Series
4430
Aini mencelikkan matanya, kepalanya terasa berat dia melihat sekeliling. Dia melihat junaidi tertidur di tepi lengannya.
"Hubby hubby bangun" panggil aini perlahan. Junaidi mencelikkan mata perlahan.
"Sayang dah bangun? nak ape ape tak?" soal junaidi mengusap lembut kepala isterinya.
"Sayang nak air" ujar aini perlahan. Junaidi menuangkan air ke dalam cawan dan diletakkan di atas meja itu dulu.
"Jom sayang bangun" junaidi mengangkat perlahan.
"Tssskkk hubby sakit" rengek aini dengan mata yang bergenang. Sakit di bahagian intimnya.
"Sakit kat mana sayang? " soal junaidi cemas.
Aini menunjuk ke arah bahagian intimnya.
"Kejap hubby nak angkat kepala katil sikit" Junaidi memusingkan alat untuk menaikkan sedikit ketinggian katil.
"Nah minum air ni" junaidi menghulur cawan air kepada isterinya. Aini mencapai dan minum perlahan.
Pintu wad dibuka dari luar. Terjenggul wajah ibu dan abah aini.
"Aini macam mana ok ke? " soal ibu aini.
"Aini sihat bu ibu bila dengan abah bila sampai? " soal aini semula.
"Ibu dengan abah baru je sampai" jawab abah
Junaidi menyalami tangan ibu dan abah aini diikuti oleh aini.
"Aini sakit ape junaidi" tanya abah.
"Aini tak sakit ape pun ibu cuma dia mengandung" ujar junaidi gembira.
Ternganga mulut aini mendengar berita itu. Ibu sudah tersenyum gembira.
"Ibu dah agak dah masa korang balik bulan lepas" ujar ibu gembira.
"Sayang tutup mulut tu" tegur junaidi mengembalikan aini ke dunia nyata.
"Nampaknya tak lama lagi kita nak dapat cucu kan ibu" usik abah disambut ketawa oleh junaidi dan ibu.
"Ibu kena balik sayang sebab abah ada kerja petang nanti" ujar ibu sambil menggosok kepala aini yang tersarung tudung.
"Alaa ibu tak boleh tunggu esok ke?" aini cuba memujuk.
"Tak boleh aini" ujar ibu perlahan.
"Aini ibu nak pesan sikit nanti kalau ibu dan abah dah takde aini kena ingat ye patuh pada suami layan dia elok elok. Ibu dengan abah tunggu aini di sana ye" pesan ibu.
"Ibu ape cakap macam tu" aini mengalirkan air mata mendengar ucapan ibunya.
"Dah lah ibu nak balik dulu ye" ibu mencium kepala aini lama. Abah juga menuju ke arah aini dan berpelukan mereka bertiga.
"Dengar cakap suami ye sayang" ujar ibu dan abah serentak. Junaidi bersalaman dengan ibu bapa mertuanya.
Selepas kelibat ibu bapa aini keluar aini hanya termenung mendengarkan nasihat kedua orang tuanya.
Entah mengapa dia merasakan itu pelukan terakhir dan nasihat terakhir untuk dirinya.
"Sayang ok ke? " soal junaidi. Aini hanya mengangguk dan tersenyum.
"Dah sayanv rehat dulu ye hubby nak keluar kejap" ujar junaidi dan membaringkan semula kepala katil.
Selepas aini memejamkan mata junaidi melangkah keluar.
Share this novel