Series
4430
"lepas lah orang nk solat nanti tak sempat"ujar aini
"tunggu kita solat sekali abang nak mandi jap" dia terus berlalu ke arah almari mengambil baju dan kain pelikat.
Aini mengeluh perlahan dan berlalu duduk di atas katil sambil bermain telefon.
Tidak lama kemudian kelibat suaminya masuk ke dalam bilik sudah berpakaian lengkap. Dia mengambil sejadah di dalam almari dan membentangkan sejadah untuk menunaikan solat.
"Aini jom solat" ajak suaminya itu.
Tanpa banyak bicara aini terus mengambil tempat di belakang suaminya itu dan menunaikan solat.
Selepas membaca doa aini sudahpun melipat kain telekung dan juga sejadah.
Sedang melipat kain telekung dan juga sejadah ada tangan dihulurkan kepadanya.Dia melihat tangan itu dan muka suaminya sambil mengakat sebelah kening.
"salam lah sayang oii lepas solatkan" ujarnya masih lagi menghulurkan tangan kanannya.
Tanpa berlengah dia terus bersalam dengan suaminya dilapikkan dengan kain telekung dibawa ke dahinya.
"kenapa lapik tangan tu kita kan dah kahwin?" soal junaidi.
Aini hanya menjongket bahu dan mengambil tudung sarung dan menyimpan sejadah dan kain telekungnya.
Junaidi hanya memerhati tingkah isterinya itu sambil menggeleng perlahan kepalanya.
Apabila melihat isterinya itu ingin berlalu keluar dari bilik dia mendapatkan isterinya itu dan menarik perlahan tangan isterinya itu.
"Apa lagi Nedii orang nak keluar nak tolong kemas kat luar tu" ujar aini menekankan sedikit suaranya tanda tidak berpuas hati.
Tanpa menjawab soalan isterinya itu dia terus menarik tangan itu ke arah pintu.Apabila dia ingin memulas tombol pintu...
"Weyh kita nak pergi mana nii?" soal aini
"Tadi sayang cakap nak turun bawah kan" Junaidi memeberitahu tujuan sebenar kepada isterinya itu.
" Tak payah panggil sayang lah" aini terus keluar dari bilik itu dan menuju ke dapur untuk membasahkan tekak.
"Aini buat apa kat dapur ni? " tanya kakyah apabila melihat pengantin baru itu berada di dapur.
"Aini nak minum air kak" dia berlalu kearah peti ais untuk menyimpan semula air itu.
"laki hang mana?" tanya kakyah
"tak tau kat dia " jawabnya malas.
"Aikkk takkan tak tau" kakyah sudah tergelak kecil dengan perangi adik tirinya itu.
"Saya ada ja kat sini kak" satu suara menyampuk membuatkan mereka berdua menoleh.
"Tak pa lah kak keluar dulu"terus akak berlalu keluar dari kawasan dapur.
Belum sempat junaidi menegur isterinya itu ibu terus masuk ke dapur.
" laaa korang buat apa kat sini?" soal ibu.
" tak dak apa ibu kitorang minum air haus" jawab junaidi.
Ibu berlalu ke bilik air. Junaidi mengerling ke arah isterinya yang mengabaikan keberadaan dia di situ.
"Aini tolong buatkan abang air" pinta junaidi dan berjaya mengalihkan perhatian isterinya itu.
"Buat lah sendiri" malas dia mahu melayan sikap mengada suaminya.Dan ingin berlalu keluar.
Belum sempat Junaidi membalas ada suara yang menyampuk.
"Aini kamu dengar tak suami kamu mintak air" abah menegur sikap anak perempuannya itu.
Abah aini ialah orang KL manakala ibunya orang kedah. Disebabkan itu aini boleh bercakap pelbagai loghat kedah dan kl.
Aini terus berlalu di depan suaminya yang sedang tersengih itu dan dibalas jelingan olehnya.
"NURAINI" tekan abah membuatkan aini kecut perut.
Dia tidak dengar apa yang disembangkan antara abah dan suaminya itu kerana dia malas nak ambil tahu.
Setelah siap air yang dibancuh tadi diletakkan 2 cawan di atas meja.
"Terima kasih sayang" ujar Junaidi dan sekali lagi mendapat renungan maut dari isterinya itu.
"NURAINI" sekali lagi ditekankan oleh abah atas perbuatannya itu.
Aini terus berlalu ke biliknya terbantut sudah niatnya ingin membantu orang di luar.
Selepas kelibat aini hilang dari pandangan junaidi menghabiskan air di dalam cawan dan membasuh cawan.
"kenapa dengan aini tu abang? " tanya ibu kepada abah.
"anak awak tu buat hal ada ke patut suaminya minta dia buatkan air dia tak nak. Sekali saya tegur baru dia tahu." beritahu abah panjang lebar.
"Biasa lah tu bang.Junaidi ibu harap kamu tak ambil hati ya" pesan ibu.
"Tak ibu Junaidi tak kisah pun biasalah tu dia merajuk. Tak pe lah ibu junaidi nak masuk bilik dulu" dia bersalaman dengan ibu dan abah sebelum masuk ke bilik.
Share this novel