2

Romance Completed 177269

"HANG JADI PA ? hahahhaha" Gelak Liz sambil menekan perut nya yang mula terasa geli bila mendengar kata-kata dari Nisa tadi.Lawak pula dia dengar yang Nisa akan jadi PA di syarikat itu.Rasa macam tak percaya pun ada..ialah Nisa mana ada pengalaman kerja seperti itu yang dia tahu Bff nya itu hanya hebat dalam bidang arkitek.Bab lain memang hancur lah jawabnya.

Nisa disisi Liz masih melayangkan senyum lebar sambil mengikat rambut nya yang agak panjang.Wajah Liz di lihat nya sejenak sambil menjuihkan bibir.

"Apa ? Hang ingat aku tak boleh kah nak jadi PA Tuan Zafriel yang segak lagi hensem tu" Ucap Nisa yang sudah beralih tempat kesofa hadapan agar boleh berbaring enak di sofa itu.Bantal kecil di usai di atas kepala sofa lalu dengan pantas dia berbaring elok di atas sofa .Erm..baru lah hilang sikit rasa lenguh di badannya .

Kening automatik terangkat apabila dia mendengar nama lelaki yang disebut oleh Nisa tadi.

"Tuan Zafriel?" Soal Liz sudah memandang penuh makna kearah Nisa .Terpampang wajah ingin tahu perempuan itu pada saat ini.

"Ha'ah Tuan Zafriel CEO kat syarikat aku..Hang tahu dak yang dia tu dah lah segak ,hensem..tapi satu hal ja lah yang aku kurang berkenan kat dia"

"Apa dia ?"

"Dia tu banyak sangat makan Batu ..sampai muka dia pun dah macam Batu besaq kat belakang rumah kita ni ah..sendu ja.langsung tak senyum ..Nak kata aku tak cantik tadi aku rasa aku dah cukup cantik kalah Salena Gomez!" Ucap Nisa sambil membulatkan mata nya sebesar yang mungkin .Tu dia makcik bawang dah mai ! Alah lagipun Zafriel belum jadi bos Nisa lagi jadi boleh lah kan kalau dia nak membawang sikit.

Bila sahaja Liz mendengar kata-kata dari Nisa tadi automatik dia ketawa bagai nak pecah rumah dibuatnya.Kelakar betul dia mendengar semua cerita dari mulut Nisa.Kalau bab-bab membawang memang Nisa lah captain nya.

"Hang Ni kan belum lagi kerja kat sana dah hang cakap lagu ni kan kat bos hang..bertuah betul punya PA"

"Alah ..belum lagi jadi bos aku kan ..sat lagi kalau dah jadi bos aku baru aku sanjung bak Putra raja.." Jawab Nisa selamba sambil mula berdiri mahu mengambil balang kaca yang berisi kerepek pisang diatas meja makan yang tak jauh dari ruang tamu mereka.

Balang kerepek pisang di ambil lalu di pusing penutup nya mahu mencapai isi didalam balang tersebut.Kerepek pisang yang berada di tangan di kunyah penuh gelojoh .habis penuh mulut Nisa pada ketika ini.

Liz yang melihat gelagat Nisa makan segolojoh itu hanya mampu mengelingkan kepala .Alahai apalah nak jadi dengan anak dara seorang ini? tak senonoh betul.

"Hang ni pun kalau ya pun nak melantak kerepek pisang hang tu..duduk lah dulu. ini tak belum duduk dah penuh mulut hang isi dengan kerepek pisang tu .kalau buatnya hang tersadung kerusi depan hang tu pastu terus tersedak ..mati terus hang"Ucap Liz cuba menasihatkan Nisa .

"tak baik tau hang doa kan aku lagu tu.."Jawab Nisa yang mula melangkah ke arah sofa ruang tamu mahu kembali duduk di atas sofa.bibir sengaja di muncung kan kedepan.

Liz mengelingkan lagi kepala.

"amboi Hang muncung dah macam itik telepas bulu" Balang di atas meja yang diletakkan oleh Nisa tadi diambil lalu diletakkan nya ke atas riba nya mahu ikut makan bersama.satu kerepek pisang dikunyah perlahan.

'Eleh nak juga' bisik Nisa didalam hati sambil matanya berputar 360 darjah.

"Ni sebelum aku lupa abaq kat hang..Hujung minggu ni aku dah kena pi kampung..mak aku sakit..jadi hang pandai-pandai lah nah jaga diri hang tu.." Balang kerepek di letak kembali diatas meja ."Ada apa-apa hang nak pesan kat mak hang" sambung Liz lagi sebelum menguap panjang.

"Owh ya kah..tak pa lah hang abaq kat mak aku ..aku rindu kat dia.."

"Itu ja"

"Ialah.."

"Kalau itu ja baik hang call mak hang .hang bagitau kat mak hang sampai esok lusa hang rindu kat dia..senang ceta "

Nisa sudah menaikan bibir sedikit geram dengan sikap bff nya itu .alah tadi Liz juga yang cakap dia nak sampai kan pesanan kepada Mak Leha A.k.a Mak kesayangan merangkap pujaan hati Nisa itu .Ni tak nak pula dia sampaikan pesanan nisa.apa punya kawan ?

"tadi hang abaq kat aku apa ja pesanan hang nak sampai kan ..ni aku dah abaq kat hang yang aku rindu mak aku hang suruh pula aku call mak aku ..Tak sweet lah lagu tu..aku nak juga sweet-sweet sikit ada orang ketiga yang bagi pesanan rindu untuk mak aku.." ucap Nisa dengan panjang lebar dah macam rap pun ada.

Liz yang mendengar kan Nisa turut pening dengan semua percakapan Nisa tadi ..laju semacam ni kalau masuk ujibakat rap memang juara kau Nisa.Sampai berkelip mata Liz dibuatnya.

"Jadi hang nak aku jadi orang ketiga sampai kan pesanan hang..Aku bagi pelempang sat lagi terabur gigi hang.."

Bla..bla..

Kerepek ditutup ketat .Kakinya mula melangkah mahu masuk ke arah bilik,malas nak layan Liz lagi.Makin dilayan tak tidur lah dia sampai ke lusa.

Liz yang masih tercegat di situ hanya memerhatikan setiap langkah Nisa .

Tiba-tiba langkah Nisa terhenti .wajah Liz dilihat nya.

"Jannah jangan lupa matikan lampu ..! jangan nak gatal pula terus tidoq.. nahas hang nanti !"Teriak Nisa dari arah atas tangga dan terus sahaja dia menyambung perjalanannya masuk ke dalam bilik.

"NISA! Don't call me Jannah..malu lah aku kalau jiran kita dengaq"

Nisa yang mendengar teriakan dari Liz hanya menahan ketawa itulah nak kena kan sangat Nisa kan diri sendiri yang kena akibatnya.padan muka!

***

SEJAM BERLALU Nisa sudah pun bersiap sedia mahu pergi ke syarikat tempat dia bekerja.Semangat berkobar-kobar nak pergi kerja pagi ini ,Adakah sebab Tuan Zafriel yang buat dia semangat sampai macam ni sekali?

'Erm..kalau nak nampak cantik depan mata tuan Zafriel mesti pakai yang segak ..Pastu muka kena ada make up tebal sikit..erm..mesti dia tergoda dengan aku..' kepala di geling kan beberapa kali oleh Nisa menghentikan lamunan nya tentang Zafriel .boleh-boleh pula dia terfikir nak goda tuan Zafriel sampai macam tu sekali.

"Aku rasa baik aku pi lah ni juga sebelum aku berfikir hingga ke bintang sampai aku leka..nanti tak pasal-pasal aku jadi gila duk fikir tuan Zafriel yang makan batu tu.."

"Ah pi lah ! tunggu apa lagi tu Nisa Oi !"

Suara dari arah pintu bilik nya yang terbuka luas mula menerjah keseluruh bilik nya itu.Beg sandang di ambil nya pantas sahaja dia melangkah pergi.sempat dia memberikan jelingan mata sambil mulut nya muncung kedepan kearah Liz.Liz yang melihat sikap kawannya itu terus memberi satu tamparan di lengan Nisa sebelum Nisa sempat mengelak.

Sampai sahaja menuju kereta .Nisa terus masuk kedalam dan menuju ke tempat kerjanya.Rasa gemuruh pula dia secara tiba-tiba mungkin sebab baru first time kerja di syarikat itu.

'Relaks Nisa..jangan gelabah ..'

"alah setakat jadi PA ja..petik jari ja tak banyak kerja pun..apa lah sangat setakat PA .." Ucap Nisa menenangkan dirinya sendiri.Radio kereta dihidupkan.

***

SAMPAI SAHAJA di dalam pejabat Nisa terus pergi menyapa Anis yang masih sibuk memeriksa beberapa fail yang berada di meja .

"Selamat pagi kak Anis ..dah minum kah belum ..kalau belum saya boleh buatkan kopi O kaw-kaw punya." Pelawa Nisa dengan senyuman yang masih lebar terlukis di bibir.

"Shhhh...Jangan bising Tuan Zafriel ada kat dalam tu ..ni nama awak apa?" Soal Anis memperingatkan Nisa tentang keberadaan Zafriel di dalam bilik nya.

Nisa terus sahaja menekup mulutnya sendiri .Kalau lah dia tahu Zafriel ada di dalam bilik itu tak lah dia terover bising .dah lah first time kerja .matilah dia kalau Zafriel dengar yang dia bising.

"Nisa.." Ucap Nisa terbisik-bisik.

Anis sudah mendekatkan telingga nya kearah Nisa tak dengar apa yang perempuan itu katakan .

"Ah?"

"Ni...sa" Bisik Nisa lagi semakin perlahan.

"Apa!"Kata Anis sedikit kuat.Bukan dia sengaja buat-buat tak dengar memang suara Nisa sekarang ni dah macam orang nak kena tangkap pencuri .bukan main pelan sangat suara perempuan itu pada saat ini.

"Ni....Sa......." Bisik Nisa lagi.

Anis yang sudah kelihatan kesal dengan sikap polos Nisa sudah mengelingkan kepala .tambah pening lah dia menghadap sikap Nisa selepas ini.

"look ..kak Anis suruh senyap bukan berbisik ..aduhai awak ni "

"Owh ya ka ? saya ingatkan tak boleh dah nak bercakap boleh berbisik ja ..Ni Nama saya Nisa Diandra binti Abdul samad ..kalau kat kampung orang panggil abah saya Pak Samad ..abah saya tu kalau kat kampung kan kak Anis.. memang suka sangat tolong orang..itulah pasalnya saya pun suka tolong orang ialah darah abah saya dah mengalir kat badan saya kan ..biasalah tu"

Ha'Hem !

"Hang diam sat ..aku masih seronok becerita dengan kak Anis hang kacau ..."

Anis yang berada disitu hanya diam dan tidak dapat berkata apa-apa .pucat terus muka perempuan awal 30-an itu bila melihat wajah Zafriel yang sudah merah padam melihat Nisa dari arah belakang.

"Lepastu ? " ucap Zafriel masih melihat tepat kearah Nisa.

Bila sahaja terdengar suara garau milik Zafriel automatik air liur ditelannya kelat.Alamak ! masa bila pula lelaki itu sudah tertengik di belakang nya.Badan nya seakan keras untuk berpusing kebelakang namun cuba memberanikan hati.senyuman nipis dibibir diukir untuk mengurang kan rasa takut nya pada saat ini.

"Tuan Zafriel?" Ucap Nisa dengan wajah polos.

"Kenapa tak sambung borak..belum habis kan ? "

Nisa sudah melihat wajah Zafriel dengan pandangan sedikit hairan.

