab dialah aku terlambat." bebel Rabi.

Lah, salah sendiri tapi nak salahkan orang lain.

Kereta diberhentikan apabila lampu isyarat mula bertukar warna merah. Sementara menunggu lampu bertukar hijau, Rabi mengambil telefonnya untuk melihat sama ada perkara penting atau pun tidak.

"Sabar-sabar. Rasa macam artis pula, notification masuk banyak. Hehe. Acah kau Rabi." gumam Rabi sambil tertawa sendiri. Kemudian, telefonnya dicampak ke tempat penumpang disebelah apabila lampu bertukar warna hijau. Perlahan-lahan keretanya bergerak.

Sedang Rabi menyanyi kecil, matanya mula ternampak satu sosok jejaka yang terbongkok-bongkok di hadapan sebuah kereta. Matanya mengecil melihat jejaka itu.

"Dah kenapa tertonggeng-tonggeng tu? Tak tahan nak berak ke? Risau aku." kata Rabi sendirian. Dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Nasib saja tidak banyak kenderaan, maklumlah⎯dah pukul 10 pagi. Semua dah dekat tempat kerja.

"Hey, kau ok tak ni?" tegur Rabi pada sang jejaka itu. Keith aryan yang mendengar teguran tersebut mengangkat kepalanya sebelum tergamam.

Omo, crush dia depan mata!

"Ak-Saya ok. Cuma kereta saya rosak. Tiba-tiba je." jawab Keith aryan gugup. Rabi meng'oh'kan saja sebelum melihat kenderaan itu dari jarak dekat. Kedudukannnya yang betul betul disebelah Keith aryan mengundang rasa gugup pada jejaka itu.

Keith aryan hanya menahan debaran jantungnya. Namun⎯mukanya dibuat acah cool. Tak boleh nampak sangat. Nanti malu.

"Kereta kau ni kena pergi bengkel. Sebab macam rosak teruk. Kau nak pergi mana ni?" soal Rabi pada Keith aryan. Iris hijaunya mula memanah ke wajah jejaka itu. Keith aryan terasa hendak pengsan.

Oh please⎯jangan pandang dia. Dia dah nak pengsan dah ni. Tak sanggup nak tatap mata tu lama-lama.

"Saya nak pergi kerja. Dah lambat ni. Lagipun hari ni big boss datang, jadi semua pekerja diarahkan datang awal." Rabi menggumam faham. " Tolong jangan formal sangat. Gelar diri tu 'aku' je. Tak payah nak 'saya'. Rileks." ujar Rabi senpoi. Keith aryan mengangguk faham. Aduh⎯malu kena tegur.

Rasa nak letak muka ni dalam lubang jamban. Sesiapa tolong pinjamkan lubang jamban.

"Hm, apa kata kau naik aku? Nanti kau tunjuk arah mana nak ke tempat kerja kau. Boleh?" soal Rabi. Keith aryan membulatkan matanya. Tumpang kereta dengan crush? Oh my Allah⎯boleh pitam satu tahun dia macam ni.

"T-tak menyusahkan kau ke?" amboi kau Keith, tadi kemain saya-saya bagai. Sejak kena tegur dengan crush⎯terus tukar ye.

"Lah, tak ada istilah menyusahkan bagi aku. Lagipun kau kawan Luth kan? ex husband kawan aku. So, aku tolong jelah. Niat aku baik." kata Rabi dengan jelas. Keith mengangguk faham.

Dari tadi mengangguk je kerjanya.

"Dah jomlah. Dah lambat ni. Kereta kau ni nanti aku call pekerja bengkel. We gotta go now. You're late. Also me too." Keith aryan hanya mengikut Rabi dari belakang menuju ke kereta milik gadis itu.

'ARGHHHHHHHHHH TUMPANG CRUSH!!!! COOL KEITH, COOL!!!'

"So, nanti tunjuk arah jalan ok? Pakai tali pinggang, sebab aku takut kau tersadung ke depan je nanti. Aku bawa laju tau." ujar Rabi seraya tertawa kecil. Keith aryan yang melihatnya terpukau. MasyaAllah⎯bidadari dunia ke ni?

"Nanti belok kiri." Rabi mengangguk faham lalu membelokkan stereng keretanya ke arah kiri dengan menggunakan tangan kirinya sahaja. Keith aryan yang melihatnya cair.

Shit! Hot sia⎯

"Btw, aku nak ucap thanks kat kau. Sebab tolong kawan aku dengan family dia." ujar Keith aryan ikhlas. Rabi memandangnya sekilas sebelum memandang jalan raya.

"No hal. Actually⎯bukan aku yang suruh semua ni. Kan aku dah kata⎯Rief yang suruh. Dia kesian tengok bekas suami dengan keluarga mertua dia miskin. Lagipun⎯diorang pernah ada kaitan kan, as a family. So tak salah kalau tolong." ujar Rabi panjang lebar.

" Kau bukan ke ikut diorang? Pergi luar negara? Kenapa datang sini?" soal Keith aryan hairan. Setahunya⎯Luth mikael ada cakap yang Zarief iman dan keluarga serta rakan rakannya pergi ke luar negara bersama.

"Yep. Aku datang sini sebab syarikat aku ada masalah. So⎯aku nak tengok apa masalah syarikat aku." ujar Rabi tenang. Keith aryan hanya mengangguk faham.

Setelah 15 minit sampai di tempat kerja Keith aryan, mereka berhenti di hadapan bangunan megah itu. Keith aryan mengucapkan terima kasih kepada gadis itu.

Namun dia hairan apabila gadis itu turut turun sekali. Malah memarkir kereta di tempat parkir kenderaan bos.

"Aik⎯kau tak pergi kerja ke? Bukan kau dah lambat?" soal Keith aryan pelik. Rabi tersenyum nipis.

"Ini syarikat aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience