Series
4430
Masuk sahaja ke dalam bilik aini terus menyembamkan mukanya ke bantal.
Dia menangis semahunya. Kenapa dia dituduh seperti itu dan kenapa dia dihina.
Tidak lama kemudian dia terdengar pintu dibuka dari luar.
"Sayang.." panggil junaidi lalu menghampiri isterinya yang sedang meniarap.
Dia menarik perlahan badan isterinya supaya memusingkan badan menghadapnya.
Aini pusing lalu menyembamkan mukanya di riba suaminya sambil menangis teresak esak.
"Shhh... sayang jangan nangis hubby dah marah dia" junaidi menggosok lembut belakang isterinya.
"Dia tak patut cakap macam tu hubby.. dia tak boleh hina sayang macam tu." aini masih lagi menyembamkan wajahnya di riba junaidi.
"Ye hubby tau isteri hubby macam mana" Junaidi hanya mampu memujuk. Dia tidak tahu untuk berbuat macam mana lagi.
Dalam hati tak henti dia menyumpah Kila.
Kini dia tidak lagi dengar esakan isterinya. Dia meunduk melihat.
"Laa dah tidur" Junaidi mengangkat isterinya dan dibaringkan dengan betul.
Dia melihat mata isterinya yang sedikit sembab dan hidung isterinya merah.
Junaidi melangkah dari bilik dan berlalu keluar untuk berjumpa seseorang.
"Angah nanti pergi duduk dalam bilik teman kaklong" arah junaidi.
"Along nak pergi mana? " soal ibu.
"Along nak pergi pejabat jap" junaidi terus masuk ke dalam kereta lalu keluar dari perkarangan rumah dua tingkat.
"Angah pergi tengok kaklong kamu" arah ibu.
"Mulut kila tu kenapa ibu suka sangat sakitkan hati orang kesian kaklong" geram angah.
"Ibu dengan makngah dah pening kepala fikir pasal kila tu angah kamu tau kan dia cuba goda along" angah hanya mengangguk dan berlalu ke dalam.
Share this novel