Series
4430
Pagi itu junaidi bangun awal pada pukul 5.30 pagi.Dia menoleh ke sisi dan melihat wajah isterinya yang sedang tidur.
"Sayang... sayang... bangun kita solat sekali jom"dia mengejutkan isterinya.
"hmmm.... " sahut aini sambil bangun dan menuju ke arah almari untuk mengambil pakaian.
"awak nak mandi dulu ke? " soal aini dia hampir terlupa lelaki itu yang bangun awal darinya.
"sayang pergi mandi dulu abang nak kemas katil" Dia pelik isterinya telah menukar panggilan awak.
Dia tersenyum sendiri.
Tanpa banyak bicara aini terus berlalu keluar dari bilik.
Setelah hampir setengah jam dia masuk ke dalam bilik dengan menutupi rambutnya dengan tuala.
"diorang dah bangun ke?" soal junaidi sambil menuju ke arah almari mengambil kain pelikat dan tshirt.
"diorang belum bangun lagi gelap je dekat luar tu" jawab aini. Junaidi terus berlalu keluar dari bilik menuju ke bilik air.
Selepas solat aini ingin sambung tidur nya tetapi...
"ha sayang awak nak buat apa tu tarik selimut bagai. jangan cakap awak nak tidur pulak dah pukul 6.30 nii sayang lagipun tak baik sambung tidur lepas solat subuh." nasihat junaidi dan menghampiri isterinya.
"Saya mengantuk lah awak semalam kan kita tidur pukul 1.30" rengek aini dengan suara manjanya.
"Jom keluar kita buat breakfast ibu dengan abah kan dah nak balik" pujuknya lagi.
"Ha abah dengan ibu nak balik saya tak tau pun" terus segar matanya bila dengar ibu dan abahnya mahu pulang ke pahang.
"memang lah awak tak tahu semalam awak tak keluar makan." dia mengingatkan isterinya.
"hmm" junaidi menarik tangan isterinya untuk keluar.
"kejap lah saya nak ambik tudung." dia berlalu ke almari dan mengambil tudung sarung untuk dipakai di dalam rumah
Keluar sahaja dari bilik mereka terus ke arah dapur untuk menghidangkan sarapan untuk ahli keluarga yang lain.
Semasa di dapur terdengar gurau senda antara mereka tanpa mereka sedar.
"Ehem sedapnya bau.. masak ape nii" soal kakyah dan kakak iparnya dari tadi lagi dia hanya memerhati dan tidak ingin mengganggu.
"Kak bila sampai nii?" tanya aini muka nya sudah merona merah pasti kakaknya melihat kemesraan antara mereka.
" meh sini kak tolong angkat makanan letak kat atas meja" tawar kakyah dan kakak iparnya untuk membantu.
"sayang abang masuk dulu nak salin kain" aini hanya mengangguk
Dia melihat kakak² nya yang sedang tersenyum penuh makna.
"Kak kenapa tengok aini macam tu?" soal aini hairan.
"Dah tak payah nak usik aini tu" tegur ibu membuatkan aini berasa lega.
Tak lama kemudian ruangan makan itu dipenuhi oleh ahli keluarga aini.
Waktu makan mereka hanya diam. Junaidi yang duduk di sebelahnya sesekali meminta kuih.
Selepas makan mereka semua berkumpul untuk kepulangan ibu abah serta abang long dan kakak iparnya ke rumah masing².
"Aini jaga diri ya. Ingat jangan lawan cakap suami dan jangan jadi isteri derhaka syurga aini bawah tapak kaki suami" ibu tidak lupa untuk menitipkan nasihat kepada anak perempuan nya yang bongsu.
"Ye ibu aini tahu" dia bersalaman dan memeluk ibunya erat seperti tidak mahu dilepaskan air matanya mengalir.
"Dah lah sayang jangan nangis nanti ajak junaidi balik sana ye"aini hanya mengangguk.
Dia bersalaman sekali lagi dengan ibu dan abah.
Abanglong dan isterinya serta anak² mereka telah berada di dalam kereta.
Selepas kereta berlalu pergi mereka semua masuk ke dalam rumah untuk rehat.
Kedai kakaknya masih lagi tidak di buka jadi dia boleh rehat.
Share this novel