Series
4430
Junaidi masuk ke dalam kereta dia lihat isterinya tengah pejamkan mata. Tanpa banyak bicara dia terus memandu kereta ke klinik.
Sampai sahaja di depan klinik dia memarkingkan kereta di hadapan klinik dan mengejutkan aini yang sedang tidur.
"Sayang bangun kita dah sampai ni" kejut junaidi perlahan. Aini membukakan matanya dan menoleh ke arah junaidi.
"Jom turun" ajak junaidi dan membuka pintu keluar dan menuju ke arah pintu sebelah isterinya.
Aini hanya melangkah turun dan membetulkan tudung di kepalanya. Junaidi memimpin tangan aini masuk ke klinik.
Mereka menunggu giliran untuk membuat check up kandungan aini. Junaidi perasan isterinya tidak banyak bicara dari pada tadi.
"Puan Nuraini sila masuk" panggil salah seorang pekerja yang menjaga kaunter.
Junaidi bangun dan mengajak aini ke bilik checkup. Aini hanya menurut. Masuk sahaja ke dalam aini melihat seorang doktor tengah menunggu kehadiran mereka.
"Puan Nuraini ye? " soal doktor itu. Aini hanya mengangguk.
"Mari puan kita ke atas katil." doktor itu berjalan ke arah katil.
"Hubby pegang jap" aini menghulurkan beg tangannya kepada junaidi. Junaidi menyambut huluran itu.
Aini naik berbaring di atas katil. Doktor itu menyelak baju di bahagian perut dan menyapukan jel. Selepas itu doktor meletakkan benda untuk scan baby.
Junaidi hanya memerhati dari jauh dia teringin sekali untuk melihat ultrasound itu dari dekat.
"Encik mari sini" panggil doktor itu. Setelah junaidi sampai dia menunjukkan ultrasound itu. Junaidi tersenyum bahagia dan menggenggam tangan isterinya.
"Sekejap lagi puan kena buat buku pink untuk setiap kali membuat check up. " Aini dan junaidi hanya mengangguk. Junaidi membantu aini menutup perut dan membantu aini bangun.
Mereka berdua berjalan ke arah meja doktor itu dan melabuhkan duduk di atas kerusi. Setelah hampir setengah jam mereka membuat buku pink Junaidi dan aini terus pulang ke rumah.
"Sayang hubby nak kena pergi office kejap" ujar junaidi setelah menghentikan kereta di depan rumah milik ibunya.
"Tak pe hubby pergi lah kerja" ujar aini perlahan. Dia terasa dengan kata kata kila dan bimbang perkara yanh tidak diingini berlaku.
"Sayang ok ke? " soal junaidi dan mengenggam tangan isterinya. Aini hanya mengangguk dan tersenyum kelat.
"Hubby kenal isteri hubby macam mana" ujar junaidi lagi.
"Tak pe lah hubby pergi kerja dulu, sayang nak masuk rehat pening" ujar aini dan mengambil beg tangannya di atas board.
"Nanti kita bincang. Sayang jangan bercakap dengan kila buat tak tahu je" selepas mendengar pesanan suaminya aini mengangguk dan turun dari kereta.
Junaidi terus meninggalkan rumah dan menuju ke restoran.
Share this novel