Aiman tak keluar rumah hari tu.
Telefon dia dimatikan. Langsir ditutup rapat. Dapur tak berasap. Dia hanya duduk di ruang tamu dengan baju semalam, mata merenung kain kuning yang dilipat kecil di atas meja.
Di sebelah kain tu, telefon dia berkelip.
Bateri habis… tapi skrin masih menyala.
Tertulis satu nama:
> Sofea.
---
Nama tu buat jantung Aiman berhenti sekejap.
Sofea… satu-satunya nama yang dia tak nak ingat. Nama yang dia dah padam dari kepala — atau cuba padam.
Dia bangun perlahan. Ambil buku nota lama dari laci. Satu buku yang dia tak pernah buka sejak 10 tahun lepas.
> “Kalau benda ni betul… kalau rumah nombor 13 tu muncul semula… itu maknanya semuanya belum habis.”
---
Malam tu.
Aiman buka satu helaian lama dalam buku tu.
Lukisan tangan budak kecil.
Gambar rumah. Gambar dua orang — abang dan adik.
Dan satu patung kayu kecil, macam patung ritual.
Di bawah lukisan tu tertulis:
> “SOFEA – 2012”
---
Dia masih ingat malam tu.
Masa tu dia baru umur 14. Baru pindah ke rumah lama peninggalan arwah atuk — rumah yang sekarang dikenali sebagai rumah nombor 13.
Masa tu, Sofea baru 8 tahun. Periang, suka melukis, suka bermain sembunyi-sembunyi. Tapi sejak berpindah ke rumah tu, Sofea berubah.
> Dia mula bercakap dengan dinding.
Dia letak bunga depan almari setiap malam.
Dia tak tidur dalam bilik. Dia tidur atas lantai, dan kata,
“Sebab bawah katil ada orang.”
---
Dan malam itu — malam yang ubah segalanya — berlaku kebakaran.
Tiba-tiba. Tanpa sebab. Api marak dari dalam bilik Sofea.
Semua lari keluar. Tapi Sofea…
Sofea tak keluar.
---
Selepas itu, rumah tu ditinggalkan.
Tiada siapa sentuh. Tiada siapa sebut.
Dan Aiman… cuba lupakan semuanya.
Tapi kini, selepas 10 tahun, rumah itu muncul semula. Dan kain kuning ini — bau ini — semuanya datang balik.
---
Dia buka telefon semula.
Ada satu mesej baru — kali ni dari alamat email pelik:
> from:
subject: Pulangkan
message:
“Dia tak mati. Tapi dia dikunci. Kalau kau lupa, dia akan cari orang baru untuk ingat.”
---
Aiman menggigil.
Dia capai kain kuning tu. Buka lipatan.
Dalamnya — ada cebisan gambar.
Separuh terbakar. Tapi dia nampak wajah. Wajah Sofea.
Dan satu tulisan comot di tepi:
> “Tolong aku keluar.”
---
Petang esoknya.
Aiman naik motor. Dia tak tahu ke mana. Tapi tangan dia bawa ke jalan yang dah lama dia tak lalu.
Taman Sri Mawar.
Dia berhenti depan padang kosong.
Tempat di mana rumah nombor 13 pernah wujud.
Tapi kali ni… padang tu tak kosong.
Dia nampak lorong kecil muncul semula.
Dua tiang kayu. Dan di hujungnya, rumah nombor 13 berdiri.
Tak usang. Tak runtuh. Tapi segar — macam baru dibina.
---
Dia matikan enjin. Jalan perlahan.
Rumah tu senyap. Pintu terbuka.
Dan atas lantai… kain kuning lain.
Di tengah kain tu, kotak kayu kecil — macam kotak setanggi. Tapi tutupnya terukir dengan tulisan:
> "Sofea."
---
Aiman langkah masuk. Dada berdegup. Dia tak tahu sama ada dia masuk kerana rasa bersalah — atau kerana dia tahu, semuanya belum habis.
Dalam rumah, lilin menyala sendiri.
Dan cermin lama di dinding masih tergantung.
Dia nampak diri sendiri dalam pantulan. Tapi kali ni… ada satu budak kecil berdiri di sebelah kiri dia. Rambut panjang. Muka tak jelas.
Budak tu angkat tangan. Tulis di cermin dengan jari:
> “Kenapa abang tinggal?”
---
Aiman tutup mata.
> “Sofea… aku tak tinggal kau. Aku lari.”
> “Sebab aku takut…”
---
Angin sejuk tiup dari belakang. Tapi dia tak pusing.
Dia berdiri tegak, dan sebut perlahan:
> “Kalau kau masih di sini… aku datang bukan untuk lari lagi.”
> “Tapi untuk buka balik pintu yang kita tertutup dulu.”
---
Cermin retak. Lampu lilin padam.
Dan suara halus bergema:
> “Tapi bukan aku seorang dalam rumah ni…”
Rahsia lama terbongkar. Sofea bukan hantu biasa. Tapi roh yang terperangkap — dan Aiman mula ingat semula semuanya. Tapi siapa lagi ada dalam rumah tu? Kalau Sofea dikunci... siapa yang jaga kunci tu?
Share this novel