Series
4430
Apabila kereta berhenti di shell minyak aini membuka mata dan melihat sekeliling.
"Hubby"Panggil aini dan meletakkan tangan di paha suaminya.Junaidi menggenggam tangan isterinya.
"Ye sayang, sayang nak makan ke? " soal junaidi sambil menyelitkan rambut isterinya di belakang telinga.
"Pukul berapa dah hubby?" soal aini dengan mata terpejam.
"Dah pukul 10 malam dah sayang" jawab junaidi.
"Dah malam! sayang tidur pukul berapa tadi? " soal aini.
"sayang tidur pukul 9 pagi tadi.Sayang ade nak makan ape² tak? " dia tahu isterinya lapar.
"Sayang nak keropok potato hubby" jawab aini
"Sayang tunggu sini hubby pergi beli" junaidi dah membuka tali pinggang dan ingin turun.
"Hubby nak ikut" pinta aini.
"Jom" aini hanya memakai tudung sarung dan mengambil beg tangan.
Junaidi membuka pintu sebelah isterinya dan menghulurkan tangan kepada isterinya.
"Hubby pinjam selipar jap" aini malas memakai kasut tumitnya yang sederhana tinggi.
"kejap hubby tengok dekat belakang" junaidi mengambil seliparnya dan meletakkan di kaki isterinya.
"jom" junaidi memimpin tangan isterinya dan menuju ke dalam kedai shell minyak.
Sampai di bahagian keropok aini mengambil 3 bungkus keropok potato bersaiz besar.
"Jom kita pergi tengok air" junaidi memimpin tangan isterinya.
"Sayang nak air ape? " soal junaidi dan memandang ke arah isterinya.
"Sayang nak air mineral je" junaidi mengambil air mineral botol besar.
Setelah mengambil air mereka menuju ke kaunter bayaran.
"Hubby tanya minyak angin dengan panadol actifast" aini membisikkan di telinga suaminya.
Setelah siap membuat bayaran dan membeli ubat mereka menuju ke kereta.
Masuk sahaja di dalam kereta aini mengangkat semula kerusinya dan menyandarkan badan.
Dia mengambil bungkusan plastik dan mencari ubat untuk di telan.
Junaidi membantu aini membuka penutup botol dan menyuap ke mulut isterinya
Aini mengambil minyak angin dan menyapu sedikit di bahagian tepi matanya dan hidung.
"Hubby nak keropok tak?" aini menyoal suaminya yang sedang memandu.
"Nah" aini menyuap keropok ke dalam mulut suaminya.
"Sayang tolong buka kan air nescafe tu" aini mengambil air tin dan membuka air itu lalu dihulurkan di mulut suaminya.
Share this novel