Series
4430
Masuk sahaja dalam bilik dia melihat isterinya sedang tidur. Dia memghampiri katil itu dan naik perlahan ke atas katil.
Apabila terasa tilam bergerak Aini memusingkan badannya menghadap suamimya yang sedang duduk.
Junaidi menyelitkan rambut aini yang menutupi separuh mukanya di belakang telinga isterinya.
Dia menatap wajah isterinya yang sedang tidur itu.Dia mengakui bahawa isterinya itu sangat cantik dengan warna kulit hitam manis,disebabkan itu lah dia mencintai wanita itu sejak pertama kali mereka kenal melalui media sosial.
Aini mengerdipkan matanya yang terasa tidurnya diganggu.
Junaidi terdengar deringan telefon menandakan panggilan masuk. Dia mengambil telefonnya dan turun dari katil untuk menjawab panggilan telefon.
Setelah beberapa minit bercakap melalui telefon dia kembali ke arah isterinya yang sedang tidur itu.
Dia duduk sambil membalas mesej dari kawan kawannya.
Tok!Tok!Tok!
Dia berlalu ke arah pintu dan membuka pintu itu terjenggul muka firdaus di depan muka pintu.
"Paklang tok suruh panggil paklang dengan maklang minum teh" ujar firdaus anak kakyah.
"Cakap kat tok maklang tengah tidur nanti paklang gerak maklang bangun.Firdaus pergi sana dulu." Tanpa banyak tanya firdaus terus berlalu ke arah dapur.
"Sayang bangun ibu suruh keluar minum teh." Dia mengejutkan perlahan isterinya yang sedang tidur.
"Hmmmm... orang penat nedii" rengek aini sambil menutupi mukanya dengan selimut
"Aini sayang bangun lah"kejutnya lagi sambil tersenyum geli hati dengan gelagat isteri yang diganggu tidurnya itu.
"Hmmm ye lah ye lah" aini sudah pun bangun dan mengikat rambutnya seperti ekor kuda kerana hendak mamakai tudung.
"Jom" dia memimpin tangan aini keluar dari bilik dan menuju ke arah ruang tamu.
Aini pula menuju ke dapur untuk mencuci muka.
"Sayang nak pergi mana tu?" tanya junaidi bila melihat isterinya itu menuju ke arah lain.
"orang nak basuh muka laa" ujar aini dan berlalu ke bilik air.
Junaidi berlalu ke arah keluarga isterinya yang sedang berbual sambil minum teh.
"Junaidi duduklah minum sekali." ajak abah sambil memanggil junaidi untuk duduk di sebelahnya.
"Aini mana?" tanya abang long
"Tu dia pergi bilik air kejap basuh muka dia terlelap jap tadi" jawab junaidi.
Mereka melihat aini menuju ke arah ruang tamu untuk duduk di antara kakyah dan kak dayah manakala ibu di tepi abah.
"Eh aini hang mai duk sini tepi laki hang" arah abang iparnya iaitu suami kakyah.
"Ha betul tu aini p lah duduk tepi laki hang tu tuang air kat dia" tambah kakak iparnya isteri kepada abang long.
"Takpa lah aini duduk tepi ibu je" ujar aini tidak mahu duduk di tepi suaminya itu.
"NURAINI BINTI MOHD ROFI!!! " Sekarang semua ahli keluarganya mendang ke arahnya dengan pandangan tajam.
Aini sudah menelan air liur dengan payah kerana pandangan dari keluarganya.
Tanpa banyak bicara dia menukar tempat dengan abang iparnya suami kepada kakyah.
Kini dia sudah duduk bersimpuh di sebelah suaminya.
"Tuangkan air untuk suami" arah abah tegas.
"Nak air apa?" soal aini kepada suaminya.
"Mana mana pun boleh" balas junaidi sambil melihat ke arah isterinya.
Tanpa banyak tanya aini menuangkan teh o suam kepada suaminya.
"Nah minum sampai habis kalau tak habis tidur luar" ujar aini kepada suaminya perlahan.
"NURAINI BINTI MOHD ROFI kenapa cakap macam tu dengan suami " tegur abah dengan riak garang.
"Aini gurau je abah" Balasnya perlahan.
"Tak boleh gurau macam tu dengan suami aini" sambung ibu lagi menambahkan perasa.
"Betu tu cakap ibu" setuju ahli keluarganya yang lain.
"Apa nii semua pakat bela dia nii" aini sudah cemberut
Junaidi tergelak kecil melihat wajah cemberut aini diusik oleh ahli keluarganya.
"Hang gelak tidur luar" bidas aini.
"Aini!!!" sekali lagi dia ditegur oleh ahli keluarganya.
"Isshhh ibu abah" rengek aini manja.
Yang lain dah tergelak keras perut dengan sikap manja aini.
Share this novel