Series
4430
Aini terfikir untuk membawa diri tinggal bersama kakak tirinya Alia Mustafa.Aini dan alia adalah adik beradik tiri dari ayah yang berlainan dan ibu yang sama.
Di dalam feri dia terfikir jika dia bertemu dengan Aidi.Dia takut untuk bertentang mata dengan lelaki itu tapi apakan daya dia terlalu merindui sahabat baiknya.
Jadi aini membuat keputusan untuk memberi kejutan kepada kedua orang sahabatnya yang berada di langkawi itu.
Fikirannya melayang teringatkan kedua ibu bapanya semasa dia ingin pergi semalam, sungguh sedih untuk dia meninggalkan kedua ibu bapanya.
Tut......
Bunyi yang keluar dari feri menandakan bahawa dia telah sampai di jeti feri Bandar Kuah itu. Dari jauh dia nampak burung helang yang berdiri megah di hadapan jeti feri itu.
Apabila keluar dari feri itu dia berjalan menuju ke luar tempat menunggu kenderaan menjemput untuk pergi ke mana2
Dia menelefon kakaknya..
"Hello"
"Hello dah sampai kot"
"Dah kak kat mana?"
"kat depan KFC nii jalan mai sini"
"ok"
Setelah panggilan dimatikan dia berjalan ke arah yang telah di beritahu oleh kakaknya tadi. Setelah jumpa kereta Alza milik kakaknya itu Aini terus masuk ke dalam kereta dan bersalaman dengan kakaknya.
"Kak sihat?"
"sihat, ibu dengan ayah sihat kot"
"Ibu dengan sihat jaa"
"jom lah hang nak singgah mana lagi ni"
"balik je lah kak nak buat surprise kat iza dengan niza" balas aini dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan sahabatnya itu. Setelah disetujui mereka pun pulang.
Share this novel