Series
4430
"assalamualaikum"serentak mereka memberi salam apabila sampai di rumah iza.
"waalaikumsalam" jawab farah iaitu adik kepada iza.
"iza ada?" tanya niza manakala aini hanya menunggu sahaja sambil mata melihat sekeliling kawasan rumah baru iza
"ada jap" terus sahaja farah berlalu ke dalam rumah untuk memanggil kakaknya itu.
"kak niza dengan aini mari" beritahu farah
"mengarut hang aini duk pahang kalau dia nak mai dia bagitau aq dah" tak percaya iza
"p tengok kat luar sendiri"terus sahaja farah berlalu ke dapur untuk membuat air.
Iza terus sahaja bergegas ke luar rumahnya dan.... "weyh!!! " jerit iza lantang dan terus berlari memeluk aini seakan tidak percaya dengan kehadiran rakannya itu.
"bila sampai? " tanya iza sebaik sahaja melepaskan rakannya itu."aq sampai lepas zohor tadi"balas aini."weyh rindunya kat hang"sambung iza lagi dengan riak terujanya
"amboii nampaknya orang dah lupa kat aq naa takpa cek oii"rajuk noriza.Terus sahaja aini dan iza menoleh ke arah suara noriza dan mereka ketawa.
Sungguh aini berasa sangat gembira dapat bertemu dengan sahabat-sahabatnya itu. Tanpa mereka sedar dari tadi ada sepasang mata sedang memerhati ke arah mereka lebih tepat aini.
Noriza ternampak sepasang mata yang memerhatikan mereka itu sedang tersenyum memandang ke arah aini terus sahaja dia menyiku lengan aini.
"weyh aini tu tengok tu"tunjuk noriza ke arah itu.Aini dan iza berpaling ke arah itu terus mati senyuman di bibir aini dan berpaling semula ke arah rakannya.
"jom masuk dalam umah iza niza" ajak aini sambil menarik pergelangan kedua rakannya itu.
Loghat kedah tak boleh tinggal:) Enjoy reading
Share this novel