Bab 28

Romance Series 4430

Masuk sahaja ke dalam rumah aini masuk ke dalam bilik diikuti suaminya dari belakang.

"Sayang esok kita kena balik rumah tok kejap lepastu minggu depan kita balik rumah ibu abang dekat kuantan." beritahu junaidi.

Aini hanya mengangguk dan duduk di sisi katil.

"Sayang jangan lah sedih macam nii nanti kita balik rumah ibu dengan abah ye" dia cuba memujuk isterinya yang tak henti² mengalirkan air mata.

"rindu ibuu" rengek aini perlahan dan meletakkan kepala di atas bahu suaminya.

"Ye abang tahu sayang" dia menucup lembut ubun² isterinya.

"Awak saya nak tanya something boleh? " soal aini sambil mengangkat kepalanya dan memandang lelaki itu.

"Apa?" soal junaidi sambil menggenggam tangan isterinya.

"kenapa kawin dengan saya? " soalan dari isterinya itu membuatkan pergerakannya terhenti.

"Kenapa sayang tanya macam tu" dia ingin mengelak menjawab soalan dari isterinya.

"Dari dulu awak tak suka kan saya tapi kenapa awak kawin dengan saya? " soal aini air matanya dah mengalir lebat.

"Because i love you sayang." ujarnya sambil mengelap air mata isterinya.

"Tapi sejak bila?" soal aini mahukan kepastian.

"Sejak pertama kali kita kenal dekat media sosial.
Abang sengaja abaikan sayang supaya kita berdua tak terlibat dalam zina. Sayang tau kan couple tu haram.Sebab tu abang tunggu masa untuk halalkan sayang" junaidi mengelap air mata isterinya tanpa henti.

Aini terpana mendengar semua itu selepas seminggu mereka berkahwin baru sekarang lelaki itu memberitahu kebenaran padanya.

Dia terus memeluk tubuh suaminya itu dengan air mata kegembiraan.Dia bersyukir sangat kerana selama ini allah ada rancangan lebih baik untuk dirinya.

Junaidi membalas pelukan isterinya dan mencium ubun kepala aini.

"Dah saya nak keluar masak kakyah sorang kat dapur tu" aini menolak perlahan dia tersenyum malu mendengar pengakuan lelaki yang dicintainya itu.

Belun sempat dia bangun tangannya di tarik dan menyebabkan dia jatuh atas riba lelaki itu.

"Arggg.. awak lepas lah saya nak keluar masak" aini meronta perlahan untuk di lepaskan.

"No sayang kena panggil abang dulu baru abang lepaskan. Kalau tak sampai esok pagi pun abang tak lepas." dia memeluk tubuh isterinya itu dan mencium rambut isterinya wangi.

"Abang saya nak keluar boleh? " aini hanya menurut perintah suaminya.

"Ok get up" dia melepaskan aini pergi mengambil tudung dan memakainya.

"Abang nak keluar ke?" soal aini.

"Tak kut ada keja sikit nanti abang keluar" Junaidi berlalu ke arah meja dan membuat kerja melalui laptop.

Aini terus berlalu keluar dan menuju ke dapur.

Sampai sahaja di dapur dia melihat kakaknya sedang memasak.

"Lambat turun aini hang buat apa?" soal kakyah penuh makna tersirat.

"Ish apa kak cakap macam tu aini tengah kemas barang sebab kami pun minggu depan nak balik kuantan rumah ibu junaidi" aini memberitahu kepada kakak tiri nya.

"Hmmm orang nak balik dah anak aq sapa nak jaga dia rinduu kat maklang dia nanti" kakyah cuba memujuk.

"Alaaa kak ni nanti kami mari la pulak" aini mengambil anaj saudaranya yang berada di ruang tamu dan menuju ke dapur.

"Akyang" suara hafizah yang sedang berlari ke arahnya membuatkan dia tersenyum dan mendepangkan kedua belah tangan nya

Aini memusingkan hafizah yang sudah berada di dalam pelukannya.

Mengekek ketawa hafizah bila di pusingkan oleh maklang nya.

"Amboii hafizah ja yang lain ni aini? " suara abang iparnya menghentikan pusingan aini.

"Tu lah maklang ni hafizah jaaa. Jom wan hafiz" rajuk firdaus dan berlalu masuk ke dalam.

"Tengok tu sayang diorang dah merajuk" tegur junaidi sambil membetulkan tudung aini yang sudah terselak ke atas.

"Tak lah maklang sayang sama ja" ujar aini dan kembali menggomol hafizah yang sudah mengekek ketawa.

Macam biasa waktu makan mereka hanya diam dan aini menyuap bubur kepada hafizah.

"Aini hang makan lah mai sini kak suap dia makan" pinta kakyah dan mengambil hafizah di bawa ke bilik mereka.

"Aini hang kemas na abang nak ikut kak hang" ujar abang iparnya dan berlalu ke dalam bilik mereka.

"Abang memang tak boleh jauh dengan kakak ke sayang?" tanya junaidi.

"Akak dengan abang memang macam tu lah pantang jauh sikit"Aini seronok lihat kemesraan antara kakak dan abang iparnya.

"Sayang abang rasa kan kita kena tukar panggilan lah sebab nanti kalau sayang panggil abang² sayang suami sayang pulak yang menyahut nanti." ujar junaidi panjang lebar.

"Okay kalau macam tu saya panggil awak hubby ok" aini suka dengan panggilan itu.

"Ok sayang" mereka berdua ketawa bersama.
Selepas makan aini menuju ke singki untuk membasuh pinggan tiba tiba ada tangan yang mencuit pinggangnya

Dia menoleh ke belakang terlihat suaminya yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Hubby buat kat dapur nii pergi la masuk bilik dulu sayang nak basuh pinggan." tanpa sedar aini telah menggelar dirinya dengan panggilan sayang.

"tak pe lah hubby temankan sayang" aini hanya membiarkan lelaki itu berlalu dan menuju ke arah meja makan sambil bermain telefon.

Selesai basuh pinggan aini mengajak suaminya masuk ke dalam bilik untuk solat zohor.

Selepas solat aini mencium tangan suaminya. Dan junaidi mencium dahinya.

"Sayang nak tidur ke? " soal junaidi apabila isterinya sudah baring di atas katil.

"hmmm sayang nak tidur penat" ujar aini dan memejamkan mata.

Junaidi berlalu ke meja untuk melakukan kerjanya yang tertangguh sebelum dia mula masuk kerja pada minggu hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience