16

Romance Completed 177263

"TUAN KENA jumpa mak dengan abah saya dululah.." Beritahu Nisa kepada Zafriel.

Zafriel menghirup kopi O buatan Nisa dengan perlahan lalu di letakkan kembali gelas kopi itu di atas meja.Dilihatnya wajah Nisa lama.Senyuman lebar terukir.

"I okay je" Yakin sahaja Zafriel membuat keputusan.

Nisa menganggukkan kepala nya beberapa kali.Kepala di alihkan ketepi lalu bibir di juihkan nya kedepan .Ingat mak abah dia calang-calang orang kah? Tak mungkin semudah itu mereka akan menerima Zafriel sebagai menantu.

Memang betul Zafriel seorang lelaki idaman setiap wanita .memang tak dinafikan ialah sudahpun kaya,Kacak,Tinggi macam modal..memang super-duper Wow!

Tapi siapa tak kenal Mak Leha seorang yang sangat cerewet bab-bab memilih kan anak tunggal nya itu menantu . Tambah-tambah lagi anaknya itu mempunyai kisah silam yang gelap.Sikap berhati-hati itu semakin bertambah lagi.

"Okay Kalau lagu tu..mai lah pi kampung saya .." Ajak Nisa tanpa ragu .Dia nak tengok sejauh mana orang bandar seperti Zafriel itu bertahan di kampung.

"Okay I Boleh je ..esok kita berangkat,Tak sabar nak jumpa bakal ibu dan bapa mertua.." Ucap Zafriel menaikkan kedua keningnya.Eleh Berlagak!

Kedua-dua Bahu dinaikkan oleh Nisa,Kakinya terus melangkah keluar bilik Zafriel dan menyambung semula kerja nya.Tengok sahaja nanti siapa yang menyesal masuk kampung .

Sebaik sahaja bayang Nisa sudah tak kelihatan.Keluhan kecil dilontarkan oleh zafriel .Wajah kelihatan pucat .Perasaan takut masih menguasai diri.Dia takut perempuan itu di apa-apa kan oleh adrian.sebelum ada apa-apa yang berlaku baik dia ambil langkah berjaga-jaga dengan mengahwini perempuan itu.

"Nisa..aku sanggup buat apa je untuk lindungi kau.." Bisik perlahan zafriel.sebak dihati dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahui nya.

Eleh!

Nisa mencebik kan bibir setelah keluar dari bilik Zafriel tadi.Punggung mendarat diatas kerusinya.Pensil yang berada di atas meja tadi diambil semula mahu menyambung membuat lakaran untuk projek besar syarikat.

Dilihatnya lagi bilik Zafriel sebentar sebelum melihat lakaran yang dia buat tadi.

"hang nak pi kampung esok ..boleh ja ..sedia jalah bagi telingga hang tu berasap " Ucap Nisa .

__

NISA menyambung kembali kerja nya .Bertungkus Lumus dia membuat kerja nya tanpa makan dan minum sekalipun .Mulut dari tadi asyik menguap sahaja,Tiba-tiba mata nya terasa berat mahu sahaja dia tidur pada saat ini.

Kepala berdenyut-denyut akibat terlalu penat dan mengantuk .Terasa sahaja kepala seakan mahu pitam terus Nisa membuka laci mejanya dan mencari ubat Panadol untuk menghilangkan sedikit rasa sakit kepala.

Jam ditangan diltilik nya .Allah Hu Akbar!
dah jam 12 malam .aduh macam mana pula dia tak boleh perasaan masa berlalu dengan pantas .

Segera sahaja Nisa mengemas semua kertas-kertas yang berselerak diatas meja.Beg sandang dibawa ke bahu lalu pantas sahaja dia meningalkan office itu.

Sekilas anak mata nya memandang pintu bilik Zafriel yang sudah tertutup rapat .Mungkin Zafriel pun sudah balik Kut dia sahaja yang tak perasaan.

sebelum dia lupa dia terus mengeluarkan kunci kereta nya dari beg dia tak mahu kejadian hari itu berulang kembali.Dia takut!

kaki melangkah menaiki lif .

Sampai sahaja tingkat bawah ,kaki nya Cepat-cepat berlari menuju ke arah parking kereta.lampu suluh yang disediakan nya di beg sandang di ambil lalu disuluh kan di depan untuk mencari kereta Myvi nya.

"Alhamdulilah nasib baik dekat ja ..kereta aku.." Hembusan nafas lega di keluarkan oleh Nisa..nasib baik kalau tak dia tahu mesti ada seseorang yang mengikutinya dari belakang.

kaki melangkah mendekati kereta nya.

Ha'Hem!

Deheman itu tiba-tiba kendengaran ditelingganya.Senyuman kecil penuh makna dibibirnya terlukis,Dia tahu itu Zafriel .ingat dia boleh tertipu lagi jangan harap dia akan cium kasut lelaki itu untuk kali kedua.No!

Nisa menghadap ke belakang .

DAMN!

Mata perempuan itu tiba-tiba membulat.debaran jantung seakan ingin pecah..kaki nya perlahan-lahan mengundur ingin masuk kedalam keretanya .

'YaAllah tolong aku' Pinta Nisa dalam ketakutan yang amat.

Lelaki serba hitam itu masih lagi berdiri kaku di hadapanya tanpa mengejar Nisa langsung.Bibir disengitkan.

Semakin dia dekat di keretanya semakin itu dia berusaha secepat nya untuk berlari untuk menyelamatkan dirinya.

Pintu kereta dibuka lalu dia masuk kedalam kereta dengan cepat dia memasukkan kunci kereta lalu menghidupkan enjin .stereng kereta di putar laju tapi yang pelik nya kereta itu langsung tak berganjak sedikit pun.Apa lagi lah dugaan kali ini!

"Hiduplah!" Nisa sudah meraung ketakutan .seluruh badan mula berpeluh-peluh .

Tok! Tok!

Terdengar bunyi cermin kereta nya diketuk seseorang .Mata berpaling melihat ke sisi cermin kereta.Lelaki serba hitam itu sudah berdiri betul-betul ditepi nya.. YaAllah ! apa yang patut dia buat sekarang .Debaran di hati semakin kuat kendengaran.

Tok!Tok!!!

Bunyi ketukan semakin kuat diketuk.Tangan nya automatik meng log pintu kereta.

Lelaki di tepi cermin itu sudah mengelingkan kepala nya beberapa kali pen maker berwarna merah di ambil di poket .

Tangannya mula bermain-main menulis sesuatu di atas cermin keretanya .

Air liur ditelan .Perasaan bertambah takut apabila membaca setiap ayat yang di tulis diatas cermin itu.

' KAU TAK AKAN TERLEPAS NISA 'terngiang-ngiang ayat itu di mata nya .Perasaan takut mula menyelubungi hati.Namun Nisa belum lagi keluar dari kereta itu.Dia betul-betul takut!

Siapa lelaki itu?

Apa yang sebenarnya lelaki itu ingin kan dari dia?

Lelaki itu memperlihatkan kayu besar di tangan nya.membuat kan hati perempuan itu semakin takut.

"Tak...jangan.." gerakkan bibir Nisa seolah-olah dapat dibaca oleh lelaki itu.Tapi dia tak endahkan.Kayu ditangan di bawa keatas lalu dengan pantas diayun kan nya di cermin kereta.

Berkali-kali dia mengayun kan kayu nya ke cermin kereta Nisa.

Nisa sudah memegang kepala nya dan lututnya .ketakutan ! badan bergetar .

"Tuan tolong saya.." bisik perlahan Nisa.Mengharapkan Zafriel ada disini untuk membantu nya..tapi hal itu tak akan terjadi .Esakan kuat memenuhi ruang keretanya .

Tarkkkk!

Cermin kereta tersembur ke luar dan dalam kereta .nisa yang masih berada didalam itu sudah terkena serpihan kaca dari kereta itu.lengannya menjadi mangsa untuk sekali lagi.

Tolonglah jangan jadikan ini memori hitam untuk Nisa lagi..dia sudah tak sanggup hidup dalam ketakutan seperti dulu.

"ARGH!" Jerit nisa bila merasa kan pedih di lengan nya ,cecair merah mula bertitikkan di atas lantai kereta .

Lelaki itu tanpa memikirkan kesakitan yang dirasakan nisa menarik lengan perempuan itu kasar tanpa belas kasihan sikit pun,Nisa hanya mampu memejam kan matanya .dia tak sanggup melihat apa lagi yang jadi kali ini..

Pada saat ini dia benar-benar memerlukan Zafriel .tolong lah kalau lah lelaki itu dengar jeritan hatinya..dia betul-betul takut.

Tiba-tiba lengannya dilepaskan oleh lelaki itu .Nisa sudah membuka mata nya dan dilihatnya Zafriel sudah berada ditepi keretanya.Entah bila lelaki itu sampai pun dia tak tahu.Dan lagi pelik nya lelaki tadi sudah tidak kelihatan bayang nya.

Tapi apa yang penting sekarang ini dia akhirnya selamat dari lelaki tadi mungkin Zafriel sudah memukul lelaki itu sehingga lelaki itu lari tapi tiada pula dia dengar bunyi tumbukan atau lain-lain.

"Nisa are you okay?" Soal Zafriel kelihatan wajah nya nampak risau.Pintu kereta cuba untuk dibuka namun terkunci dari dalam.

Air mata perempuan itu mengalir deras Esakkan tangis semakin kuat.Tak tahu kenapa perasaan takut itu masih ada dalam dirinya.

Zafriel yang bertambah risau dengan keadaan Nisa memasukkan tangan nya ke dalam cermin yang telah pecah tadi dan membuka kunci pintu kereta dengan pantas lalu membuka pintu untuk mendapatkan Nisa .

Bahu Nisa dipegangnya.menenangkan perempuan itu .

"Nisa..please Jangan takut..I ada..." Ungkap Zafriel meyakinkan perempuan itu bahawa lelaki misteri tadi sudah tidak ada di dekatnya.

Nisa hanya melihat wajah Zafriel lama.Suara tidak dapat dikeluarkan lagi.

Terlihat sahaja dia lengan Nisa yang sudah dipenuhi darah terus zafriel mula panik dan membawa tubuh Nisa yang masih terkaku ke dalam kereta Mazda nya .

Nisa dibawa ke kerusi depan disebelah nya .terus sahaja dia memanaskan enjin untuk pergi ke hospital.

'Adrian...' Bisik hati lelaki itu .dia tak sangka Adrian sampai melakukan ini kepada Nisa.kenapa lelaki itu belum sedar-sedar lagi apa yang berlaku pada nya adalah salah dia sendiri kenapa mau melibatkan Nisa. Nisa hanya mangsa keadaan !

Kalau lah dia lambat seminit saja tadi mungkin Nisa tidak ada lagi disisinya.

Wajah Nisa dilihatnya sekilas.Rasa serba salahnya mula menyelubungi hati.Betulkah tindakan nya untuk berkahwin dengan Nisa untuk melindungi perempuan itu ? Kalau lah satu hari nanti Adrian tahu tentang hubungannya dengan Nisa mesti tambah teruk nasib Nisa selepas ini..

"I akan cuba untuk lindungi you Nisa.." kata perlahan dari mulut Zafriel.

Air mata perempuan itu mengalir lagi dipipi lengan nya yang sakit di pegangnya..berlumuran darah ditangannya pada ketika ini.sakit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience