Series
4430
Selepas pulang dari kubur ibu dan abah junaidi terus memandu kereta pulang ke kuantan.
Junaidi perasan isterinya hanya termenung dan memandang luar tingkap.
"Sayang..." panggil junaidi perlahan sambil sebelah tangan mengenggam erat jemari isterinya.
Aini menoleh dan mengangkat kening. Junaidi menghentikan kereta di bahu jalan. Dia menoleh memandang isterinya.
"Sayang ok ke? " soal junaidi perlahan. Aini mengalirkan air mata dengan lebat.
"Kenape terlalu cepat ibu dengan abah pergi? Ibu cakap nak tunggu baby keluar tapi ibu tinggalkan sayang dengan baby" ujar aini sambil mengelap air mata kasar.
"Sayang kena redha dengan ketentuan allah. Sayang kena kuat. Demi hubby demi baby kita. Sayang masih ada hubby kan" pujuk junaidi sambil mengusap lembut perut aini yang sedikit buncit.
Aini hanya mengangguk dan menyembamkan wajah di dada bidang suaminya. Junaidi memeluk dan mencium ubun kepala isterinya.
"Sayang tidur dulu nanti sampai rumab hubby kejutkan" Junaidi menyelimut dari pinggang sehingga hujung kaki isterinya dengan selimut yang disediakan di dalam kereta.
Setelah memastikan aini tidur junaidi memulakan pemanduannya dan menekan pedal minyak.
Sepanjang perjalanan junaidi memikirkan keadaan isterinya yang sangat stress akibat kehilangan kedua orang tua.
Dia jatuh kasihan melihat isterinya yang sangat sedih. Doktor tidak benarkan aini terlalu mendapat tekanan kerana mungkin akan membahayakan kandungan bayi di dalam perut.
Sampai sahaja di rumah ibu junaidi, dia mengejutkan aini perlahan.
"Sayang bangun kita dah sampai" kejut junaidi sambil mengusap lembut pipi isterinya.
Aini memisat bangun dan melihat ke arah suaminya. Dia turun dari kereta dan menuju ke arah suaminya yang keluar dari kereta.
Mereka berjalan masuk ke dalam sambil berpimpin tangan. Aini dan junaidi menyalam tangan ibu..
"Sayang sabar ye" ujar ibu mengusap lembut lengan aini. Aini hanya mengangguk dan tersenyum untuk menyedapkan hati ibu mertua dan suaminya.
"Ibu aini nak masuk rehat dulu ye" ujar aini dan berlalu masuk ke dalam setelah mendapat anggukan dari ibu.
"Along pergilah jaga dia nanti ibu takut dia terlalu tertekan" ibu menyuruh junaidi masuk ke dalam.
"Ye lah ibu" Junaidi terus berlalu masuk ke dalam bilik.
Share this novel