Bab 32

Romance Series 4430

Sampai sahaja di jeti kuala perlis junaidi mengejutkan isterinya yang sedang tidur.

"Sayang.. sayang bangun kita dah sampai nii" aini terbangun dari tidur dan melihat sekeliling.

"Hubby ... lapar" rengek aini dengan mata terpejam.

"Kejap sayang kita cari restoran dekat depan tu nanti kita singgah." Junaidi terus memulakan pemanduannya.

"Sayang tolong ambil fon jap dalam poket seluar hubby" pinta junaidi

Aini mencari telefon suaminya dan menjawab panggilan ditekapkan di telinga suaminya.

"Helo ibu"
"Ye ibu kitorang dah dekat perlis dah nii kejap lagi lepas makan kitorang terus gerak ke kuantan.
"Sayang ibu nak cakap" dia memberitahu isterinya yang sedang memandang nya dari tadi.

"Helo ibu" aini menyapa ibu mertuanya.
"Ye ibu nanti aini bagitau dia"sahut aini.
"Ok ibu assalamualaikum" aini terus mematikan panggilan setelah salamnya di jawab oleh ibu mertuanya.

"Ibu cakap ape sayang?" tanya junaidi.

"Ibu suruh hubby berhenti drive kalau penat ibu suruh tidur dulu. Hubby fon ni nak letak mana?" tanya aini yang masih memegang telefon suaminya.

"sayang letak je dekat handbag sayang" dia membelok masuk ke arah satu kedai.

"Jom turun sayang" junaidi membuka tali pinggang dan keluar dari kereta.

Dia menuju ke arah pintu kereta isterinya dan membukakan pintu untuk aini.

Dia memimpin tangan aini masuk ke sebuah restoran.

"Jom kita duduk sini" ajak junaidi dan menarik kerusi untuk isterinya duduk.

"Thanks hubby" aini melabuhkan duduk di tepi suaminya.

Seorang pelayan restoran datang dan mereka membuat pesanan.

Tidak lama kemudian makanan mereka sampai dan mereka menjamu makanan dengan berselera.

"Sayang hubby nak pergi tandas jap sayang tunggu boleh" Aini hanya mengangguk selepas makan aini menunggu suaminya di situ

Tiba tiba seorang lelaki duduk di depannya. Aini sudah berasa tidak selesa dia mengambil beg tangannya dan ingin berlalu pergi.

Belum sempat dia melangkah tangannya ditarik dan di cengkam kuat.

"Lepas lah" aini meronta untuk melepaskan tangannya dari lelaki asing itu

Kawasan mereka duduk jauh dari pengunjung lain dan juga kawasan tertutup.

"Kau ikut aku sekarang juga" Lelaki itu menarik tangan aini

"Lepas lah jangan kacau aku" aini sudah menangis di situ dan lelaki itu masih cuba untuk menarik aini mengikutinya.

"Lepas lah" aini tidak tahu untuk buat apa dia tidak dapat melawan lelaki yang berbadan besar itu.

"Lepaskan aku lah gila" aini meronta sekuat hati tetapi tidak berjaya.

"Woii" Aini menoleh ke arah suara itu dan dia cuba merentap tangannya.

"Lepaskan isteri aku" Junaidi menarik tangan lelaki itu dengan kasar sehingga terlepas pegangan di tangan aini.

"Berani kau sentuh isteri aku. kau memang nak kena" tanpa menunggu terus sahaja dia memukul lelaki itu sehingga lelaki itu tidak dapat bangun.

Selepas memukul lelaki itu dia menarik aini mengikuti langkahnya menuju ke kereta. Orang ramai tidak dipedulikan

"Masuk sayang" Arah junaidi sambil membukakan pintu di sebelah penumpang.

Masuk sahaja di dalam kereta dia menarik isterinya.

Aini menagis teresak esak di dalam pelukan suaminya.

"Dah sayang jangan nangis tak de ape pon" dia masih memujuk isterinya itu.

Dia mengelap air mata isterinya itu dan merebahkan badan isterinya

"Sayang tidur dulu" dia merebah kusyen isterinya dan membuka tudung.

Cermin kereta yang gelap memudahkan isterinya untuk membuka tudung.

Setelah memastikan isterinya tidur dia memulakan pemanduan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience