5

Romance Completed 177269

KUNCI KERETA diambilnya pantas dari beg sandangnya .Leher yang lenguh di gerakkan ke kiri dan ke kanan .

Sebelum dia terlupa kan kejadian semalam dia mencari lampu suluh kecil di dalam beg nya .Minyak wangi semburan di keluarkan dari beg sandang .Tangan kanan nya sedia untuk menyembur muka lelaki misteri semalam.Inilah salah satu trik yang diajar oleh Mak Leha kepadanya sebelum pergi ke Kuala Lumpur .

"Hang mai lah kalau berani ..aku dah sedia bagi mata hang buta.." Bisik Nisa pada dirinya sendiri.Walaupun pada waktu ini dia betul-betul takut untuk melangkah ke kereta Myvi nya namun dia tetap memberanikan diri .

Tap!Tap!Tap..

Glup..

Air liur ditelan kelat apabila terdengar bunyi tapak kaki dari arah belakangnya .Bulu tengkuk nya mula naik takut-takut bunyi itu dari Lelaki semalam.Mata di tutup nya menggunakan bawah tudung nya,Kaki terus sahaja melangkah.

'Sikit ja lagi nak sampai ..relaks Nisa' Bisik hati perempuan itu.

Bila sahaja terasa pinggangnya di acukan benda keras.Nisa sudah terdiam beku .Esakkan tangis kuat memenuhi ruangan parking. pada saat ini dia sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling nya lagipun dia tahu malam-malam begini memang tidak ada orang sama sekali kecuali dia dan lelaki yang sedang bersamanya sekarang.

Apa patut dia lakukan!

"Tolong lah jangan apa-apa kan aku..Tolong lah aku belum sempat lagi mengucap dua kalimah syahadah sebelum aku pi ..mak aku kat kampung tu pun aku belum call lagi..tolong lah hang jangan apa-apa kan aku ..aku mohon kat hang"Mohon Nisa.

Tangan mula mengigil kesejukan .mata yang di tutup dengan tudung belum dibuka dari tadi .Minyak wangi yang berada ditangan hanya menjadi penonton ketakutannya langsung tiada gunanya pada keadaan hujung-hujung nyawa seperti ini.

"Betul kau nak aku lepaskan kau?" Bisik lelaki dibelakang nya .Bahu perempuan itu masih ditekannya kuat.

Cepat sahaja Nisa mengangguk .

Lelaki itu mula tersenyum sengit .Kepala Nisa diusapnya beberapa kali sebelum menundukkan perempuan itu ke bumi.

"Kau nampak kasut aku..kau cium !" Jerit lelaki itu bagai nak rak.Nisa yang tidak tahu berbuat apa hanya mengikut kata-kata lelaki itu.dia terus sahaja duduk bercangkung di atas lantai dan mula mencium kasut milik lelaki itu tanpa memikirkan apa-apa lagi.demi nyawa cium kasut pun jadilah !

"dah boleh lepaskan kah?" pinta Nisa masih dalam ketakutan.

"Sebelum tu ucap lah dua kalimah syahadah ..."Kata lelaki itu sambil memegang kepala Nisa yang dilapisi tudung .

Dalam keadaan ini ada sesuatu yang pelik .Rasanya kalau lah lelaki itu lelaki semalam yang mengikuti nya ,Tak sepatutnya lelaki itu sebodoh itu untuk melepaskan dirinya .Mata dibuka perlahan .kepala di dongaknya.

DAMN!
TAK GUNA BETUI !

Terpampang wajah lelaki yang tidak asing dimatanya.Ya! tak lain tak bukan Zafriel.

"Ini dah lebih ni ...dari tadi saya duk rayu-rayu macam orang gila ..rupanya tuan ! memang nak kena betui lah tuan ni .." Marah Nisa yang sudah berdiri sambil menyapu-nyapu bibirnya .Tak pasal-pasal dia kena cium kasut Zafriel pula malam ini.

Zafriel yang sudah ketawa besar melihat gelagat Nisa .sebenarnya dari tadi dia nak gelakkan Nisa tapi ditahan nya sahaja.tak sangka pula perempuan itu sanggup cium kasut nya itu.

"Amacam seronok cium kasut I " Sindir Zafriel lagi.Nisa sudah mengecilkan matanya .rasa nak cungkil-cungkil sahaja mata Zafriel sekarang ini berani betul dia nak mempermainkan Nisa Diandra.

"Tuan gelak lah gelak sampai subuh ! kalau kena kat batang hidung sendiri baru padan muka tuan..Kalau tuan dalam situasi yang sama macam saya tadi tuan cium juga kasut saya!" Ucap Nisa mempertahankan dirinya agar tidak malu dan tidak menjadi bahan ejekan dari Bos nya itu.

"kalau I yang kena macam tu I Tak cium kasut ..I cium jer you...confirm you lepaskan I Kan" Zafriel mengeyitkan sebelah mata nya kearah nisa.

'Amboi tuan Zafriel ..pandai nah nak caiq kan hati aku ..Eh nisa jangan lagu tu hang jangan kalah..' Bisik hati Nisa.

"Amboi tuan..gatai nah..nak cium-cium anak dara orang pula..siapa ajaq tuan ada saya ajaq tak da kan..Amboi mengenyam!" Kata Nisa sambil menjeling kan anak matanya.

"Nanti cium betui-betui baru hang tahu" Bisik perlahan Nisa agar tidak kedengaran oleh Zafriel yang berada di tepinya itu.

"Apa.."Kata Zafriel bila terdengar Nisa seakan-akan berbisik .

"Apa ? tak da apa?" Balas Nisa lagi.

Kepala digelingkan oleh zafriel .

"You memang suka cakap seorang-seorang yer..Kat office cakap seorang ..kat luar pun cakap seorang.." ucap Zafriel bila perasaan dengan tabiat Nisa yang satu itu.

"Alah tuan sibuk ja..dah lah saya nak balik dulu nah" Ucap Nisa sambil melambai-lambai kan tangannya ala ratu kebaya.kunci kereta di tekan lalu terus sahaja dia masuk kedalam kereta dan meninggalkan Zafriel.

"Nisa..Nisa..kau memang pelik kan.." Bisik Zafriel yang sudah melangkah menuju ke keretanya .Kunci kereta sempat dilihat dan tersenyum sendiri.

"Dengan kunci kereta pun takut.." kata Zafriel lagi.

***

BEG SANDANG dibuang ke sofa .geram betul dia dengan sikap Zafriel tadi.senang-senang sahaja lelaki itu main-main kan dia .tak apa ini hari Zafriel nanti hari dia pula datang dia kenakan lelaki itu cukup-cukup.

kaki melangkah sambil dihentak kuat mahu menuju ke peti sejuk .Mana tahu minum air sejuk boleh legakan sikit hatinya yang panas ini.

"Ah hang hentak lagi kaki kuat lagu tu aku potong kaki hang.." Jerit Liz yang sudah turun ke bawah .Matanya tajam sahaja memerhatikan Nisa.

Air sejuk di teguk oleh Nisa dengan lahap .Arh..segar sikit tekak nya .

"Hang tak dengaq kah aku bercakap dengan hang Ni Nisa Oi.."

"Aku dengaq lah Jannah .." Balas nisa yang meletakkan kembali air sejuk itu kedalam peti sejuk.Kakinya melangkah menghampiri Liz .

"Ni hang ingat dak yang aku kena pi kampung hari ni..."

Kepala diangguk kan oleh Nisa.

"awat hang tak jadi kah nak pi kampung.."

"Eh dak eh..Aku nak pesan kat hang ja ..hati-hati kalau nak pi kerja tu ..Ialah hang tinggal kat rumah aku ni sorang ja ..bahaya..kah hang nak ikut aku pi kampung. terus jumpa mak hang.."Kata Liz.

"Kalau boleh aku nak sangat ikut hang pi kampung jumpa mak abah aku tapi aku tak boleh lah Jannah .." Ucap Nisa dengan nada yang sedikit sebak .

Liz memegang bahu Nisa lembut.senyuman manis diberikan untuk sahabat nya itu.

"Tak pa Lah..nanti aku tolong tengok-tengok kan mak hang..tak mau lah sedih-sedih lagu ni.."

Senyuman diukir perlahan oleh Nisa.

"Ni kenapa hang balik lambat ?"

Nisa sudah membulat kan mata,Bibirnya mengukirkan senyum penuh makna.Hembusan nafas dilontarkan kecil.

"Ah kalau pasai ni hang kena ikut aku pi atas..panjang cetanya dari A to Z Aku kena ceta kat hang.."

Liz hanya mengangguk sambil mengikuti Nisa untuk naik ke atas .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience