Series
4430
Aini dan junaidi turun ke bawah dan menuju ke pintu utama rumah itu.
"Sayang nanti jangan lupa ajak angah singgah dekat pejabat hubby tau. Lagi satu jangan ajak Kila sekali hubby tak suka" ujar junaidi tegas.
"Tapi dia nak ikut juga dia bosan lah duduk rumah ni tak buat ape" aini cuba memujuk kerana dia ingin lebih berkenalan dengan sepupu suaminya.
"Sayang tau kan dia cuba nak dekat dengan hubby. Hubby tak nak sebab dia rumah tangga kita rosak. Sayang faham kan? " nasihat junaidi sambil mengusap lembut pipi isterinya.
"ok hubby nanti sayang bagitau angah" jawab aini. Dia mencapai tangan suaminya dan menucup lembut tangan itu.
Junaidi mencium dahi isterinya dan berlalu masuk ke dalam kereta. Selepas kereta suaminya hilang dia pergi ke biliknya untuk mengambil beg.
"Kaklong jom kita pergi dah lambat nii" ajak angah apabila melihat kakak iparnya di tangga.
"Kejap akak nak ambil beg. Ibu tak ikut sekali ke?" soal angah.
"ibu nak pergi rumah makngah dekat pekan jadi kita berempat je lah dekat rumah ni" jawab angah.
"ibu tak bagitau pun akak ingat nak singgah rumah ibu akak dekat pekan" ujar aini.
"tak pe akak nanti kita ajak along pergi" ujar angah faham perasaan kakak iparnya yang merindukan kedua orang tuanya.
Mereka terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Belum sempat menekan pedal minyak Kila muncul di depan kereta sambil mendepakan kedua belah tangan.
"Korang nak pergi mana ni? aku nak ikut" unar Kila dengan selamba masuk ke tempat duduk belakang.
Tanpa banyak cakap angah terus menekan pedal minyak menuju ke mall.
Sampai sahaja di mall aini hanya mengikut adik iparnya yang mengheret tangan nya menuju ke kedai pakaian.
"Kaklong nak tak baju ni?" tanya angah sambil mengukurkan pakaian pada badan aini.
"eh tak nak tak nak! kaklong nak teman angah je " aini menolak pakaian di badannya.
Tanpa banyak bicara mereka meneruskan membeli belah.
Kila yang dari tadi melihat angah dan aini menuju ke arah lain. Kila berjumpa seseorang.
"Aku nak kau langgar perempuan tu dan bila dia nak jatuh kau kena pegang pinggang dia" arah kila kepada seorang lelaki.
Lelaki itu hanya mengagguk dan menuju ke arah aini yang sedang menunggu angah membeli barang di dalam kedai.
Sedang ralit memerhatikan angah ada lelaki yang melanggarnya dan sempat lelaki itu terpegang tangan aini.
Kila dari sana sempat menangkap beberapa keping gambar untuk rancangan dia. Dia terseny sinis mepihat gambar itu.
"Eh ape ni lepaslah" aini merentap tangannya dari pegangan tangan lelaki itu selepas dia berjaya mengimbangkan diri.
"sorry saya tak sengaja" ujar lelaki itu dan berlalu pergi meninggalkan aini.
"kenapa ni kaklong? " soal angah apabila melihat wajah cemberut aini.
"Ada orang langgar akak tadi. Jom lah kita pergi pejabat along sekarang" ajak aini dan menarik tangan angah keluar dari mall.
Sorry lambat upload line tak clear
Share this novel