Series
4430
Pulang sahaja dari kerja junaidi terus memasuki perkarangan rumah ibunya. Dia mematikan enjin kereta kemudian keluar dari kereta memasuki rumah.
"Along kamu baru balik ke?" soal ibu yang berada di ruang tamu. Junaidi melangkah ke arah sofa dan duduk di hadapan ibunya.
"Haah along baru balik tadi dekat pejabat banyak kerja. Ibu dah makan ke?" soal junaidi kepada ibunya.
"Ibu dengan angah dah makan cuma aini tak nak makan. Ibu dah pujuk pun dia tak nak makan" ujar ibu dan mengeluh perlahan.
"Kenapa aini tak makan?" soal junaidi risau.
"Ibu rasa kila ada cakap sesuatu dekat aini sebab masa aini masuk rumah tadi dia terserempak dengan kila ibu nampak muka aini lain dah tadi. Entah lah ibu pun tak tau dah nak nasihat apa dekat kila tu" ujar ibu panjang lebar.
"Tak pe lah ibu kalau macam tu along naik atas dulu" ujar junaidi seraya bangun dn menuju ke arah tangga.
Masuk sahaja ke dalam bilik dia lihat aini sedang tidur. Dia merapati isterinya itu dan melekapkan belakang tangan di dahi aini.
Setelah berbuat begitu junaidi menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.
Selesai solat maghrib junaidi menghampiri aini dan duduk di sebelah aini. Dia mengusap lembuat kepala isterinya.
"Sayang... sayang" kejut junaidi tetapi aini langsung tidak bergerak. Hampir beberapa kali junaidi mengejutkan isterinya yang sedang tidur akhirnya aini membuka mata perlahan.
Aini berpusing menghadap suaminya lalu memeluk tubuh itu dan menyembamkan muka di dada suaminya. Junaidi terkaku bila mendengar tangisan halus isterinya.
Dia cuba melonggarkan pelukan di pinggangnya kerana ingin melihat wajah isterinya. Namun aini mengeraskan badan dan tangisannya semakin kuat.
"Sayang nape nii?" soal junaidi risau sambil menggosok perlahan belakang badan isterinya.
"Hubby... " nangis aini lagi teresak esak. Junaidi risau namun isterinya tak mahu bangun dan hanya duduk dalam keadaan seperti tadi masih lagi mengeraskan badan.
"Sayang cakap lah nape ni? " pujuk junaidi lagi dia cuba mengundurkan sedikit badannya namun tidak berjaya.
Aini mangangkat perlahan wajahnya dan mendongak ke atas untuk melihat wajah suaminya. Setelah esakannya semakin reda aini menarik nafas dalam.
"Cuba cerita dekat hubby apa yang jadi? " soal junaidi risau.
Flashback.
Masuk sahaja aini ke dalam rumah itu dia terserempak dengan kila. Namun dia hanya buat tak tahu dan ingin memulakan langkahnya ke atas.
Namun pergelangan tangannya direntap kasar oleh kila. Aini meringis kesakitan.
"Kila lepaslah" rungut aini dengan mata bergenang.
"Boleh je kalau aku lepaskan tangan kau tapi kau kena lapaskan junaidi kepada aku" ujar kila sambil menekankan pegangan pada tangan aini.
"Aku tak nak kila dia suami aku. Kalau aku minta dia ceraikan aku pun dia takkan buat semua tu." ujar aini masih lagi berusaha untuk menarik tangannya dari pegangan kila.
"Eh kalau along tak buat semua tu aku boleh gunakan bomoh untuk hancurkan rumah tangga korang ataupun aku fitnah kau keluar dengan jantan lain pada junaidi." ujar kila sambil tersenyum sinis dan meninggalkan aini di situ.
Aini terkaku dan mengalirkan air mata. Sungguh dia tidak percaya kila sanggup akan lakukan semua itu.
"Ya allah apa lagi ujianmu" rintih aini perlahan dan berlalu masuk ke bilik.
End flashback.
Share this novel