Bab 25

Romance Series 4430

Malam itu mereka solat berimamkan junaidi.Mereka solat berjemaah beramai ramai.

Selepas solat mereka mengemas sejadah dan telekung masing masing.

Selepas bacaan doa kakak dan ibu aini bersalaman bersama suami masing masing tanpa melapikkan apa apa.

Manakala aini menyalami tangan suaminya dengan berlapik kain telekung.

Selepas kakak dan suami mereka masuk ke dalam bilik masing masing.

Abah menahan aini untuk memberitahu suatu perkara.

"Sayang meh sini abang bawa masuk telekung dengan sejadah." pinta junaidi sambil menghulurkan tangan.

"Takpa lah nanti orang bawa masuk" aini menolak dan menjeling

"Aini bagi dulu abah ada benda sikit nak cakap."

Tanpa banyak cakap aini menghulurkan telekung kepada suaminya.

Selepas suaminya berlalu ke bilik tidur mereka aini bertanya kepada abahnya tujuan menahan dirinya.

"ada ape bah? " soal aini

"Kenapa tadi abah nampak aini salam dengan suami lapik dengan telekung" soalan abah membuatkan aini menelan air liur dengan payah.

"Ermmm abah nanti batal wuduk macam mana" aini bagi jawapan merapu.

"Banyak lah kamu punya batal wuduk kalau solat maghrib tu kamu tak nak sentuh tak berlapik tak pe aini tapi ni solat isyak.Abah tak suka dengan cara kamu layan dia macam tu.Tak elok aini layan suami macam tu berdosa besar." nasihat abah panjang lebar.

"Abah tau kan apa yang aini rasa selama nii. Abah tahu aini cintakan dia tapi dia tak pernah faham apa yang aini rasa bila dia tahu aini sukakan dia tapi dia asyik lukakan perasaan aini bah. Abah tengok lah sekarang bila aini dapat lupakan dia, dia kahwin dengan aini pulak abah. Aini dah penat selama ni abah aini penat." ujar aini panjang lebar dalam keadaan sebak dan air mata mengalir.

"Ye abah tau aini tapi dia suami kamu berdosa derhaka dengan suami.Kalau kamu boleh lupakan dia kenapa kamu terima dia jadi suami kamu aini? Jawab soalan abah sekarang."

"Sebab aini nak dia rasa apa yang aini rasa dulu abah.... aini nak dia rasakan macam mana sakitnya aini dulu sebab dia abah.Dah lah aini nak masuk dalam." Aini terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Masuk sahaja ke dalam bilik aini melihat suaminya sedang bercakap melalui telefon di tingkap.

Dia terus menanggalkan tudungnya dan masuk ke bawah selimut untuk tidur.

Selepas bercakap melalui telefon junaidi pusing badan untuk keluar dari bilik untuk makan malam.

Dia terlihat isterinya sedang tidur dia bergerak ke arah isterinya dan dia mengucup dahi isterinya dengan lembut.

Dia terus berlalu keluar untuk makan dia tidak mahu mengganggu isterinya sedang tidur.

Setelah dia pastikan pintu di tutup semula aini bangun perlahan dari baringan dan menyandar kepala pada katil.

"Aku nak hang rasa macam mana sakitnya hati aku tunggu hang dulu" ujarnya dalam keadaan separa menangis.
***********
Selepas keluar dari bilik junaidi terus menuju ke arah meja makan.

"Junaidi mana aini?" soal abah apabila mendapati
aini tiada bersama suaminya.

"Dia tidur abah saya segan nak kejutkan dia tidur" junaidi menjawab soalan abah mertuanya itu.

"Dia belum tidur lagi junaidi dia merajuk tu tadi abah tegur kesilapan dia sikit." ucapan abah membuatkan semua mata memandang ke arah abah.

"Meh sini junaidi makan dulu nanti kamu pujuk dia" ibu mengajak junaidi makan dahulu sebekum memujuk isterinya.

"ya ibu" junaidi terus duduk di sebelah abah mertuanya.

"Bila kamu nak balik rumah ibu kamu junaidi?" soal abah

"ingat nak balik rumah ibu minggu depan abah" jawab junaidi

"Ibu dengan abah nak balik esok lah" ujar abah memecahkan kesunyian.

"Abah tak tunggu lama sikit ke abah?" tanya abang long.

"Nak lama mana lagi dah sebulan dah nii lagi pun kebun dekat kampung tu sapa nak tengokkan" ibu tolong menjawab bagi pihak abah.

"Kalau abah dengan ibu dah baut keputusan kitorang tak boleh buat apa lah" mereka hanya mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience