Bab 47

Romance Series 4430

Tepat jam 8 malam junaidi memasuki perkarangan rumah dan mematikan enjin kereta lalu terus masuk ke dalam rumah.

"Along baru balik ke? " soal kila apabila melihat junaidi menaiki tangga untuk menuju ke biliknya.

Junaidi hanya jalan tanpa menghiraukan kila di belakangnya.

"Tak pe kau tunggu je junaidi aku nak buat macam mana untuk dapatkan cinta kau dengan menghancurkan rumah tangga kau" kila tersenyum sinis dan berlalu turun ke bawah untuk menuju ke biliknya.

Junaidi membuka pintu bilik dia terlihat isterinya sedang tidur dan angah membuat assigment di meja kerja junaidi.

"Angah tadi kaklong dah bangun ke? " soal junaidi dan duduk di tepi isterinya. Dia mencium dahi itu lembut meskipun hati nya terluka.

"Haah kaklong bangun tadi cari along lepastu bila along takde dia tidur semula. Tapi tadi angah nampak macam kaklong menangis bila cakap along takde." ujar angah.

"Tak pe lah kau pergi keluar dulu. Kaklong dah makan ke? " soal junaidi.

"Kaklong tak nak makan dia cakap nak tunggu along" jawab angah dan berlalu keluar.

Junaidi menghampiri almari dia mengambil tuala dan berlalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas membersihkan diri junaidi melangkah keluar melihat isterinya sudah bangun dan memandang ke arahnya.

Junaidi hanya buat tak tahu dan melangkah mengambil sejadah di dalam almari dan solat tanpa menghiraukan aini.

Aini hanya melihat junaidi solat tanpa menghiraukan dirinya.

'Aku ade buat salah ke' tanya aini pada diri sendiri.

Aini melangkah keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk masak. Walaupun kepalanya masih pening dia mesti menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Aini mengeluarkan bahan mentah dari peti ais namun dia tak boleh bau semua itu maka dengan cepat dia menuju ke arah sinki dan memuntahkan air liur yang pahit.

Berair mata aini setiap kali muntah. Junaidi yang melihat dari pintu dapur hanya gelengkan kepala dan berlalu ke bilik.

Dia masih kecewa kerana isterinya tidak menceritakan apa yang terjadi masa di mall itu. Dia sebagai seorang suami patut tahu tentang keselamatan isterinya.

Dia kasihan melihat keadaan isterinya seperti itu namun dia ego. Dia sendiri tidak tahu apa penyakit isterinya.

Selesai masak aini masuk ke dalam bilik untuk mengajak junaidi makan dia lihat junaidi sedang melakukan kerja di meja kerja.

"Hubby jom makan" ajak aini dan menghampiri suaminya dan memeluk bahu suaminya dari belakang. Dia suka menghidu bau maskulin dari badan suaminya.

"Tak lapar" jawab junaidi singkat.

"Tapi sayang dah siap masak dah nape tak cakap hubby tak lapar tadi" keluh aini.

"Kan dah cakap hubby tak nak makan" junaidi masih mengawal tona suaranya.

"Tak pe lah kalau macam tu nanti aini buang je makanan tu. lagipun takde sape nak makan" aini melangkah kecewa dan menuju ke pintu bilik untuk keluar.

"Tunggu hubby nak makan" perasaan junaidi berbelah bahagi antara kecewa dan kasihan melihat isterinya penat memasak walaupun tak sihat.

"Tak pe awak buat lah kerja awak. Awak tak lapar kan jadi saye buang je makanan tu tak banyak pun" ujar aini sebak dan terus berlalu keluar dari bilik.

Junaidi mendengus kasar dengan dirinya sendiri. Dia hendak berbincang secara baik dengan isterinya namun dia lebihkan ego.

Junaidi melangkah keluar dan menuju ke dapur dia lihat isterinya sudah membasuh pinggan mangkuk. Maknanya makanan tadi sudah dibuang.

"Sayang.." Junaidi memanggil perlahan namun aini tetap tidak berkalih.

"Hubby mintak maaf okey" pujuknya dan memeluk pinggang aini dari belakang.

Aini hanya membiarkan dan setelah siap mencuci pinggan mangkuk aini merungkaikan pelukan di pinggangnya dan berlalu naik tanpa menghiraukan junaidi yang memandangnya.

Dia kecewa penat dia masak tapi suaminya tidak menghargai. Dia mengelap air mata nya dan masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.

Junaidi mengeluh perlahan dan memanjat tangga ke atas untuk memujuk isterinya.

"Sayang" panggil junaidi apabila melihat isterinya tiada di situ.

uwerk! uwerk!
Junaidi menuju ke bilik air dan melihat isterinya sedang muntah dia menggosok perlahan belakang isterinya.

Aini mencuci mulut dan melangkah keluar dengan air mata berjuraian.

"Sayang hubby minta maaf hubby tak sengaja" ujar junaidi masih lagi memujuk isterinya.

Aini melangkah ke arah katil dan mengambil telefonnya bila ada mesej masuk.

Aini melihat nombor yang tidak dikenali menghantar satu gambar.

Aini terkejut melihat gambar itu. Gambar masa dia dilanggar seseorang dan tanpa sengaja tangannya di genggam oleh lelaki itu.

'Suami kau dah tau'
'Rumah tangga korang macam mana'
Sinis sahaja mesej itu dan aini melihat suaminya yang memandang ke arahnya.

Aini menuju ke arah junaidi dan menunjukkan gambar itu.

"Sebab benda ni ke hubby buat perangai macam ni." Junaidi mengangguk lemah masih lagi memandang isterinya.

"Tapi hubby tak percaya semua tu hubby balik nak bincang dengan sayang tapi hubby tak boleh" ujar junaidi melangkah ke arah aini dan mengenggam tangan itu.

"Hubby tak percaya sayang ke? " soal aini dengan air mata mengalir laju.

"Tak hubby percaya sayang tak baut semua tu" ujar junaidi dan mengelap air mata isterinya.

"Hubby tau tak sayang sanggup keluar masak untuk hubby walaupun sayang pening, muntah, perit tekak sayang ni hubby tau tak tapi hubby tak nak makan pun" nangis aini. Junaidi menarik aini ke dalam pelukannya dan menenangkan isterinya.

"I'm sorry sayang" ujar junaidi dan mencium lembut ubun isterinya.

Aini masih lagi menagis tersedu sedan. Setelah beberape minit suara esak tangis aini sudah tidak kedengaran.

Junaidi mencempung tubuh isterinya dan dibaringkan di atas katil. Dia menukar pakaian isterinya kepada baju kemeja kerja miliknya.

Junaidi mengelap air di tubuh isterinya sebelum menukar baju. Dia menahan gelora di hati.

Kini aini hanya memakai kemeja suaminya yang dibutangkan di bahagian bawah dada sehingga bawah. Dan panties miliknya tidak disalin.

Junaidi merebahkan badan di sebelah isterinya dan memeluk erat tubuh itu.

"Nite sayang love you" ujar junaidi sebelum memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience