Series
4430
Aini terbangun dari tidur. Dia melihat di sebelahnya tiada orang.
"Dia dah keja kot" gumam aini.
Dia mencapai telefon lalu menghubungi suaminya. Namun panggilannya tidak di jawab.
Aini mengeluh dan bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah membersihkan diri dia turun ke bawah untuk membuat sarapan walaupun kepalanya masih berdenyut.
Belum sempat tangan membuka peti ais dia hampir rebah namun sempat di sambut oleh angah.
"Eh kaklong duduk dulu. Kaklong tak sihat ke? " sempat angah memapah aini duduk di atas kerusi di meja makan.
"ehtah laa kaklong pening dari tadi lagi" ujar aini sudah pun memejamkan mata di atas meja.
"Along dah tau ke? " soal angah.
"Dah call banyak kali tadi tapi dia tak angkat" keluh aini perlahan.
"Kaklong nape nii? " terkejut angah bila melihat aini berlari dan terus muntah di sinki dapur. Menitis air matanya bila terasa perit di tekak.
"Dah jom kaklong rehat kat atas" ajak angah dan memapah aini masuk ke dalam bilik tidur.
Angah merebahkan badan aini dan membuka aircond. Dia mengambil telefon bimbit di dalam poket seluar dan menghubungi abangnya.
"Hello along! " sergah angah setelah melangkah keluar dari bilik kakak iparnya.
"Ha ade ape angah? " soal junaidi malas.
" Along tau tak kaklong tak sihat. tadi dia hampir pengsan lepastu muntah bagai" jawab angah dengan geram.
"Lepastu kau dah bagi dia makan ubat ke? " soal junaidi risau.
"belum" jawab angah ringkas.
"pergi lah bagi dia makan ubat" suruh junaidi. Bini aku tengah pening kau tak bagi dia makan ubat. Bicara junaidi dalam hati.
" Kaklong dah tidur tu dia tak larat sangat. Along nak balik pukul berape ni? " soal angah.
"Aku balik pukul 8 malam nanti. Kau tak payah pergi kolej hari ni jaga kaklong" suruh junaidi.
"ye lah bye" angah terus mematikan panggilan.
Junaidi menghempas perlahan tubuhnya di atas kerusi. Dia mahu pulang sekarang tidak boleh kerana sibuk sangat.
'Sorry sayang hubby tak dapat balik. Buzy' junaidi menghantar pesanan ringkas walaupun hatinya kecewa.
Share this novel