'Boleh sambung ka?' Bisik hati perempuan itu. "Eh bodoh nya hang Nisa ..dah sah-sah tuan Zafriel marah kat hang..double Kali bodoh!" ucap Nisa untuk dirinya sendiri kesal dengan sikap nya itu.dahi tengah diketuk nya kuat..sedar akan kesalahan yang dia lakukan.

Tanpa dia sedari Anis dan Zafriel masih memerhatikan dia lagi.Kening mula berkerut dan melihat antara satu sama lain.Dah gila agaknya perempuan di hadapan mereka ini .

Sedar sahaja tatapan dua orang di hadapan nya ketukan kepala di hentikan.Baju di kemaskan sedikit cuba cover malu.Tegak sahaja dia berdiri.

"Tuan marah kah ?" Ucap Nisa mengumpul kan keberanian.

Senyuman menampakkan gigi nya yang lurus dan putih tanpa cacat cela di lihat kan untuk Nisa.

"Tak lah..I Tak marah pun.."

Bila sahaja mendengar perkataan 'Tak marah' dari mulut Zafriel .hati Nisa menjadi aman sedikit .fuh lega!

Dahi yang hampir berpeluh tadi di lap nya . Shawl di kepala di betul kan sedikit.senyuman kembali terlukis dibibir perempuan itu.

"saya tahu Tuan Zafriel memang baik ..takkan nak marah saya lah " Yakin sahaja Nisa mengucapkan kalimat itu di bibirnya.

Anggukkan kepala beberapa kali di tayangkan sebelum tangan menghempas meja.

Pak!

"Allah Hu Akbar!" Latah Nisa akibat terlalu terkejut dengan tindakan Zafriel tadi.Dia kembali diam dan tunduk ke lantai.Anis pun turut ternaik bahu akibat hempasan dari penumbuk Zafriel tadi.

Buku lima milik Zafriel di taruh nya kedalam poket seluar.

"You ingat office Ni bapa you punya ! I bagi you amaran kat syarikat ni !.." Mata yang merah melihat wajah Nisa pada saat ini.Tak tahu kenapa Nisa berani pula melihat wajah Zafriel walaupun keadaan setegang ini.

"Apa dia amarannya.." Mulut ditekup nya kuat .Aish! boleh pula perkataan itu keluar dari mulut nya.

'Aduh lah Nisa Oii bodoh nya hang ..Tuan zafriel tengah marah hang boleh tanya lagu tu..habis lah aku sat lagi' Bisik hati Nisa pada saat ini.

Anis yang masih berada di situ hanya mampu membulatkan mata melihat keberanian Nisa sekarang.Dia yang lama kerja di situ pun tak pernah lawan Zafriel.

Zafriel memainkan lidah nya di dalam mulut di gerak-gerakkannya di sebelah pipi kiri .Sakit betul hatinya melihat Nisa.

"Owhh ..So now you nak cabar I ..Ok deal.Tulis Apa yang you tak boleh buat dalam office ni" Zafriel sudah tersenyum sinis.

Mata berkelip beberapa kali sebelum mengambil buku dan pen di atas meja Anis.Dibuka nya buku lalu tangannya sudah bersedia menulis apa yang Zafriel ingin katakan sekejap lagi.Lurus bendul !

"Ok..Yang pertama,You tak boleh bising dalam office Kalau I dah ada kat dalam bilik I.Yang kedua,Jangan pernah masuk dalam toilet office.Yang ketiga,Jangan makan dekat office Dan yang keempat I akan bagitau nanti..." Zafriel sudah tersenyum sengit melihat reaksi Nisa yang seakan-akan sukar untuk menerima semua amaran yang Zafriel beri kepada nya.

Nisa masih terpaku diam .

'aku tak kisah pasal makan dengan bising tapi masalahnya lah ni yang toilet tu lagu mana kalau aku nak terberak kah nak terkencing kah ..naya lah aku ! Ini bukan amaran ini seksa perut aku namanya' Bisik hati Nisa.

Zafriel mengangkat keningnya beberapa kali senyuman lebar di bibir diberikan untuk Nisa sebelum pergi masuk kedalam biliknya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience