Bab 42

Romance Series 4430

Junaidi mengejutkan aini yang sedang tidur pulas di atas sofa.

"sayang bangun jom kita balik" ajak junaidi dan mengemaskan barang yang berselerak di atas meja.

Aini bangun dan menggosok matanya perlahan dan bangun memeluk suaminya dari belakang.

"Sayang duduk sana dulu hubby nak kemas" ujar junaidi sambil mengusap perlahan kepala isterinya yang ditutupi selendang hitam.

Aini menggelengkan kepala perlahan dan masuk ke arah hadapan suaminya lalu memeluk tubuh yang sedang mengemaskan meja.

Junaidi hanya membiarkan kerana ketinggian isterinya hanya paras dadanya sahaja.

"Dah jom" ajak junaidi sambil memimpin tangan isterinya keluar dari pejabat dan terus berlalu ke kereta junaidi.

"Hubby lapar" rengek aini. Junaidi menoleh dan tersenyum.

"Jom lah kita masuk makan dulu sementara tak balik lagi" ajak junaidi.

"Sayang nak masak lah hubby" beritahu aini sambil memandang wajah suaminya.

"ok kalau macam tu kita balik masak dekat rumah barang semua dah ada" aini hanya mengangguk.

Junaidi memulakan pemanduan dan menuju pulang ke rumah.

Sampai sahaja di depan rumah aini terus turun dan menunggi suaminya untuk masuk sekali ke dalam rumah.

Mereka terus menuju ke bilik tidur mereka untuk membersihkan diri dan solat sebelum masak.

Aini dan junaidi menuju ke dapur untuk memulakan masakan.

"Sayang nak masak ape ni? " soal junaidi sambil membelek bahan yang ada di atas meja.

"Ayam masak merah" jawab aini ringkas dan mengambil beberapa biji bawang.

"Hubby nak makan ape? " soal aini

"Hubby tak kisah pun asalkan dari masakan sayang" jawab junaidi menolong aini mengupas bawang.

Setelah selesai masak mereka baru teringat angah yang tidak nampak muka dari mereka pulang tadi.

"Angah ade dalam bilik kot" teka aini.

"Sayang pergi panggil dia ajak makan" suruh junaidi dan dia berlalu ke bilik mereka untuk menelefon ibu.

Aini menuju ke bilik angah dan mengetuk pintu itu berkali kali.

"Angah jom turun makan" ajak aini setelah pintu dibuka.

"Kila mana ajak dia sekali" pelawa aini.

"Dia tak nak ikut angah balik tadi katanya nak jumpa orang" beritahu angah dan menarik tangan aini menuruni tangga.

Sampai sahaja di dapur mereka lihat junaidi sedang menunggu.

"Eh angah kau buat ape lama sangat dalam bilik tu" bebel junaidi tidak puas hati.

"Dah jangan gaduh jom makan" potong aini sebelum angah memulakan bicara.

Mereka hanya makan sesekali ketawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience