Series
4430
Sebulan telah berlalu hari ini merupakan majlis akad nikah dan majlis sanding mereka yang disambut di rumah aini bersama keluarganya dan keluarga lelaki itu.
Selepas majlis petang itu dia masuk ke dalam bilik untuk berehat.Junaidi a.k.a suaminya itu sedang bersembang bersama keluarga sebelah aini.
Selepas bersembang dengan ahli keluarga sbelah isterinya junaidi masuk ke dalam bilik untuk berehat.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik yang dihias itu dia melihat susuk tubuh isterinya yang sedang tidur tanpa membuang tudung.
"Aini... bangun lah buang tudung tu dulu" kejutnya perlahan.
"hmmm..." sahut aini perlahan dalam keadaan mamai.
"Bangunlah buka tudung dulu panas nanti" pujuknya lagi. Dia tahu isterinya itu penat.
"Hang pergi keluar dulu orang nak buka tudung" ujar aini kepada suaminya sambil matanya masih terpejam rapat.
"Kalau abang tengok pun apa salahnya kita kan dah halal" ujar nya lembut sambil menatap mata isterinya yang sudah bangun duduk.
"apa ni abang abang orang tak nak dengarlah perkataan tu rimas tau tak" aini terus bangun dan menuju ke arah almari untuk mengambil pakaian dan masuk ke bilik air.
Junaidi hanya mengeluh perlahan dia tidak tahu kenapa wanita itu berubah sedrastik itu.
Hampir setengah jam aini keluar dari bilik air dan menuju ke biliknya.
"Aini " panggil ibu apabila nampak aini lepas keluar dari bilik air.
"Junaidi mana? " tanya ibu apabila menghampiri anak perempuan nya itu
"Ermmm junaidi ada dalam bilik" balas aini.
"kamu dah solat zohor ke?" tanya ibu.
" Belum ibu ni aini nak pergi solat lah nii" ujar aini dan berlalu pergi ke biliknya.
Masuk sahaja ke dalam bilik aini melihat suaminya itu sedang tidur dengan sangat nyenyak.
Dia memandang wajah yang sedang tidur itu lama. Entah kenapa dia rasa kasihan dengan lelaki itu yang terpaksa diam atas perangainya yang melebih.
Dia sedar dia tidak patut berbuat begitu tetapi ego kerana dahulu dia amat mencintai lelaki itu tetapi disia siakan begitu saja.
Mata lelaki itu berkelip dan memusingkan badannya ke arah lain membelakangi dirinya.
Aini terus bangun menuju ke almari mengambil sejadah dan telekung untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim kepada yang maha Esa.
Setelah membentangkan sejadah dia mula memakai telekung nya.
Bila dia ingin mengangkat takbir tetiba ada tangan yang memegang lengannya di sebalik telekung.
Dia menoleh dan ternyata suaminya itu telah pun berada di belakangnya. Dia meleraikan perlahan pegangan di tangannya itu.
Share this novel