Series
4430
Aini terjaga dari tidur dia melihat wajah di depannya yang sedang tidur sambil memeluk pinggangnya.
Aini tersenyum mengingati kisah semalam. Dia sangat malu.
Sedang dia ralit memandang wajah itu, junaidi mencelikkan mata dan mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya di bawah selimut tanpa pakaian.
Aini memejamkan mata dan berpura pura tidur. Junaidi tersenyum melihat wajah isterinya yang memerah itu.
Dia mengucup lembut bibir isterinya itu membuatkan aini membuka mata dengan spontan.
"Sayang tak tidur, ingatkan dah tidur baru nak tambah lagi 5 round" usik junaidi
"Hubby!!! " aini menampar lembut dada suaminya dan menyembamkan muka di dada itu.
Junaidi tergelak melihat wajah isterinya yang sudah merah seperti tomato.
"Jom bangun mandi solat sekali" ajak junaidi mencapai tuala dan disarungkan di pinggangnya
Dia menghulurkan tuala kepada aini. Aini mengambil tuala itu menutupi dadanya hingga ke paha.
Junaidi menghulurkan tangan kepada aini dan menariknya perlahan.
Aini meringis sakit di bahagian intimnya dan terduduk semula di katil.
"Sayang sakit sangat ke? " soal junaidi cemas.
Aini hanya menganggukkan kepala perlahan.
"Sorry hubby tak sengaja" Junaidi mengangkat tubuh isterinya lalu dibawa ke bilik air. Aini ketawa gembira.
Selesai solat mereka turun ke bawah untuk sarapan.
"Along, Aini duduklah makan sekali" pelawa ibu.
Sedang mereka makan ada tangan yang mencuit pinggang aini membuatkan dia tersentak.
"Angah kaklong tengah makan nanti tercekik macam mana" geram aini
"Sorry kaklong." angah sudah membuat muka comel dan aini tergelak melihatnya.
"Kau ingat cantik ke buat gitu" ejek junaidi sambil tersenyum sinis.
"Eh along ape tu? " soal angah sambil jari telunjuk terarah ke leher abangnya yang terdapat banyak kesan merah.
"ape?" soal junaidi tidak faham.
"tu dekat leher along kena gigit nyamuk ke?" soalan yang dilontarkan angah membuatkan aini tersedak.
uhuk! uhuk! uhuk!
Mati hang aini yang hang pi buat kissmark tu pasaipa' aini berkata dalam hati.
Junaidi menggosok perlahan belakang isterinya sambil tersenyum.
"haah angah nyamuk betina ada dalam bilik aku tau, habis satu badan aku kena gigit" aini sudah malu mendengar jawapan dari suaminya.
"ibu aini masuk dulu ye nak pergi toilet" aini terus bangun menuju ke atas. Ibu tergelak melihat gelagat menantunya.
"along betul ke kena gigit nyamuk ni" soal angah membelek leher abangnya.
"kau tak kawin lagi kau diam angah" bidas junaidi dan berlalu ke dalam.
" tu kenape tu bini merajuk ke" soal kila yang baru muncul.
"Biasa lah rumah tangga ada sweet² gitu" balas angah dan ibu makan tanpa menghiraukan kila.
Kila terus berlalu ke bilil geram. Ibu dan angah sudah ketawa terbahak bahak
Masuk sahaja ke dalam bilik junaidi melihat isterinya sedang bersiap.
"Sayang nak pergi mana?" soal junaidi.
"Sayang nak pergi mall dengan angah boleh kan hubby?" jawab aini dan sekaligus bertanya.
"Ye sayang pergilah tapi nanti lepas pergi mall singgah dekat pejabat hubby ye" ujar junaidi.
Junaidi mepunyai perusahaan sendiri seperti restoran. Di dalam malaysia terdapat 5 buah restoran.
Antaranya di di Kuantan bagi negeri Pahang.
"Pejabat hubby dekat mana?" soal junaidi.
"nanti sayang ajak je angah pergi dia tau lah jawab junaidi.
Dia bersiap siap untuk ke pejabat. Dan memesan supaya isterinya datang ke pejabat miliknya.
Share this novel