27

Romance Completed 177269

DREES BERWARNA putih dipakai kemas oleh perempuan itu ,cermin di hadapan dilihat sekilas sebelum mengenakan stokin putih yang terletak elok di atas katil.

Hembusan nafas dikeluarkan perlahan.Perasaan berdebar dihati semakin menjelma .Padahal pernikahan ini pun bukan dia yang rancang tapi entahlah perasaan berdebar itu tetap ada dalam dirinya.

Selesai sahaja memakai stokin terus sahaja dia melangkah keluar .

Pintu dibuka perlahan .Anak mata nya yang bulat dan ditambah dengan bulu mata yang panjang cukup membuat kan kecantikkan di wajah nya sempurna.

Sebaik sahaja duduk di tepi Mak Leha .Dilihatnya wajah Zafriel sekilas sebelum menunduk ke lantai.

"Dah sedia ? " Kata tok kadi yang berada betul-betul dihadapan Zafriel .Zafriel hanya memberikan senyuman dan mengangguk kan kepala tanda bersedia.

Tok kadi memberikan jabatan tangan terlebih dahulu lalu cepat sahaja disambut oleh Zafriel.

Nisa yang hanya menunduk mula mengangkat kepala apabila mendengar Ijab Qabul sudah pun dibaca kan oleh Tok kadi dan disambut oleh Zafriel .

Anak mata mula berkaca-kaca.Dia pun tak tahu kenapa dia begitu saat ini entah kerana risaukan keadaan Liz ataupun air mata itu adalah air mata bahagia kerana sudah menjadi milik Zafriel sepenuhnya.

"Sah?" Soal Tok kadi selepas selesai Ijab Qabul sebentar tadi .

"sah" Jawab Pak Samad dan Pak long Nisa menjadi saksi bagi pernikahan Zafriel dan Nisa .

Bacaan doa di bacakan oleh tok kadi lalu Tangan di tadah oleh semua orang.

Selesai membaca doa kini sampai lah masanya untuk upacara pembatalan air wudhuk,Zafriel melangkah perlahan mendekati Nisa.Tangan kanannya diberikan pada Nisa,Nisa menyambut dan mencium perlahan tangan itu.Kemudian,Zafriel mencium perlahan dahi Isterinya dengan penuh kasih sayang menandakan Nisa sudahpun menjadi kepunyaan nya untuk selamanya.Tiada lagi wanita yang mampu mengambil hatinya selain daripada Nisa.

Kepala Zafriel sudah mendekat ketelingga Nisa ingin membisik kan sesuatu kepada perempuan itu.

"Abang cintakan sayang" Bisik zafriel dengan penuh kasih .

Bila mendengar kata-kata itu Nisa sudah mengalir kan air mata yang dia tahan sejak tadi.Hatinya tersentuh dengan setiap bait pertanyaan yang zafriel katakan padanya tadi walaupun kata-kata itu sering dia dengar namun berbeza pada saat dia dan zafriel di satukan menjadi suami isteri.

Nisa melihat wajah Zafriel lama .Senyuman manis diberikan oleh Nisa kepada lelaki itu.Air mata mengalir lagi .

Air mata perempuan itu di lapnya lembut menggunakan tangan kanan nya.Senyuman lebar menampakkan seluruh giginya diberikan pada Nisa.

"Hang jaga diri ya Nisa.." Kata mak Leha yang berada di sebelah Nisa pada saat ini.

Zafriel memberikan ruang sedikit untuk Nisa dan mak Leha .

Mak Leha memeluk erat tubuh anaknya begitu juga dengan Nisa.

"Jadi isteri yang baik untuk Zaf..kalau ada apa-apa masalah bincang baik-baik jangan ikutkan emosi.."Pesan mak Leha kepada anak nya seorang itu .Belakang badan Nisa di gosok-gosok nya perlahan.

Sungguh dia sayangkan Puteri tunggalnya itu.

Nisa hanya mengangguk dalam pelukkan.

Mama dan papa Zafriel mula mendekati mereka berdua .Puan Badriah memeluk anak nya erat turut merasakan bahagia dengan pernikahan itu.

"Jaga Nisa elok-elok ." Bisik puan Badriah ke telingga Zafriel .Zafriel hanya mengangguk dan tersenyum manis.

"Zaf akan jaga Nisa elok-elok biar apa pun terjadi..Zaf janji ma" Balas Zafriel.

Pipi dan kepala anaknya di usap nya penuh sayang lalu menangguk perlahan dia percaya dengan kata-kata Zafriel Kerna dia tahu Zafriel sangat menyayangi Nisa.

****

ROKOK DISEDUT dan dikeluarkan sambil matanya masih melihat sosok Liz yang berada di hadapannya sekarang ini.Terlihat wajah perempuan itu sudahpun teruk di penuhi lebam dan kesan luka .

Senyuman sinis terlukis dibibir.

"Woi!"Tengking Adrian bila melihat Liz hanya menudukkan kepala tanpa melihat lelaki itu sama sekali.

Liz mula mengangkat wajah.

"Kalau aku bunuh kau sekarang kau rasa Nisa akan datang tak?" ucap lelaki itu sambil menaikkan kedua kaki nya diatas meja.

Liz mencebik kan bibir .Pandangan di alihkan nya ke sisi .Benci melihat wajah Adrian pada saat ini. Iblis!

"aku tak kisahlah! bunuh lah!" Teriak Liz tak peduli dengan siapa dia bercakap.Dia sudah tak kisah Adrian mahu membunuh nya kah atau tidak .Tiada gunanya pun dia hidup tapi diseksa oleh lelaki itu!

"Ehh..belum masanya lagi..aku nak Nisa tengok sendiri depan-depan macam mana. kawan baik dia ni kena cabut nyawa..dengan tu baru aku puas Hahahaha!!!"

"Kau memang iblis!"

Adrian mendekati Liz .Dia melihat wajah Liz .Rokok di tangan di dekatkan ke wajah perempuan itu,Liz sudah cuba melarikan wajahnya namun tak berdaya.

Hujung Rokok yang masih berasap dicocok kan ke bibir Liz .Namun sempat di elak oleh perempuan itu.Pipi Liz di tekannya kuat lalu memasukkan rokok itu kedalam mulut perempuan itu lalu Adrian memaksa Liz untuk menutup mulutnya kembali.

”Kau telan!" Tengking Adrian .Sebaik sahaja melihat wajah Liz sudah mula berubah pucat Adrian menjauhkan diri kembali duduk di kerusi yang berada sedikit jauh dari Liz.

Tekak nya sudah mula loya.Liz terbatuk-batuk mahu mengeluarkan kembali rokok tadi.lidah nya serasa melecur .

Liz merasakan detak jantung nya mula bergerak kuat .Namun,dia masih mencuba untuk memuntahkan kembali rokok tadi.

Nafas seakan tak teratur .

Malik yang baru sahaja balik dari membeli kan air untuk mereka.Melihat keadaan Liz yang seakan tak mampu bernafas .

Matanya sekilas melihat Adrian .

"APA KAU BUAT NI AD!" Teriak malik sambil berlari laju kearah Liz air minuman di tangan di lepaskan sahaja.

Dia membantu Liz untuk duduk semula.Belakang badan perempuan itu di gosok-gosok nya membantu perempuan itu mengantur nafas semula.

belakang Leher Liz di hentak nya sedikit kuat membuatkan perempuan itu sudahpun memuntahkan rokok yang diberikan oleh Adrian tadi.YaAllah terima kasih kerana masih menyelamatkan hambamu..

Malik mengambil air mineral yang dibelinya tadi lalu diberikan pada Liz.

"Minum dulu.." Kata Malik membantu Liz untuk minum.selesai sahaja perempuan itu minum dia meletakkan botol di tepi Liz .dan di sandarkan tubuh perempuan itu di dinding.

Malik melihat wajah Adrian,seluruh badannya Sudah mula panas. lalu dengan pantas dia menuju ke arah Adrian.Baju lelaki itu di tarik dan diputarkan nya .

"Kau nak bunuh dia ke Ah?! " Tengking Malik sudah mula muak dengan perangai iblis lelaki itu.dia tolong Adrian pun sebab lelaki itu sudah janji tidak akan membunuh sesiapa pun.

"relaks lah bro..pempuan tu kalau matipun apa kena mengena dengan kau?" kata Adrian langsung tak merasa bersalah.

"tak de kena mengena? woi aku dengan kau sekarang ni yang culik dia tau .kalau kau bunuh dia aku pun turut terlibat ! guna lah otak kau sikit! jangan ikut kan sangat emosi kau!"

Adrian mencebik kan bibir.

"Bro.kau tolong aku sebab apa? sebab nak tangkap Nisa kan? so kalau aku bunuh Liz sekarang pun tak de salah..sebab lepas ni aku akan bunuh Nisa juga..tak de beza broo..siapa yang tak guna otak!"

badan Adrian ditolaknya kasar.

"Tapi kau kata kau takkan bunuh Dorang kan! kau cakap kau nak balas dendam je kan?! bukan ini cara nya !"

"Habis tu ? macam mana! kau nak aku nangis pastu suruh dorang minta maaf pada aku..kau bodoh ke bro?! Ah Bodoh!"

"Kalau macam ni perangai kau ..aku menyesal tolong kau bro"Ucap Malik merasakan penyesalan selama ini kerana masih mahu menjadi hamba kepada lelaki iblis itu .

"Menyesal? tak ada guna nya dah..polis dah cari kita..kau nak buat apa lagi..? kau ingat kau terlepas?"

Wajah Adrian di lihat nya dan di perhatikan nya lama.Dengan pantas satu tumbukan padu dilayangkan untuk Adrian.Dua kali dia memberi tumbukan itu dengan sekuat tenaganya.Membuatkan Adrian sudah tertiarap dan tidak menyedarkan diri.

Liz hanya mampu terdiam kaku melihat Malik memperlakukan Adrian seperti itu.

Malik cepat-cepat menuju ke arah Liz.Tali yang berada di tangan dan di kaki perempuan itu di buka pantas .Membuat kan Liz terkaku sebentar sebelum tangannya di genggam erat dan tubuh nya dibawa pergi dari tempat itu oleh Malik.

Kunci kereta yang berada di poket di keluarkan pantas dia menyuruh Liz masuk ke dalam kereta.kereta di panaskan lalu dengan pantas mereka pergi dari tempat neraka itu.

_____

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat yang lebih selamat .Liz masih berteka-teki kenapa lelaki itu ingin menyelamatkan dia sedangkan pada mula nya dia juga yang menculik nya hari itu.Rasa pelik mula menjelma.

"kau tolong aku?" Soal Liz masih hairan.

"Aku kesian kan kau..aku tak nak kau mati" jawab Malik ringkas.Wajah Liz dilihatnya lalu kembali memandu.

Liz terasa amat letih hanya mengangguk kan kepala tanpa bertanya apa-apa lagi.kepala di sandarkan di tepi cermin.Mata di lelapkan dan tidur.

****

BEG BAGASI diambil lalu di isi semua baju-baju yang berada di dalam almari.Nisa bergegas memasukkan handphone nya kedalam beg sandang .

beg sandang di sandang elok di bahu .Bila sahaja selesai majlis pernikahan nya tadi fikirannya terus sahaja tertumpu ke arah Liz.Dia tak boleh membiarkan Liz lama-lama berada di tangan Adrian lagi.

Beg bagasi di zip lekas .

Anak mata meninjau keluar bilik melihat sosok Zafriel.

"Tuan! " Panggil Nisa .

Zafriel yang duduk di atas sofa mula melangkah ke arah Nisa.Kening di kerutkannya.hairan!

"Jom pi kuala lumpuq " Kata Nisa .beg bagasi di bawa keluar bilik.pintu bilik di kunci .

"Tuan tak bawa baju pun kan? dah jom !" Nisa tanpa memperdulikan riak wajah hairan Zafriel terus sahaja melangkah pantas bersalaman dengan kedua mertua dan ibu bapa nya terlebih dahulu sebelum mendekati kereta.

"Abah hantaq Nisa dengan Zafriel sat pi perhentian bas.." pinta Nisa dengan tergesa-gesa.

"Ah-ialah"Pak Samad hanya mengiyakan tanpa mengetahui apa tujuan sebenar Nisa dan Zafriel bergegas ke Kuala Lumpur .

Zafriel hanya mengikuti langkah Nisa .beg bagasi yang berada di tangan Nisa di ambil nya .Mahu membantu isterinya itu menangkatkan beg.

Terlihat sosok Dina yang tidak jauh dari rumah itu cepat-cepat Nisa berlari kearah Dina .

Tangan kanan dilayankan ke arah Dina.Terus sahaja Dina mengeluarkan hendphone iphone milik Zafriel yang di perbaiki oleh Nisa hari itu.

"tahniah .." ucap Dina .Nisa hanya membalas ucapan itu dengan senyuman manis.

"Terima kasih nah" kata Nisa kemudian kembali pergi ke halaman rumah ingin masuk ke dalam kereta.Dina pun sudah berlalu dari situ.

Handphone iPhone yang berada di tangan di simpan cepat ke dalam beg sandang tak mahu di ketahui oleh Zafriel .
Tak pasal-pasal nanti lelaki itu salah faham pula dekat dia.

Biarlah nanti sahaja dia memberi handphone itu kepada Zafriel.Tunggu masa yang tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience