Bab 60

Romance Series 4430

Kini kandungan aini mencecah sembilan bulan. Mereka telah membuat persiapan melahairkan bayi kembar mereka.

Junaidi mempin tangan aini turun ke bawah dengan berhati hati. Dia menarik kerusi lalu menyuruh aini duduk.

"Sayang nak makan ape? " soal junaidi sambil mencapai pinggan kosong.

"Sayang nak roti dengan milo suam je" pinta aini.
Ibu tersenyum melihat cara junaidi melayan aini.

"Along nanti lepas aini bersalin kamu kena pantang sebulan" ujar ibu membuatkan junaidi terkejut.

"What! ibu tak pantang tak boleh ke? " soal junaidi dengan wajah cemberut. Aini tergelak melihat muka suaminya.

"Tak payah nak mengada. Badan dia tu nak pakai lama sebab tu lah kena pantang sebulan. Ke kamu nak ibu bagi pantang 1 tahun ni" usik ibu.

"Jangan ibu jangan" gelabah junaidi. Aini dan ibu dah tergelak besar.

"Aini lepas makan nanti kamu terus masuk bilik rehat. Kamu tu tak boleh duduk lama sangat nanti pinggang sakit baby dekat dalam pun asyik nak menendang" nasihat ibu.

"Kalau aini masuk dalam sape nak tolong ibu masak?" soal aini. Sebenarnya dia keberatan untuk duduk goyang kaki.

"Tak pe angah ade nanti ibu panggil dia tolong" ujar ibu lagi.

Setelah selesai makan aini bangun dan dipimpin junaidi menuju ke bilik mereka. Aini memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik diikuti junaidi.

"Sayang duduk dulu eh hubby kena pergi ke pejabat jap" ujar junaidi. Aini hanya mengangguk dan tersenyum.

Semenjak kandungan aini mencecah 8 bulan kerja di pejabat junaidi banyak yang tergendala kerana bimbang akan isterinya yang sarat.

Takut pulak dia nanti terberanak awal kan susah dia dari pejabat kena balik dalam keadaan kalut.

"Hubby nanti tolong belikan sayang asam boi boleh tak? Dah lama tak makan" ujar aini yang sedang memerhati junaidi memakai pakaian kerja.

"Sayang nak berapa kilo?" tanya junaidi sengaja mengusik. Aini bangun menuju ke arah suaminya.

"Hubby ni... Sayang nak 5 ringgit je" ujar aini dan menjengketkan kaki untuk mengikat tie di leher suaminya.

"Sayang jangan jengket" tegas junaidi seraya mencempung tubuh isterinya dan didirikan di atas katil.

"Beratnya sayang hubby ni" ujar junaidi seraya mencium sekilas bibir isterinya.

"Kalau berat lain kali tak payah dukung" geram aini dan ingin berlalu duduk.

"Jangan merajuk hubby gurau je lah. Cepat tolong ikatkan tie hubby" arah junaidi seraya menarik pinggang aini merapati dirinya.

"Tak nak" aini pura pura merajuk. Junaidi tepuk dahi dengan perangai isterinya yang selalu merajuk sejak dekat nak beranak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience