Series
4430
Pagi itu aini terjaga dari tidur dan melihat sekeliling.
Mungkin kat rumah ibu kut' gumamnya perlahan dan melihat di sisi terdapat suaminya yang sedang tidur pulas mungkin kepenatan.
Aini melihat jam menunjukkan angka 7 pagi dia bangun untuk membersihkan diri tetapi pakaian tak ada.
Dia menyarungkan tudung dan mencapai kunci kereta suaminya dan berlalu keluar.
Dia menuruni tanggan dan menuju ke pintu keluar. Nasib sebelum ini dia pernah datang.
Dia menekan punat alarm kereta dan membuka pintu bahagian belakang lalu megambil pakaian mereka berdua.
Setelah siap dia berpusing ke belakang dan.......
"Argh!" terkejutnya melihat ada seseorang di belakangnya dah serupa patung.
"Kaklong" julia terus memeluk tubuh kakak iparnya itu.
"Terkejut kaklong angah lain kali jangan buat macam tu" aini berjalan menuju ke arah pintu rumah.
"Ibu sihat? " soal aini apabila melihat kelibat ibu mertuanya.
"Ibu sihat aini jom breakfast sekali" ajak ibu.
"Ermm ibu aini belum mandi lagi.Aini nak naik atas nak mandi dulu kejap lagi aini turun" aini memberitahu ibu mertuanya.
"Ha ye lah pergi lah masuk dulu. Angah kamu tolong ibu dekat dapur jom" ibu menarik tangan angah menuju ke dapur.
Aini berlalu naik ke atas dan membuka pintu bilik.
Suaminya masih tidur mungkin kepenatan.
Dia mengambil pakaiannya dan berlalu ke bilik air.
Setelah siap memakai pakaian aini keluar dari bilik air untuk memakai lipbamp.
Dia menuju ke arah suaminya dan menggoncang sedikit lengan suaminya yang sedang tidur.
"Hubby jom bangun ibu panggil turun" aini melabuhkan punggung di belakang suaminya.
"Hmmm" junaidi masih lagi tidur.
"Hubby ibu panggil tu jom laa" ajak aini lagi.
"Sayang turun dulu nanti hubby turun" ujar junaidi yang sudah pun duduk bersila di atas katil.
"Ye lah sayang turun dulu." aini terus berlalu keluar dari bilik dan menuju ke bawah.
"Assalamualaikum ibu" sapa aini yang melihat ibu mertuanya itu yang sedang menghidang brekfast.
"Waalaikumsalam sayang" ibu menoleh ke arah aini lalu tersenyum.
"ibu masak ape?" soal aini.
"Ibu goreng bihun je.Along mana aini dah bangun ke? " soal ibu
"Dah ibu dia tengah mandi" Aini membantu menghidangkan makanan di atas meja.
Sedang mereka berborak seorang perempuan datang menyapa
"Maklong! " panggil perempuan itu nyaring dari atas tangga.
"Ha Kila baru bangun dah pukul 12 nii" sengaja maklong sindir kepada anak saudaranya Kila.
"Alaaa maklong ni itupun nak kecoh" lawan Kila.
"Perempuan ni sape pagi pagi buta dah ade rumah orang" sindir Kila namun Aini hanya buat tak tahu.
"Banyak lah kau punya perempuan dia ni isteri Along" Angah sudah geram dengan sikap Kila yang selalu cuba untuk goda abangnya
"Laaa perempuan secondhand along buat bini baik aq lagi cantik dari perempuan nii" kasar Kila dan menjeling ke arah Aini yang hanya diam.
"Kila jaga percakapan kamu sedar sikit kamu tu menumpang. Dah Aini tak payah layan Kila nii kamu pergi panggil Along ajak dia turun makan." Aini ingin bangun dari kerusi dan ada suara yang memotong.
"Eh maklong Kila boleh panggil Along" Kila terus bangun dan menuju ke arah tangga.
"Tak payah aku dah turun" Junaidi bersuara dan membuatkan pergerakan Kila terhenti.
Junaidi menuju ke arah meja makan di ikuti Kila dari belakang.
Junaidi duduk di tepi Aini sambil mencium dahi isterinya di depan ibunya,Angah dan Kila.
"Morning sayang" Bisik Junaidi di telinga isterinya.
"Hubby ade orang lah" geram Aini merah mukanya menahan malu
"Banyak lah kamu punya pagi Along dah pukul 11 dah nii" ibu menyindir.Junaidi hanya sengih menampakkan barisan giginya.
"Dah jom makan" Angah mencelah
"Hubby nak makan ape?" soal Aini kerana tadi dia menambahkan masakan.
"Hubby nak nasi goreng" belum sempat Aini mencapai bekas nasi goreng Kila mengambilnya dan mencedokkan nasi ke dalam pinggan Junaidi.
"Makan lah Along sedap ni Kila masak" Kila sengaja mengaku dia yang masak nasi itu.
Pale hotak engkau aku yang masak penat penat kau pula mengaku kau masak' sindir Aini dalam hati menyampah.
"Kau ingat aku tak kenal kau ke Kila nak masuk dapur pun tak nak apetah lagi masak" sindir Junaidi
Semua yang ade di meja itu menahan gelak kecuali Aini.
Junaidi mengambil pinggan nasi tadi lalu di berikan kepada Kila.
"Nah kau makan sendiri" Junaidi tidak suka tangan Kila menyentuh makanan yang hendak di makan olehnya.
"Sayang tolong hulurkan pinggan lain Hubby nak nasi goreng dengan telur mata" pinta Junaidi dan merapatkan jarak di antara mereka.
"Nah Hubby makan banyak²" Aini sudah tersenyum melihat nasi yang berada di pinggan suaminya itu.Penuh satu pinggan.
"Sayang nak bagi Hubby tercekik ke ape ni" soak Junaidi sambil menelan liur berkali kali.
"Sayang gurau je lah hubby, nah letak sikit dalam pinggan sayang" ibu dengan Angah sudah bantai gelak melihat telatah mereka suami isteri.
"Tak pe kita kongsi makanan" Junaidi menyuapkan nasi ke Aini.
"Along kesian lah kitorang single nii" Angah sudah mencebik mulut pura pura merajuk.
"Ibu kena cari calon untuk dia ibu dah teruk sangat Along tengok nii" Semua ketawa melihat wajah cemberut Angah.
Kila sudah menyampah melihat pasangan suami isteri di depan dia.
"Tangan ade makanlah sendiri suruh orang suap tu kenapa bukan patah tangan pun" Sindir Kila sambil menjeling ke arah Aini.
"Yang aku suap tu isteri aku bukan perempuan secondhand macam kau" Along membalas kata kata Kila terhadap isterinya.
Kila dengan geram melangkah pergi ke biliknya dan menghempas pintu dengan kuat.
"Hoii roboh rumah ibu aku nanti bukan kau nak bayar!!!" jerkah Angah.
"Dah lah makan" Aini meredakan keadaan itu.
Aini tidak pernah lihat suaminya membenci orang sampai begitu sekali.
Share this novel