Bab 38

Romance Series 4430

Junaidi telah pulang ke rumahnya dan menuju ke bilik tidur dia dan isterinya.

Junaidi memulas tombol pintu dia melihat angah sedang belajar online dan dia menuju ke arah isterinya yang sedang tidur.

"Angah tadi kaklong dah bangun ke? " soal junaidi sambil mengusap lembut kepala isterinya.

"Belum along, lepas je along keluar tadi kaklong tak bangun pun" jawab angah.

"Dah lah angah boleh keluar" angah hanya mengangguk dan berlalu keluar dari bilik abangnya.

Dah maghrib dia tak bangun lagi' gumam junaidi dan melihat jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 8 malam.

Tadi dia keluar jam 5 petang maknanya isterinya dah tidur hampir 3 jam.

"Sayang bangun dah malam ni" kejutnya perlahan

Aini mencelikkan matanya perlahan dan memejamkan semula kerana silau.

"Sayang bangun jom solat" ajak junaidi lagi sambil mengusap pipi isterinya.

"Hmm kejap hubby pening" rengek aini dengan matanya sudah bergenang.

"meh sini hubby urut kepala sayang" junaidi mengangkat perlahan kepala isterinya itu memicit perlahan.

Tidak lama kemudian pintu bilik mereka diketuk dan terjenggul kepala angah.

"Ha kau nak apa? " soal junaidi

"ibu panggil turun makan" jawab angah dan memandang semula telefonnya.

"Sayang nak makan? " tanya junaidi.

Aini hanya menggeleng perlahan dan memejam mata.

"Angah kami tak makan malam ni lagipun along dah makan dekat luar tadi" beritahu junaidi dan angah berlalu pergi.

Junaidi melihat wajah isterinya yang sedang pejamkan mata dan mencium singkat dahi isterinya

Aini mencelikkan mata dan menatap lama wajah itu. Sama juga seperti junaidi.

Dia menunduk perlahan mencium bibir isterinya lama membuatkan aini terkejut namun dia masih dapat kawal

Junaidi mengangkat wajahnya dan merenung wajah isterinya yang sedang memejamkan mata mungkin menikmati ciuman pertamanya.

"Kenapa tak buka mulut? " soal junaidi membuatkan aini membuka mata dan tersenyum malu

Junaidi mencium sekali lagi membuatkan aini membuka sedikit mulutnya.

Akhirnya mereka hanyut dengan hubungan suami isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience