Series
4430
"Sayang cepatlah hubby gurau je" pujuk junaidi seraya memagut lembut bibir aini.
Aini tersenyum gembira. Aini menolak perlahan wajah junaidi dan mengikat tie di leher suaminya.
Junaidi memeluk erat pinggang aini. Setelah siap mengikat tie junaidi tunduk mencium perut isterinya.
"Sayang daddy jangan susahkan mummy ye. Daddy tak nak korang selalu kick perut mummy tau" ujar junaidi.
"Tskk... " rengek aini seraya tersenyum gembira apabila anak di dalam perutnya seolah mengerti dan menendang perutnya.
Junaidi turut tersenyum dan mencium dahi aini. Setelah kelibat junaidi hilang dari pandangan mata aini terus membaringkan badannya.
Tidak sampai beberapa minit aini terlelap.
Tepat jam pukul 8 malam junaidi pulang ke rumah setelah menguruskan hal pejabat sebelum dia mengambil cuti untuk menjaga isterinya yang berada dalam pantang.
Junaidi terus masuk ke biliknya untuk membersihkan diri. Masuk sahaja ke dalam bilik dia lihat isterinya sedang tidur sengan nyenyak.
Dia berlalu ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Setelah membersihkan diri junaidi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Setelah selesai solat dia menuju ke arah isterinya yang sedang tidur. Dia duduk sandarkan badan di kepala katil sambil bermain telefon.
Aini bergerak kerana tidak selesa di bahagian perut dan pinggangnya. Aini beralih menghadap junaidi sambil meringis sakit di bahagian pinggang.
"Ermgh.. " suara aini kedengaran meringis kesakitan. Junaidi meletakkan telefonnya di tepi bantal dan mengiringkan badan menghadap aini.
"Sayang.. sayang.." junaidi menggerakkan isterinya yang sedang pejamkan mata. Tidak lama kemudian aini mencelikkan mata.
Dia bangun dari pembaringan sambil meringis sakit. Junaidi membantu aini bangun dan disandarkan di dadanya.
"Sayang sakit pinggang? " soal junaidi. Aini hanya mengangguk dengan mata terpejam.
"Sayang cuba tidur macam ni dulu nanti kalau tak boleh juga hubby tolong urutkan" ujar junaidi.
Semenjak kandungan isterinya mencecah 8 bulan aini selalu tak boleh tidur malam kerana dia akan merasa sakit di bahagian pinggang dan akibat tendangan di dalam perut.
"Hubby tolong urut pinggang, tak boleh tidur la" pinta aini.
"Jom pusing hubby urutkan" ujar junaidi seraya membantu aini tidur menghadap dirinya.
Dia mengurut lembut belakang pinggang istrinya. "ermmghh" sesekali aini meringis sakit.
Setelah hampir setenga jam junaidi mengurut pinggang aini yang telah tidur pulas sambil memeluk dirinya junaidi turut tertidur
Sorry lh saya tak tau sgt pasal org mengandung nii. Hehe
Share this novel