Series
4430
Aini menuruni tangga dan terserempak dengan Kila. Aini hanya melangkah turun tanpa menghiraukan Kila di situ.
"Eh perempuan" panggil kila dan mengikuti langkah aini turun ke bawah. Aini hanya buat tak tahu dan melangkah ke dapur.
"Eh kau ni memang tak reti nak hormat orang kan" kila merentap tangan aini kasar.
"Kau nak ape kila? " soal aini menarik tangannya dari di pegang kila.
"Aku nak kau minta cerai dekat junaidi" ujar kila sinis.
"Kau jangan harap aku nak lepaskan dia pada perempuan macam kau. Disebabkan kau rumah tangga aku hampir hancur dan kau rasa junaidi boleh terima ke orang macam kau walaupun aku tinggalkan dia" balas aini
"Kurang ajar kau perempuan!" marah kila lalu menolak tubuh aini hingga jatub ke lantai.
"Argh" aini menjerit kesakitan di bahagian intimnya yang mula mengeluarkan darah.
Kila terkejut melihat darah keluar dari celah kelangkang aini.
"Kila kau buat ape dekat kaklong!" marah angah dan menolak tubuh kila ke belakang.
Angah yang baru balik dari kolej terkejut melihat keadaan kakak iparnya.
"Angah tolong panggil along" rintih aini sambil mengeluarkan air matanya. Sakit yang dia rasakan di bahagian intim membuatkan dia merasa lemah.
"Kejap kaklong" agah berpusing dan menjeling tajam ke arah kila. Dia berlalu naik ke tangga dan menuju ke bilik abangnya.
"Along! along! " kila mengetuk pintu bilik dengan kuat.
"Ape angah?" soal junaidi.
"Kaklong berdarah cepat turun" Angah terus menarik tangan junaidi menuju ke dapur.
Sampai sahaja di dapur dia melihat isterinya menekan tangan pada bahagian perut dan bahagian intimnya.
"Sayang" panggil junaidi dan mencempung tubuh isterinya dibawa ke arah kereta untuk ke hospital.
"Angah kau drive pergi hospital cepat" angah hanya mengangguk dan memulakan pemanduan.
Junaidi melihat wajah isterinya yang pucat di ribaannya sambil mengeluarkan air mata tanpa henti.
"Hubby sakit" rintih aini.
"Sabar sayang kejap lagi kita sampai hospital" pujuk junaidi.
Sampai sahaja di hospital aini dibawa ke wad kecemasan dan junaidi hanya menunggu di luar kerana tidak dibenarkan masuk.
Junaidi menelefon ibu dan abah aini memberitahu bahawa aini masuk ke dalam hospital.
Tidak lama kemudian doktor yang merawat aini keluar dan menuju ke arah juanidi.
"Doktor macam mana keadaan isteri saya? " soal junaidi cemas.
"Isteri encik dan kandungannya tak apa apa. Mujur lah encik sempat bawa ke hospital secepat mungkin kalau tak kandungan akan mengalami keguguran." terang doktor itu.
" Maksud doktor kandungan?" soal junaidi pelik.
"Encik tidak tahu ke isteri encik mengandung hampir 2 bulan" beritahu doktor itu lantas tersenyum.
"Alhamdulillah terima kasih ya allah. Terima kasih doktor" ujar junaidi penuh syukur.
"Boleh saya melawat isteri saya? " tanya junaidi lagi.
" boleh tapi encik kena tunggu selepas dipindahkan di wad biasa" ujar doktor itu dan berlalu pergi.
Share this novel