Series
4430
Setelah sampai di mall itu Junaidi mencari tempat parking dan mematikan enjin kereta itu.
Dia membuang seat belt dan menoleh ke sisi untuk mengejutkan wanita itu dari tidur.
Dia menatap lama wanita yang sedang tidur itu dan menggumam sendiri.
Kalau hang tau isi hati aku dari dulu lagi aini aku dah mula sukakan hang dan cintakan hang... gumamnya sendiri.
"Aini....aini...aini...bangun kita dah sampai nii." kejutnya perlahan
"Dah sampai?" soal aini hairan dia sendiri tidak tahu waktu bila dia terlelap.
Dia menoleh ke tepi lelaki itu sudah tiada dan dia melihat ke cermin tingkap tempatnya duduk rupanya lelaki itu sudah membukakan pintu kereta.
"Jom kita pusing-pusing dulu kalau ada barang yang berkenan kita beli" ujar junaidi sambil menarik pergelangan tangan baju yang di pakainya aini.
Aini hanya mebuntuti langkah lelaki itu yang sedang memimpin lengan bajunya masuk ke dalam mall.
"Nediiiii..... " panggil aini dengan suara lembutnya membuatkan lelaki itu berhentikan langkahnya menyebabkan kepala aini terlanggar belakang lelaki itu.
"Auuu" aini megurut dahinya sambil mendongak memandang lelaki di depannya ituu.
Junaidi hanya tersenyum memandang wajah wanita kesayangannya yang cemberut itu.
"Jangan lah berhenti mengejut macam nii" ujar aini masih tidak berpuas hati.
"Tadi kan orang tu panggil kita, kita stop lah.Ada apa nii?" soal junaidi.
"Lapar... " ujarnya perlahan sambil menunduk malu.
"Jom kita pergi makan dulu pastu baru pergi cari barang." dia terus menarik lengan baju aini dan menuju ke sebuah restoran di dalam mall itu.
Baru sahaja duduk seorang pelayan datang ke arah mereka untuk mengambil pesanan.
"Nak makan apa encik? " soal pelayan restoran itu.
"Saya nak nasi goreng kampung dan teh ais. Aini hang nak makan apa?" tanya junaidi
"Nak nasi goreng kampung dan milo ais." aini membuat pesanannya.
Pelayan itu berlalu pergi. Aini hanya membaca novel melalui aplikasi novel.
Dan lelaki itu juga bermain telefon sesekali dia melirik mata ke arah aini yang sedang khusyuk membaca novel itu.
Dalam masa setengah jam makanan yang dipesan mereka tiba.
"Terima kasih" ujar junaidi dan pelayan tadi hanya menganggukkan kepala dan berlalu masuk ke dalam.
"Aini jom makan" ajak junaidi
"Dah lama ke sampai" tanya aini sambil meletakkan telefonnya di dalam beg.
"Dah lama sayang oii" sambung junaidi membuatkan wanita itu memandang ke arahnya.
"Jangan panggil sayang lah" tak suka aini
Mereka terus makan dan hanya berdiam tiada sepatah perkataan pun yang keluar sewaktu mereka makan.
Hope you guys enjoy
Share this novel