Series
4430
Aini kembali mengalirkan air matanya selepas menceritakan semuanya. Junaidi yang mendengar cerita itu telah mengenggam penumbuknya.
"kenapa sayang tak call hubby daripada siang tadi?" soal junaidi geram. Aini hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
Junaidi bangun dari katil dengan kasar dan menuju ke arah pintu.
"Hubby nak pergi mana? " soal aini yang turut bangun dari duduknya melangkah ke arah junaidi dan menggenggam tangan suaminya.
"Hubby nak pergi jumpa perempuan tu dia dah melampau" ujar junaidi dengan nada geram.
"Hubby tak payah lah nanti dia akan bertindak lebih daripada apa yang dia nak buat. Sayang tak nak kehilangan hubby. Kalau dia buat ape yang dia cakap baby kita macam mana, sayang? " halang aini sambil mengambil tangan suaminya dilekapkan di perutnya yang sedikit membukit.
"Hubby kena halang dia sekarang demi sayang dan anak kita" ujar juanidi dan mengusap perut isterinya. Selepas berbuat begitu junaidi melangkah keluar.
"Hubby!" Aini mengikuti suaminya dari belakang.
"Kila! kila! kau buka pintu ni" junaidi mengetuk kuat pintu bilik kila yabg berada di tingkat bawah.
"Hubby dah lah jangan buat kecoh macam ni" pujuk aini sambil menarik lembut lengan suaminya.
"Kila buka! " junaidi tidak menghiraukan aini dia terus mengetuk pintu bilik itu. Tidak lama kemudian kila keluar dengan memakai baju atas perut dan seluar paras paha.
"Astagfirullahhal azim ape kau pakai ni kila pergi tukar sekarang" arah junaidi sambil pusing membelakangkan kila.
"Along kila selesa pakai macam ni" ujar kila menjeling ke arah aini yang berada di sisi junaidi.
"Pergi tukar kila! " bergema rumah itu dengan suara junaidi. Terjongket bahu aini kerana terkejut bila kali pertama dia mendengar suaminya menengking.
Tanpa banyak cakap kila terus masuk ke dalam kerana takut. Aini hanya berdiri di tepi suaminya tidak berani bicara. Junaidi memusingkan badan setelah kila masuk.
"Along, aini ape bising bising ni?" soal ibu yang baru turun ke bawah setelah mendengar suara menengking.
Belum sempat junaidi jawab kila telah pun keluar dan berdiri di hadapan pintu. Dengan geram junaidi menampar wajah itu.
Pang!
"Along"
"Hubby"
Serentak suara aini dan ibu mertuanya terkejut melihat junaidi naik tangan pada kila.
"Selama ni aku sabar dengan perangai kau kila, sebab aku masih hormat pakngah dengan makngah tapi kau dah melampau. Kau suruh bini aku mintak cerai lepas tu kau ingat aku akan kahwin dengan kau? Ape kau cakap kat bini aku kau nak guna bomoh kau nak fitnah bini aku? Jawab kila!" sekali lagi rumah itu bergema dengan tengkingan junaidi.
Kila sudah menangis teresak esak kerana tidak sangka junaidi akan naik tangan terhadap dirinya.
Dia mengangkat wajah memandang junaidi.
"Sebab perempuan ni along sanggup tampar kila? " soal kila dengan muka bengis yang ditunjukkan pada aini. Aini hanya diam tanpa sepatah kata.
"Perempuan yang kau sebut tu isteri aku kila"0 keras suara junaidi menegur.
"Along tau tak kila dah lama cintakan along dari kita kecik lagi tapi along tak pernah nampak cinta kila" ujar kila dengan air mata berjuraian.
Aini yang mendengar itu pitam dan hampir jatuh namun sempat dipaut ibu.
"Along " panggil ibu. Junaidi menoleh dan menuju ke arah ibu dan aini yang sudah tidak sedarkan diri.
"Sayang. Kenapa ibu? " soal junaidi lalu berlalu meletakkan aini di atas sofa. Kemudian dia menuju semula ke arah kila yang tidak jauh dari situ.
"Kalau kau berani nak guna bomoh nak fitnah bini aku kau jangan ingat aku akan duduk diam kila. Aku akan pastikan kau masuk penjara kalau kau buat semua tu" ujar juanidi sambil menatap tajam wajah kila.
"Ooo jadi perempuan tu dah mengadu dekat along la.. Hahaah kesian dia lemah dia tak boleh hidup tanpa bantuan along" unar kila tersenyum sinis.
Pang!
Sekali lagi wajah itu ditampar junaidi.
"Dia bukan macam kau kila kalau aku tak paksa dia buka mulut dia takkan buka. Ingat ye lah esok aku nak kau keluar dari rumah aku. Kalau aku bangun pagi esok kau ada dalam rumah ni aku sendiri akan heret kau ke penjara sebab pernah cuba membunuh kandungan isteri aku" ujar junaidi dan berlalu ke arah aini.
Dia mengangkat tubuh isterinya menuju ke atas. Ibu hanya diam sambil memerhati kila yang sudah kelihatan pucat.
"Kenapa kamu jadi macam ni kila. Maklong tak sangka kamu hampir gunakan bomoh untuk hancurkan rumah tangga anak menantu maklong" ujar ibu kecewa.
"Maklong kila bukan nak buat betul pun kila saja nak ugut sebab kila nak along kawin dengan kila. Maklong tolong lah kila. kila pun takut juga nak jumpa bomoh takkan lah kila nak buat macam tu maklong" rengek kila minta simpati.
" Maklong tak tau kila bila along dah marah kami tak boleh buat apa kalau dia halau kamu pun maklong tak boleh buat apa" ujar ibu dan berlalu naik ke atas.
Share this novel