Bab 43

Romance Series 4430

Masuk sahaja ke dalam bilik Kila berfikir cara untuk meruntuhkan rumah tangga Junaidi dan Aini.

'Aku akan tunjukkan gambar tu dekat junaidi tapi kena la plan perlahan lahan supaya rumah tangga korang hancur. Sape suruh kau rampas Junaidi dari aku kau tunggu ye' gumam kila sambil tersenyum sinis.

Sementara di ruang tamu Junaidi, aini dan angah sedang menonton film bollywood.

"Alaaa kaklong bosan lah kita tengok cerita lain laa" rungut angah.

Kalau tidak disebabkan kakak iparnya dia tidak akan sesekali menonton film bollywood.

"Angah nanti lah kejap kaklong nak tengok nak habis dah" mata aini masih lagi fokus pada kaca tv.

Junaidi dan angah berpandangan dan tersungging senyum penuh makna.

"Chori chori chupke chupke" nyanyi aini sambil menari perlahan.

Tiba tiba dia merasakan ada benda di atas kepalanya. Aini memegang dan melihat benda itu.

"Arghhh!!!! hubby tolong" jerit aini apabila melihay lipas di atas kepalanya. Berlari dia di kawasan ruang tamu.

"Hubby tolong!!! " panggil aini masih lagi berlari. Junaidi dan angah sudah ketawa terbahak bahak.

Aini perasan yang suaminya dan adik ipar dia ketawakan dirinya. Dia mendekat ke arah sofa melihat lipas itu.

Kenape tak bergerak' gumam aini. Dia mencapai bantal kecil dan baling ke arah lipas itu juga masih tidak bergerak.

Aini melangkah ke arah junaidi dan angaj dia memukul lengan mereka berdua yang masih ketawa.

Pap! pap!
"Aduh kaklong sakit lah" rungut angah dan junaidi masih lagi menggosok perlahan lengan mereka.

"Sape suruh kenakan orang kan dah mendapat" geram aini.

"Eleh orang gurau sikit pun tak boleh" ujar junaidi.

"Bukan tak boleh tapi tadi kalau jatuh macam mana? " soal aini.

"Ye lah maafkan kami ye tuan puteri" aini tergelak mendengar karenah dua beradik itu.

Aini melangkah ke arah meja bila telefonnya berbunyi.

"Dah diam hubby ibu call" ujar aini. Angah terus memberi isyarat bahawa dia ingin masuk ke dalam bilik.

"Hello ibu" sapa aini.
"Assalamualaikum aini" tegur ibu.
"hehe waalaikumsalam ibu" sengih aini.
"bila nak ajak junaidi balik sini" tanya ibu.

Aini menoleh memandang suaminya di sebelah sambil menjongketkan kening sebelah.

"Kitorang tak tau lagi nak balik bila ibu sebab saya sibuk sikit. Insyaallah nanti ade masa saya ajak aini balik rumah ibu" ujar junaidi

"Itu lah alasan korang entah entah isteri dah bunting baru nak balik" ujar ibu.

"Alaa ibu ni nanti kitorang balik lah sana ye. Abah mana?" soal aini.

"Abah kamu ada dekat surau tak balik lagi sebab ada kenduri lepas isyak" jawab ibu.

"Ooo ibu dengan abah sihat ke? " soal junaidi yang sedang bermain telefon.

"Ibu dengan abah sihat. Aini dah mengandung ke? ibu tak sabar nak tunggu anak kamu keluar" ujar ibu.

"Ibu ni aini tak mengandung lagi lah. period pun elok je setiap bulan" jawab aini.

"Tak pe lah kalau macam tu ibu ade keja sikit ni. nanti borak lain" ujar ibu.

"Ye lah ibu assalamualaikum." ainu terus sahaja mematikan panggilan setelah salamnya dijawab.

"Sayang" panggil junaidi dan menoleh ke arah isterinya yang sedang menyandarkan kepala di bahu dia.

"Tadi ibu cakap pasal baby kan? " soal junaidi membuatkan aini mengangkat kepala melihat suaminya.

"Lepastu? " soal aini semula pelik.

Junaidi mengambil telefon isterinya dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya dan mencempung tubuh isterinya.

"Jom kita buat baby" ujar junaidi dan melangkah ke dalam bilik.

"Argh hubby" terjerit kecil aini kerana gayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience