Dibuka Kembali
10 tahun kemudian.
2025 dah lama berlalu.
Kampung Titi Hitam dah berubah.
Rumah nombor 13 kini separuh roboh.
Dindingnya dipenuhi semak.
Tapi satu benda kekal: papan tanda kecil tergantung pada pintu.
Tulis:
> “Jangan masuk kalau kau belum bersedia untuk baca semuanya.”
---
Seorang budak lelaki — Adam, umur 17 tahun — datang ke kampung tu.
Dia pelajar kolej, buat kajian pasal “lagenda kampung hilang suara.”
Dia bawa kamera. Notepad. Dan satu buku kecil — yang diwariskan dari datuk saudaranya.
Datuk tu… ialah Arif.
---
Adam tak kenal siapa Aiman. Tak tahu cerita asal.
Tapi dalam buku warisan tu — ada satu nota di muka surat pertama:
> “Kalau kau jumpa rumah ni, dan kau rasa nak masuk…
kau kena baca buku ini sampai habis.
Kalau tak, jangan buka apa-apa.”
---
Adam langgar pesan tu.
Dia masuk juga. Rumah senyap. Tapi di ruang tamu —
ada meja kayu lama, dan atasnya… kotak besi.
Besi dah berkarat. Tapi penutupnya masih utuh.
Adam buka.
Dalamnya — buku hitam. Masih elok.
---
Dia selak helaian pertama.
Tak banyak faham. Ayat pelik. Gaya tulisan lama.
Tapi bila dia sampai ke tengah buku — kepalanya mula sakit.
Dia baca kuat:
> “Kalau kau baca ayat ni separuh… maka kau bukan pembaca, tapi pengulang.”
---
Adam berhenti. Buku jatuh ke lantai.
Tapi dalam kepala… ada satu suara.
Bukan suara hantu. Tapi suara orang menulis.
---
Dan suara tu sebut nama:
> “Arif…”
> “Aku tahu kau tak ada lagi. Tapi cerita kau belum habis…”
> “Sebab budak ni dah buka semula.”
> Cerita yang tak dibaca sampai habis… akan hidup semula bila dibuka oleh orang baru. Adam bukan penulis. Tapi dia pembaca pertama selepas cerita dikunci. Dan sekarang, cerita Lorong 404 akan mula bergerak semula — bukan dengan suara, tapi dengan tulisan orang yang tak tahu… bahawa dia baru buka pintu yang sama.
Share this novel