Bab 26

Romance Series 4430

Masuk sahaja ke dalam bilik dia lihat isterinya itu tengah pejamkan mata.

Dia tahu isterinya itu belum tidur kerana dia nampak mata isterinya berkelip kelip.Betul lah cakap abah dia merajuk.

"Sayang bangun" kejutnya perlahan. Aini hanya buat tak tahu.Masih berpura pura tidur.

"Sayang abang tahu sayang belum tidur bangun lah jom makan nanti lapar" Dia cuba menarik tangan isterinya.

Aini terus bangun dia nampak mata isteri nya sedikit sembab.

"Sayang nangis ke? " tanya junaidi kepada aini

Aini hanya menggeleng perlahan.Dia terus melabuhkan semula kepala di atas bantal.

"Bangun jom makan nanti masuk angin perut tu" dia cuba memujuk lagi.

"Orang tak nak lah tak lapar lagi" aini tidak mahu turun makan.

"Betul ni tak nak makan?" soal junaidi untuk kepastian.

Aini menggeleng dan merebahkan badan untuk sambung tidur.

Junaidi hanya memandang wajaj isterinya yang sedang tidur.

Deringan telefon menarik perhatian dia dan bangun mengambil telefon yang berdering.

"Helo assalamualaikum ibu" sapa junaidi setelah mengangkat panggilan telefon dari ibunya.

"Bila junaidi nak balik sini?" tanya ibu junaidi.

"insyaallah ibu minggu depan kalau tak sibuk" ujar junaidi menjawab pertanyaan ibunya.

"Aini mana?" ibu bertanya tentang keberadaan menantunya.

"Aini tidur bu dia letih" jawab junaidi sambil mmemandang ke arah isterinya dan melabuhkan duduk di sisi katil.

"Tak pe lah kirim salam dekat dia ibu nak tidur dah nii"

"Ye ibu assalamualaikum" Dia menutup telefon setelah ibu menjawab salam darinya.

Dia melabuhkan cium di dahi isterinya dan masuk ke bawah selimut.

"Goodnight sayang" dia memeluk pinggang isterinya dari belakang.
*******
Aini terbangun dari tidurnya kerana berasa lapar dan dia cuba bangun tapi ada benda berat di atas pinggangnya.

Dia menoleh melihat wajah itu lama dan terbit sedikit senyuman.

Dia tidak tahu sama ada dia boleh teruskan rancangannya untuk menyakitkan hati lelaki itu.

Dalam masa yang lama dia teringin untuk mengucup bibir itu tetapi disebabkan ego dia menafikan semua itu.

"Nediii" kejut aini perlahan tetapi lelaki itu masih tidak bergerak.

"Nedii bangun lah" kejut nya sekali lagi sambil menggoncang badan suaminya itu.

"hmmm nak apa sayang?" tanya junaidi dengan suara serak bangun tidur dan mengeratkan lagi pelukan di pinggang aini.

Aini sudah menelan air liur mendengar suara serak bangun tidur suaminya.

"Nediii bangunlah orang lapar" rengeknya sambil cuba untuk melonggarkan pelukan di pinggang nya.

"aikkk tadi orang tanya tak nak makan, sayang nii" terus segar matanya mendengar perkataan lapar dari mulut isterinya.

"Jom lah teman orang lapar" rengek aini lagi matanya sudah bergenang kerana dari tadi perutnya minta diisi.

"Ye lah sayang jom kita keluar makan" junaidi sudahpun turun dari katil dan menghulurkan tangan kepada isterinya.

Aini hanya menyambut dan berlalu keluar dari bilik membuntuti langkah suaminya.

Sampai sahaja di dapur aini menuju ke arah meja makan dan duduk di situ.

Dia melihat makanan di dalam tudung saji tiada sedikit pun makanan di situ.

Dia berlalu ke bilik air dan mengetuk pintu bilik air.

"Nediii....nediii" panggil aini sebak.

"Kenapa sayang?" tanya junaidi cemas sambil membelek tubuh isterinya itu.

"Makanan dalam tu tak de dah" junaidi ketawa kecil melihat rengekan aini.

"Janganlah gelak orang lapar" marah aini dengan wajah cemberut.

"Jom abang masakkan untuk sayang." dia membawa isterinya dan di dudukkan di meja makan di situ.

"Nak masak apa? "Soal aini.

"Sayang tunggu je lah" ujar junaidi dan berlalu untuk masak.

Aini sudah terlelap di meja makan kepalanya di lapikkan dengan lengan.

Setelah siap masak junaidi menoleh untuk menghidangkan makanan.

"Laaa dah tidur" gumamnya perlahan sambil tersenyum.

"sayang bangun makan" aini terus bangun dan ingin menuju ke bilik air untuk mencuci muka.

"Sayang nak makan yang mana satu?" tanya junaidi kerana terdapat 2 jenis makanan di atas meja.

"Hang masak semua nii?" soal aini tidak percaya.

"ye lah abang masak semua nii sayang" aini ingin duduk di kerusi belum sempat dia melabuhkan duduk tangan nya disambar dan dia sudah jatuh di atas riba lelaki itu.

"Nedii lepas lah orang nak makan" aini cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya.

"duduk je atas ni abang suapkan" aini menggeleng kepala tanda tidak mahu.

" jangan degil boleh tak" dia cuba sabar dengan perangai isterinya. Dan mengambil satu sudu nasi goreng ingin disuapkan ke mulut aini.

"aaaaa.... cepatlah buka mulut" dengan terpaksa aini membuka mulut dan menelan terus nasi itu tanpa dikunyah dulu.

uhuk! uhuk!

"sayang makan tu hati hati jangan laju sangat" junaidi menegur sambil sebelah tangan mengurut perlahan belakang isyerinya.

Sebelah tangan lagi menuangkan air dan diberikan kepada isterinya.

Berair mata aini kerana perit di tekak nya.

Junaidi mengelap air mata di tubir mata isterinya itu yang sudah memerah muka menahan perit di tekak.

Dia mengambil satu sudu lagi nasi dan mahu disuapkan ke mulut aini.

Aini menggeleng kerana tekaknya perit.

"sayang makan lah sikit lagi tadi lapar kan" pujuknya.

Aini hanya mengangguk dan cuba untuk menelan nasi goreng.

Setelah beberapa sudu disuapkan ke mulut aini sudah tidak mahu makan.

Junaidi menolak perlahan supaya isterinya bangun kerana dia hendak membasuh pinggan.

Sedang basuh pinggan satu suara menegur mereka.

"Buat apa kat dapur pukul 1 pagi niii" tanya abang long.

Aini membetulkan tuala di kepalanya dan pusing membelakangkan abang long.

"Abang long kami makan tadi aini lapar" jawab junaidi sambil membetulkan tuala yang menutupi rambut isterinya.

"Laaaa tadi dia tak nak makan" perli abang long.

"Abang long niii" aini sudah mendengus geram.

"tak pe lah abang long nak pergi tandas" abang. long berlalu ke arah tandas.

"jom masuk tidur sayang" ajak junaidi sambil memimpin tangan isterinya menuju ke arah bilik tidur.

Mereka terus tidur dan aini hanya membiarkan sahaja suaminya memeluk pinggang isterinya.

"Goodnight sayang" dia melabuhkan ciuman di sisi kepala isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience