Bab 52

Romance Series 4430

Junaidi masuk ke dalam wad isterinya dia melihat isterinya sedang tidur nyenyak. Sudah hampir dua hari dia tidak pulang ke rumah kerana menemani isterinya.

Pasal kila dia akan bincangkan selepas aini dibenarkan pulang. Deringan telefon membuatkan junaidi mencari bunyi itu.

Junaidi mengambil telefon aini di dalam beg pakaian isterinya. Di situ tertera nombor yang tidak diketahui.

"Helo" sapa junaidi
"Ni Cik Nuraini ke? " soal suara di sebelah sana.
"Saya suami nya kenape ye? " soal junaidi semula.
"Kami ingin memaklumkan bahawa ibu dan abah kepada cik nuraini meninggal dunia kerana rumah mereka terbakar." beritahu suara lelaki itu.
"Astaghfirullah hal azim terima kasih ye kerana maklumkan kami." panggilan terus di matikan.

Junaidi melihat wajah isterinya yang sedang tidur. Dia berfikir cara bagaimana untuk memberitahu isterinya. Dia sendiri sedih tapi dia harus kuat demi isterinya.

Junaidi menuju ke arah katil dan duduk di sisi katil. Dia mengusap lembut kepala isterinya.

"Sayang... sayang.. " kejut junaidi lembut. Aini mencelikkan mata dan memeluk paha suaminya dengan mata terpejam.

"Sayang hubby ade benda nak cakap ni" bagitau junaidi.

"Ape? " soal aini mendongak memandang suaminya.

"Rumah ibu dengan abah terbakar. Ibu dengan abah meninggal" ujar junaidi perlahan.

Aini bangun dan memandang suaminya tidak percaya.

"Hubby jangan main main boleh tak" ujar aini masih lagi tidak percaya.

"Sayang hubby tak main main" junaidi cuba memujuk.

"Tak hubby ibu dengan abah tak boleh pergi diorang dah janji nak jaga sayang dengan baby bila sayang bersalin nanti" aini sudah menangis di bahu suaminya.

"Sabar sayang hubby tau sayang kuat. Sayang kena kuat demi baby dalam perut sayang" junaidi mengusap perlahan perut isterinya.

Aini menangi teresak esak di bahu suaminya. Junaidi tidak lagi mendengr esak tangis isterinya. Dia melihat isterinya hanya termenung.

"Hubby sayang nak pergi tengok ibu dengan abah buat kali terakhir" rayu aini.

"Ye sayang nanti hubby bagitau doktor." pujuk junaidi lagi.

Aini hanya mengangguk dan berlalu mengemas pakaian dan barangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience