Bab 30

Romance Series 4430

Sampai sahaja di rumah opah junaidi memimpin tangan aini masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum opah " junaidi memberi salam dan melangkah masuk diikuti oleh aini.

"Waalaikumsalam tok kat dapur ni masuk lah" terdengar suara opah mereka menuju ke arah dapur.

Aini dan junaidi bersalaman dengan opah dan duduk di sisi opah.

"Aini duduk lah" aini hanya mengangguk dan duduk di depan opah suaminya itu.

"opah sihat?" tanya aini

"opah macam ni lah sihat sihat orang tua" aini tergelak kecil mendengar jawapan tok suaminya.

"Sayang sembang dulu dengan opah, hubby nak masuk bilik jap ada barang nak ambil" aini hanya mengangguk dan melihat langkah suaminya.

"Jom makan aini opah ada masak ayam masak merah" pelawa tok dan menuju ke arah meja makan.

"opah masak semua ni ke? "Soal aini tidak percaya.

"Ye lah opah yang masak walaupun umur opah dah 50 an dah masih kuat. Kalau opah tak masak memang tak makan lah aini." cerita opah.

"Selain dari ibu, ada adik beradik lain lagi ke opah" tanya aini sambil tangannya ligat menghidangkan makanan di atas meja.

"Selain dari ibu junaidi ada maklong, maklong tu ade anak perempuan sorang je nama dia Kila." cerita opah lagi.

"Ooo maknanya ibu ada 2 beradik je lah kan opah"
"Ye aini. Dah kamu pergi panggil suami kamu ajak dia makan dia suka nii" aini hanya mengangguk.

"opah bilik junaidi kat mana?" tanya aini kerana dia tidak pernah datang lagi ke rumah opah suaminya.

"Laaa opah lupa pula nak bagitau.Kamu jalan je dekat lorong yang nak masuk dapur tu bilik suami kamu sebelah kiri." aini mengangguk dan berlalu mencari bilik suaminya

Sampai di depan bilik aini mengetuk pintu bilik itu hampir tiga kali dia terdengar suara suaminya.

"Kejap" dia menunggu suaminya membuka pintu.

"sayang" sebaik sahaja buka pinta wajah isterinya terjenggul di depan muka pintu dan dia tersenyum melihat isterinya.

"Kenapa hubby lambat buka pintu?" soal aini sambil melangkah masuk ke dalam.

"Wauuu luasnya bilik hubby siap ada toilet lagi" teruja aini mengundang tawa di bibirnya.

"Tadi hubby pergi toilet jap sayang" dia duduk di tepi isterinya di atas katil bersaiz king.

"Hubby cakap nak ambil barang apa tadi? " soal aini dan membuka tudung untuk membetul kan ikatan rambut.

"Ni hubby ambil baju dengan seluar hubby" junaidi berlalu ke arah beg pakaian nya.

"Hubby ada sikat tak? sayang nak sikat rambut lah" dia menuju ke arah suaminya dan memeluk lelaki itu dari belakang sambil menghidu bau maskulin lelaki itu.

"ada kejap hubby tolong ambilkan" dia ingin menuju ke arah meja yang mempunyai pergunaan lelaki.

"Tak pe hubby sayang pergi ambil hubby sambung lah kemas dulu" Aini terus menuju ke arah meja di dalam bilik suaminya.

Setelah siap menyikat rambut aini memakai tudung dan berpusing.

"Hubby nape tengok sayang macam tu?" baru dia perasan suaminya memandang dia dari tadi membuatkan dia tersenyum malu dan menuju ke arah suaminya.

"Saja lah hubby tengok sayang,cantik je" dia memuji isterinya dan menarik aini duduk di atas riba dia.

"Hubby jom lah keluar opah ajak makan tu" aini ingin bangun tetapi tidak dapat.

"Boleh je kalau nak keluar makan tapi hubby ade syarat" dia sengaja ingin mengenakan isterinya.

"Apa syaratnya hubby? " soal aini.

"Hubby nak kiss" permintaan dari suaminya membuatkan dia malu dan menggeleng perlahan.

"Ok kalau sayang tak nak kita duduk je lah macam ni sampai esok"

"Hubby lepas lah" aini masih berusaha untuk melepaskan diri

Junaidi masih memandang telefonnya dan buat buat tidak dengar panggilan dari isterinya itu.

Aini sudah buntu fikirkan cara untuk lari dari suaminya.

Ting!
Dia mendapat satu idea untuk lari dari suaminya dan tersenyum sinis

"Auuu hubby sakit" rengekan aini berjaya membuatkan suaminya memandang cemas ke arahnya.

"Kenapa sayang sakit kat mana" tanpa sedar dia telah melepaskan rangkulan di pinggang isterinya

"Tq hubby" aini tergelak besar dan berlari ke arah pintu.

"oooo sayang kenakan hubby tak pe sayang tunggu eaa" junaidi sudah geram dengan perangai isterinya.

Sampai sahaja di dapur aini lihat opah sedang tunggu mereka.

Tidak lama kemudian suaminya keluar dengan sebiji beg galas yang penuh dengan pakaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience