Bab 34

Romance Series 4430

Sedang makan aini sesekali menyuap keropok ke arah suaminya.

Jam sudah menunjukkan angka 2 pagi tetapi aini masih belum mahu tidur.

"Sayang tak nak tidur lagi ke dah pukul 2 pagi ni" Junaidi cuba menyuruh isterinya tidur kerana dia tahu aini mengantuk.

"Tak nak lah sayang nak teman hubby" aini meletakkan kepalanya di bahu suaminya sambil memeluk lengan suaminya.

Junaidi hanya membiarkan isterinya berbuat begitu.

"Hubby nanti singgah RnR jap" pinta aini.

"Sayang nak buat ape? " soal junaidi sambil memandang ke hadapan.

"Ada lah hubby berhenti je" rengek aini.

"Cakap la dulu kalau tak hubby tak berhenti" kini dia sudah menoleh memandang isterinya yang sedang menunduk.

"Sayang nak vivi" ujar aini perlahan merah mukanya malu.

"Ape tu sayang? " dia tidak faham perkataan 'vivi' itu.

"Sayang nak kencing laa" ujar aini geram.

Takkan lah suamimya itu tidak faham perkataan yang dia guna tadi

"Laaa nak kencing rupanya kejap hubby tengok yang dekat sikit" setelah menjumpai RnR junaidi membelok masuk.

Tanpa menunggu aini terus menyarungkan tudung dan berlalu pergi mencari toilet.

Junaidi menunggu di dalam kereta sambil bermain telefon.

Dia melihat di sebelah apabila terdengar bunyi pintu di buka.

"Sayang dah siap ke?" soal junaidi
"Dah" balas aini.
"Ok jom kita gerak" junaidi memulakan pemanduannya.

Setelah beberapa jam memandu akhirnya mereka tiba di rumah ibu junaidi.

Dia terus mematikan enjin kereta dan keluar menuju ke arah isterinya.

Dia mengambil beg tangan dan mengangkat tubuh isterinya yang sedang tidur.

"Assalamualaikum ibu" junaidi memberi salam.Tidak lama kemudian pintu rumah di buka dan terjenggul wajah ibu.

"Eh along dah sampai masuk lah" pelawa ibu junaidi berlalu masuk dan mengikuti langkah ibu terus ke bilik mereka.

Ibu membukakan pintu.Junaidi berlalu masuk dan meletakkan perlahan isterinya yang sedang tidur.

"Ibu sihat? " soal junaidi sambil menyalam tangan ibunya.

"Ibu macam ni lah along.Ni kamu pergi lah rehat dulu lagi pun dah pukul 3 pagi nii.Ibu pun nak sambung tidur" ibu terus berlalu pergi.

Junaidi menuju ke arah katil dan membuka tudung isterinya lalu di sangkut.

Aini sedikit bergerak bila tidurnya diganggu.

Junaidi merebahkan badan di tepi isterinya dan memeluk erat pinggang itu

Aini memusingkan badan dan memeluk pinggang suaminya erat.

"Nite sayang" ucap junaidi dan melabuhkan ciuman di dahi isterinya.

Dia melihat payudara isterinya yang sedang turun naik bila bernafas. Dia menahan gelora di hati.

Payudara isterinya sedikit besar kerana badan isterinya sederhana. Baginya untuk mencempung badan isterinya tidak terlalu berat.

"Hmmm" sahutan dari isterinya menyentakkan lamunannya.

Junaidi terus sahaja tertidur kerana terlalu penat drive sendiri.

Masa perjalanan dari perlis ke kuantan tu saya hanya tambah Tak tahu pun berape lama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience