Bab 29

Romance Series 4430

Masuk sahaja ke dalam bilik aini terus menuju ke arah katil.

Dia baringkan badan dan menutup mata untuk tidur.

"Sayang solat dulu lepas solat nanti tidur laa" Junaidi mengejutkan aini yang sedang memejamkan mata sambil meniarap.

"Hubby kejap lah sayang nak lelap mata jap je" rengek aini tanpa menghiraukan suaminya yang sudah bercekak pinggang.

Dia nak kena budak nii. Gumam junaidi dan mendekati isterinya.

pap!

"Hubby!!!" aini terus buka mata apabila suaminya menepuk punggung nya. Merah muka dia malu.

"Cepat bangun mandi solat dulu" tanpa berlengah terus sahaja aini bangun menuju ke arah almari dan mengambil pakaian untuk ditukar lepas mandi nanti.

Junaidi tergelak kecil melihat wajah isterinya yang sudah merah malu. Dia baring ingin melelapkan mata

Selepas setengah jam berada di bilik air aini melangkah masuk ke biliknya.

"Tadi tak bagi orang tido dia tido takpe" gumam aini perlahan dan menuju ke arah suaminya itu.

Heheheh dia ada plan dia nak buat balik apa yang junaidi buat tadi.

Pap! dengan spontan dia menepuk punggung suaminya dengan penyangkut baju.

"Sayang" dengan geram junaidi menggomol isterinya yang sudah ketawa mengekek

"Hubby geli lah " rengek aini cuba untuk larikan diri.

"Sape suruh kacau hubby tidur sekarang terima hukuman hubby" junaidi terus menggomol isterinya

"Hubby batal dah wuduk sayang" aini terus bangun dan menuju ke arah pintu untuk ke bilik air.

"Ha sayang nak pergi mana tu? " tanya junaidi.

"nak ambil wuduk laa" terus sahaja aini berlalu keluar dari bilik
********
Selepas solat seperti biasa aini menyalam tangan suaminya dan dibalas kucupan hangat di dahi.

"Hubby bila nak pergi umah opah? " tanya aini sambil tangan ligat melipat telekung.

"Kita pergi sekarang boleh kan? " junaidi memberi cadangan.

"sayang tak kisah pun hubby nak pergi bila" balas aini.

"ok jom kita pergi sekarang" aini hanya mengangguk dan menuju ke arah almari.

Aini berlalu ke arah almari dan mengambil tudung bawak warna hitam sesuai dengan baju tshirt yang dipakainya.

"Sayang sekuar slack hubby mana?" tanya junaidi yang sedang mencari seluarnya.

"Kejap hubby" selesai memakai tudung dia menuju ke arah suaminya untuk mencari seluar.

Dia menghulurkan seluar kepada suaminya dan dia berlalu ke arah meja solek.

Baru sahaja ingin mengoles pelembab bibir ada tangan yang menyambar benda tu.

"Hubby bagi lah sayang nak pakai lipbamp tu sikit bibir sayang kering." aini cuba mendapatkan lipbamp tersebut.

"Betul ni untuk lembabkan bibir sayang?" soal junaidi.

"ye hubby sayang bukannya pakai merah² pun" baru lah suaminya itu berikan lipbamp kepadanya.

"Ok dah siap jom kita keluar" ajak aini dan berjalan ke arah pintu.

Junaidi mengikutinya dari belakang.Dia menuju ke arah pintu keluar bersama kunci motor kakyah.

"Hubby pergi tunggu dekat motor dulu sayang nak bagitau kakyah jap" aini berlalu masuk ke dalam semula.

Tidak lama kemudian isterinya datang dan naik ke atas motor di belakang suaminy. Nasib baik dia memakai seluar palazo.

"Dah? " soal junaidi sambil menoleh ke belakang.

"Dah jom" aini memegang pinggang suaminya dan motor bergerak ke rumah tok suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience