Series
4430
Aini sudah tidak tahu lagi apa yang harus dia lakukan untuk tidak menerima pinangan lelaki itu.
Dia sudah menelefon ibu bapanya untuk menanyakan tentang hal itu
Flashback...
"Assalamualaikum ibu" aini memulakan bicara setelah panggilan dari ibunya diangkat.
"waalaikumsalam sihat kot? " tanya ibu.
"aini sihat. ibu dengan abah sihat" tanya aini.
"alhamdulillah ibu dengan abah sihat ja"
"aini apa keputusan hang? " sambung ibu lagi
"Keputusan apa ibu? " tanya aini kerana tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh ibunya.
"aini dah terima atau tidak pinangan tu. Ibu tak kisah sama ada aini terima atau tak sebab yang ni soal masa depan dan kebahagiaan aini." ujar ibunya panjang lebar.
"aini tak tahu ibu. mungkin ibu kena bagi masa sikit untuk aini fikir." balas aini.
"tak pe lah ibu aini ada keja jap nak jumpa niza dengan iza" beritahu aini.
"hmmm ye lah tapi jangan lama sangat kamu tu anak dara tak elok keluar malam." nasihat ibu.
"ye lah ibu bye assalamualaikum." aini memberi salam dan mematikan panggilan setelah salamnya di jawab oleh ibu.
Tak lama kemudian dia berlalu ke bilik kakakny dan beritahu bahwa dia ingin pergi tidur di rumah noriza sekali dengan iza.
***********
Setelah sampai di hadapan rumah kawannya itu dia memberi salam dan masuk ke dalam setelah di izinkan oleh mak noriza.
Dia terus berlalu ke bilik noriza dan dia melihat iza telah pun berada di situ.
"apa cita nii? "tanya iza dan noriza serentak.
"korang nii tunggu dulu aq tak sempat duduk lagi." ujar aini.
"Dok aih dia buat cakap KL pulak tau la hang duduk dekat dengan KL tu adoiii" ujar iza tanda menyampah dengan bahasa percakapan aini.
"Dah lah korang nii" sampuk noriza
"tudiaaa aihh sorang lagi cakap KL" iza sudah tidak berpuas hati. Disambut ketawa daripada aini dan noriza.
"Macam mana nak cakap ehh" dia tidak tahu ingin memulakan perbualan mereka dari mana.
"Junaidi hantar orang masuk meminang aq" ujar nya perlahan.
"Podiaaa!!! " sudah ternganga mulut kedua rakan nya itu " biar betul" sekali lagi mereka bertanya.
" pelan sikit suara tu " ujar aini sambil menutup mulut kedua rakannya itu dengan bantal.
"pastu macam mana" tanya mereka lagi dengan serentak.
" tak tau weyh... korang tau kan aq dah lama tunggu dia tapi bila aq dapat lupakan dia.. dia nak kawin dengan aq pulak tuu" terangnya sambil menangis.
Sungguh hatinya terluka saat ini kerana lelaki bernama Junaidi itu.
"Sabar aini hang kena kuat tak boleh mengalah macam nii " ujar noriza dan disambut dengan anggukan kepala dari iza tanda bersetuju dengan apa yang dicakap oleh noriza
"aini kalau hang dah lama tunggu dia why not hang terima ja pinangan dia" tambah iza lagi
" betul tu aini terima ja laa.. mana tau lepas ni dia boleh buat hang bahagia kan" sambung iza lagi
"betul ke aq patut terima pinangan dia?" soal aini
Dan mendapat anggukan yang laju dari rakannya itu.
Share this novel