Bab 54

Romance Series 4430

Setelah seminggu permergian ibu dan abah aini kini telah pun redha dan dia hanya fokuskan keadaan bayi mereka yang bakal lahir.

Hari ini Aini harus pergi ke klinik bersama junaidi. Aini melangkah ke arah bilik air dan mengetuk pintu memanggil suaminya.

"Hubby nape lama sangat dekat dalam tu? " soal aini masih lagi mengetuk pintu bilik air.

"Kejap sayang" junaidi membuka pintu bilik air dan melangkah ke arah aini yang sedang menyikat rambut panjangnya separas pinggang.

Junaidi memeluk dari belakang dan menghidu bau rambut isterinya. Aini menoleh memandang junaidi dan tersenyum.

Aini memeluk leher suaminya dan menjengketkan kaki dan memagut lembut bibir itu. Junaidi terkejut namun masih di balas ciuman isterinya.

"Sayang lepas ni jangan jengket lagi bahaya tau" ujar junaidi setelah ciuman di lepaskan. Dia mencempung tubuh isterinya dan dibaringkan di atas katil.

Junaidi memanjat naik ke atas badan isterinya dan menyambung kembali ciuman di bibir isterinya. Tangannya menjalar di balik baju lengan panjang isterinya naik ke dada.

Tok! Tok!
"Along! kaklong ibu panggil turun ajak makan" laung kila dari luar.

Junaidi bangkit dari badan isterinya dan mengangkat aini bangun dengan wajah kecewa.

"Kau pergi lah turun dulu" suruh junaidi dan melangkah ke arah almari mengambil pakaian.

Aini tersenyum melihat wajah cemberut suaminya itu. Dia menuju ke arah junaidi yang telah siap berpakaian dan memluk tubuh itu dari belakang.

"Hubby jangan buat muka macam tu " tegur aini. Junaidi menoleh belakang dan memaut pinggang aini.

"Hubby baru nak makan sayang tapi ada penyibuk pulak " ujar junaidi masih lagi dengan muka monyoknya.

"Hubby dah lah kita kena pergi klinik nak buat checkup" pujuk aini.

Junaidi melepaskan rangkulan di pinggang aini dan menarik tangan isterinya untuk turun.

"Kejap nak pakai tudung dengan ambil beg" ujar aini dan berlalu ke arah cermin. Dia hanya mengenakan selendang simple dan mencapai beg tangan.

Dia dan junaidi berjalan menunu ke bawah bersama senyuman. Aini terlihat kila serta merta senyumannya mati.

Junaidi perasan senyuman di bibir isterinya mati kerana Kila turut berada di meja itu.

Junaidi telah memberi amaran pada kila supaya tidak menngganggu aini dan tidak mengancam nyawa yang berada di dalam kandungan isterinya.

Namun kila seorang yang degil dan tak mudah mengalah. Dia akan berusaha apa saja untuk meraih cinta dan perhatian junaidi.

Junaidi menarik kerusi dan menyuruh aini duduk. Dia melabuhkan duduk di sebelah isterinya. Dia mengabaikan pandangan kila.

"Hubby nak makan ape?" soal aini.
"Hubby nak bihun dengan kopi" ujar junaidi.

"Aini dengan along kena pergi buat check up kan?" soal ibu. Aini hanya mengangguk dan menjamah makanannya.

"Ibu nak kena pergi ke Kuala lumpur nak hantar kila balik" ujar ibu.

"Maklong kila tak nak balik sana" jerit kila.

"Mama dengan papa kamu suruh balik kila. Kamu menyebabkan aini hampir keguguran dan menghancurkan rumah tangga diorang" balas ibu tegas.

Kila mendengus geram dan bangun dari tempat duduknya.

"Kila takkan ke mana mana selagi along tak kahwin dengan kila" ujar kila dan berlalu pergi.

Semua yang berada di meja itu mengeluh dan memandang ke arah aini yang sedang makan tanpa menghiraukan semua orang.

Walaupun kecewa dia tetap sembunyikan semua itu. Dia cuba tersenyum walaupun matanya bergenang.

"Ibu aini nak kena pergi klinik dah ni" ujar aini seraya bangun dan menyalam tangan ibu mertuanya dan berlalu keluar.

"Along pergi lah dengan aini. Ibu rasa dia terasa dengan kata kata kila" junaidi hanya mengangguk dan menuju ke luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience