Series
4430
Akhirnya aini menerima pinangan dari lelaki itu kerana sokongan dan nasihat dari rakannya.
Tapi disebalik semua itu dia hanya mahu menyakitkan hati lelaki itu seperti mana sakit hatinya ketika menanti setia lelaki itu.
Beberapa minggu yang lalu keluarganya telah datang ke rumah kakak tirinya itu untuk majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Hari ini junaidi mengajak dia pergi mencari barang keperluan untuk majlis nanti.
"Tu kereta bakal laki hang dah sampai aini." kakyah memaklumkan kepada aini yang sedang menikmati brekfast.
"panggil lah junaidi masuk aini" arah ibu
"biar lah dia ibu pandai lah dia masuk sendiri nanti" malas aini mahu menjemput lelaki itu masuk.
"aini aini apa nak jadi hang nii esok dah nak jadi bini orang" keluh abah perlahan dengan sikap aini.
Abah berlalu pergi ke arah kereta junaidi dan mengajak lelaki itu masuk.
Junaidi bersalaman dengan ahli keluarga aini yang lelaki sahaja dan ibu.
Junaidi seorang yang menjaga batas pergaulan dengan wanita bukan mahram.
Junaidi mengalihkan pandangan ke arah aini yang sedang makan tanpa menghiraukan dirinya.
Dan dia mendapat jelingan daripada aini.
"aini cepat sikit dia tengah tunggu hang tu" ujar abah.
" Takpa pakcik biarlah dia makan dulu." junaidi tidak mahu mengganggu waktu makan wanita kesayangannya itu.
"Aini cepat" tekan abah lagi membuatkan aini bangun daripada duduknya dan terus berlalu ke dalam kereta.
"Macam tu lah perangai dia junaidi bila kacau dia tengah makan." beritahu ibu takut lelaki itu tersinggung melihat perangai anak perempuannya yang bongsu.
"Tak pa pakcik kitorang pergi dulu" dia bersalaman dengan semua dan berlalu masuk ke dalam kereta.
Dia melihat aini tengah bermain telefon dan tidak menghiraukan dirinya.
Share this novel