Bab 44

Romance Series 4430

Pada pukul 4 pagi aini terbangun dari tidur kerana berasa mual. Dia menolak perlahan tangan suaminya di pinggang dan berlari ke arah bilik air tanpa pakaian kerana ulah suaminya semalam.

Masuk sahaja ke dalam bilik air dia memuntahkan segala isi perutnya di singki.

Uwerkkk! uwerkkk! uwerkkk!!
Junaidi terjaga dari tidur bila mendengar suara orang yang sedang muntah. Bila mendengar sekali lagi bunyi muntah itu dia menuju ke bilik air.

"Sayang" panggil juanidi dan mengurut perlahan belakang isterinya.

"Hubby" nangis aini dan memeluk suaminya selepas mencuci mulutnya.

"Nape ni? " soal junaidi risau.

"Tekak sayang perit" jawab aini menangis tersedu sedan di dada suaminya.

"Dah jangan nangis jom kita makan ubat" ajak juanidi dan menarik tangan isterinya. Tetapi aini mengeraskan badan.

"Tak larat nak jalan hubby" rengek aini. Junaidi berpusing dan mencempung tubuh isterinya.

Aini memeluk leher suaminya dan menyembamkan wajah di situ.

Junaidi menelan payah air liur bila badan isterinya tanpa pakaian melekat elok di tubuhnya.

Dia merebahkan aini di atas katil tetapi aini tidak mahu melepaskan pelukan di leher suaminya.

"Sayang tunggu kejap hubby nak ambil ubat dengan baju" pujuk junaidi dan menyelitkan rambut isterinya di belakang telinga.

"Sayang nak pakai baju hubby" ujar aini masih pejamkan mata dan melepaskan lingkaran tangan di leher junaidi.

Junaidi berasa pelik dan melangkah ke arah almari dia mengambil tshirt nya yang bersaiz besar.

"Meh sini pakai baju" panggil junaidi dan mengangkat perlahan tubuh isterinya.

"Sayang pening ke?" soal juanidi sambil menyarungkan baju ke badan isterinya

Aini hanya mengangguk. Dia tidak larat untuk berbuat ape lagi.

Junaidi mengambil ubat panadol di dalam laci meja tepi katil tidur dan mengeluarkan sebiji daripada sepapan.

"Nah makan ubat dulu kejap lagi sayang sambung tidur" Junaidi menghulurkan air dan ubat pada isterinya.

Selepas makan ubat aini terus tidur. Junaidi membersihkan diri dan solat sunat tahajud sebelum solat subuh.

Selesai menunaikan solat subuh junaidi melihat jam tangannya. Angka jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Dia bersiap untuk ke pekabat. Selesai memakai pakaian untuk ke pejabat juanidi melangkah ke arah isterinya dan mencium lembut dahi dan bibir isterinya.

Junaidi melangkah turun ke bawah dan masuk sekejap di bahagian dapur untuk membancuh air nescafe.

Tiba tiba ada suara yang menegur dari belakang dan membuatkan dia menoleh.

"Along awal bangun? " soal Kila dan melangkah menghampiri junaidi.

"Aku memamg bangun awal kau tu tak de angin takde ribut bangun awal dah taubat ke" sindir junaidi. Dia membasuh cawan yang diminum tadi.

"Along tau tak Kila nampak perempuan tu pegang tangan dengan lelaki lain dekat mall" kila memulakan rancangannya.

Juanidi menoleh memandang kila yang sedang tersenyum sinis.

"Ape maksud kau kila? " Soal junaidi masih menunjukkan riak biasa tanpa perasaan.

"Along tengok ni kila ada bukti tau. Kan kila dah cakap perempuan ni second hand. Kalau along kawin dengan kila kan bagus" ujar kila dan merapati junaidi cuba memaut lengan itu.

Junaidi menarik legannya. Matanya masih tertumpu pada gambar yang ditunjukkan oleh kila.

Junaidi terus melangkah keluar dari dapur dan menuju ke arah kereta, dia menghidupkan enjin kereta dan keluar dari kawasan rumah.

Kila tersenyum sinis melihat kereta junaidi yang keluar dari perkarangan rumah. Rancangan aku dah jalan' gumam kila dan berlalu masuk kebiliknya untuk sambung tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience