Series
4430
Kila berlalu masuk ke dalam biliknya. Dia sedang berfikir sama ada dia mahu teruskan ataupun tidak dengan rancangannya.
Dia mencapai telefonnya dan membuka aplikasi fac kerana bosan. Dia berhenti daripada scroll kerana ada satu ceramah yang membuatkan dia menyesal.
"Para hadirin sekalian sesungguhnya allah melaknat orang yang cuba menghancurkan rumah tangga orang. Jika salah seorang daripada anda semua telah lakukan itu semua maka taubatlah" ujar penceramah itu.
Kila yang mendengar itu sudah takut bila dengar perkataan neraka. Dia mengalirkan air mata dengan sangat lebat kerana dapat membayangkan azab allah.
"Ya allah berdosanya aku" rintih kila perlahan sambil menangis teresak esak. Tanpa banyak bicara dia terus menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.
Setelah selesai mengambil wuduk dia berlalu ke arah almari mencari telekung untuk menunaikan solat sunat taubat.
Setelah selesai solat sunat taubat dia berzikir pendek dan meminta ampun kepada allah.
"Ya allah ya tuhanku kau ampunkanlah segala dosa dosa ku ya allah. Ya allah sesungguhnya aku telah khilaf dan cuba menghancurkan rumah tangga sepupu aku sendiri. Ya allah aku mohon sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha mengasihani. Amin ya rabbal a'lamin" dia meraup muka nya.
Sungguh dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Setelah selesai melipat sejadah dan telekung dia berlalu ke arah almari dan mengemas pakaiannya.
Dia tekad dia akan keluar dari rumah ini sebelum menjelang pagi. Setelah siap mengemaskan pakiannya dia berlalu mencapai kunci kereta dan berlalu keluar.
Dia menuju ke bilik ibu dulu untuk memberitahu bahawa dia akan keluar. Sampai di hadapan pintu bilik ibu dia mengetuk perlahan.
Setelah pintu dibuka dia melihat wajah maklongnya yang seperti tidurnya diganggu.
"Maklong kila nak balik rumah mama dengan papa malam ni" ujar kila dan menyalami tangan maklongnya.
"Ye lah. Hati hati ye" ujar maklong seraya mengucup dahi kila.
"Halalkan segala makan minum kila ye maklong dan ampunkan segala dosa kila" ujar nya sambil mengalirkan air mata.
"Nanti bagitau dekat kaklong dan along kila mintak maaf" ujarnya membuatkan ibu terkejut kerana kila menggelar aini "kaklong".
"Kila kena pergi dah ni maklong" ujar kila.
"Ye lah hati hati" ujar maklong.
Share this novel