Bab 17

Romance Series 4430

Dia tak senang duduk bila di tatap begitu oleh junaidi.

Junaidi yang dari tadi memilih air berjalan ke arahnya untuk membayar harga air yang dibelinya.

Aini hanya buat tak tahu kerana memandang telefonnya itu sebenarnya telefonnya tidak dibuka dan hanya gelap sahaja screen telefon itu.

"Aini" panggil junaidi dan hanya mendapat jelingan dari aini.

"Aini" panggil junaidi sekali lagi dengan suara yang begitu lembut.
Nuraini terbungkam kerana sebelum ini dia tidak pernah melihat sisi lelaki itu seperti ini dan matanya menatap lelaki itu lama.

"Tau lah aq hensem tak payah lah tengok sampai macam tu sekali aini sayang" junaidi membuatkan aini semakin melopong mulut itu.

"Tutup lah mulut tu" ujarnya lagi sambil tersenyum.

Aini sudah tidak senang duduk bila di tatap begitu oleh junaidi.

Junaidi memberi duit untuk membayar harga air yang dibeli olehnya. Setelah memberi duit baki kepada junaidi dan lelaki itu ingin berlalu pergi

"Nedi" panggil aini membuatkan lelaki itu berpusing ke arahnya sambil menjongket sebelah keningnya.

"kenapa hang hantar rombongan meminang semalam?" tanya aini perlahan

Lelaki itu hanya diam sambil merenung ke arah lain.

"Nedi aq tanya sekali lagi kenapa hang hantar rombongan meminang kalau hang tak sayang aq tak cintakan aq untuk apa semua tu?" tanya aini suaranya sudah sebak menantikan jawapan dari lelaki itu.

"Nanti hang akan tahu lepas hang terima aq jadi pasangan hidup hang" ujar lelaki itu pendek dan berlalu pergi meninggalkan aini sendiri di situ

Kenapa lelaki itu ingin menjadikan dia pasangan hidup jika tiada sedikit pun rasa cinta lelaki itu untuknya.

'Ya allah kenapa sebesar ini ujianmu' aini mengeluh perlahan tanpa sedar air matanya mula mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience