20

Romance Completed 177269

HANDPHONE milik Zafriel yang pecah tadi di lihat nya lama.Hembusan nafas dikeluarkan perlahan.Anak mata menoleh ke dalam rumah masih ingin melihat kelibat Zafriel di dalam rumah itu.Namun,Satu bayang pun dia tak nampak.

Handphone berjenama IPhone di belek-belek nya.Kalau dia hantar dekat kedai mungkin boleh dibaiki lagi..Kesan pecah nya tak lah teruk sangat cuma handphone itu dah tak boleh on sahaja.

"Telefon IPhone lagu ni dia baling? ada akai kah tak da? " Bisik perlahan Nisa masih membelek-belek handphone itu.

Kendengaran bunyi tapak kaki yang sedang menuruni anak tangga rumah .Dia terus menoleh cepat dan menyembunyikan Handphone yang dia pegang tadi di belakang badan.

"Nisa.."

"Ah?" sahut Nisa .Sambil senyuman terukir di bibir bila melihat Zafriel sudah berada di hadapannya.

Zafriel membalas senyuman itu dilihatnya wajah Nisa lama lalu melabuhkan punggung di atas bangku yang sedikit jauh dengan Nisa.Ialah kalau dekat-dekat nanti apa pula kata orang kampung.

"I nak minta maaf dekat you pasal tadi.." Mohon Zafriel sedar dengan kesalahan nya terhadap Nisa tadi .Dia langsung tak sangka dia boleh melayan Nisa seperti itu tadi padahal Nisa langsung tidak terlibat dalam masalahnya.

Hembusan nafas perlahan di keluarkan oleh Nisa.

"Saya okay ja.." Kata Nisa mengukirkan senyum.

Senyuman Nisa dibalasnya dengan perlahan.Mata nya tiba-tiba mencari-cari sesuatu di atas permukaan tanah .Namun, apa yang di cari nya langsung dia tak jumpa.Kalau tak silap benda tu ada kat sini tadi?.Wajah Nisa di lihat nya lama.

"Nisa ada nampak tak iPhone I yang ..." Kata zafriel ragu-ragu menyambung ayatnya.

Nisa hanya melanyangkan wajah datar .Pura-pura tak tahu.

Kepala di geling kan nya beberapa kali.

Keluhan kecil dilepaskan perlahan oleh Zafriel.Menyesal pula dia hempaskan telefon itu tadi.Takpe lah lagipun dia ada satu lagi handphone.

"Is okay lah. actually I have one phone again but I like this phone..hmm..sokay lah.." Keluh Zafriel.

Bibir digigit oleh Nisa.

"Tak pa lah saya nak pi masuk rumah dulu..Tuan tak nak masuk?" Soal Nisa kepada Zafriel sebelum melangkah kan kaki mahu menuju ke dalam rumah nya.Kalau lama-lama dia duduk dengan Zafriel nanti kantoi pula kan!

Zafriel mengelingkan kepala perlahan.

"kejap lagi I masuk.." Ringkas sahaja balasan dari Zafriel.

"Ah-ialah..Tuan jangan duk lama-lama kat luar nah..nanti semua anak dara kat kampung saya syok kat tuan..Tak da lah pengantin lelaki saya nanti.." Sempat Nisa bergurau dengan Zafriel sebelum menyambung Langkahan kaki nya menuju ke rumah.

Ketawa kecil terkeluar dari mulut zafriel apabila mendengar kata-kata Nisa tadi.Sehari tak buat dia gelak memang tak sah!

Pokok yang berada di tepi nya di tenung nya lama.Wajahnya tiba-tiba bertukar serius bila mengigat kembali perbualan nya bersama Adrian tadi.Entah kenapa abang nya itu sanggup berbuat sampai sekejam itu oleh kerana mahu membalas dendam kepada orang yang langsung tidak bersalah?

Kedua kaki di disilangkan nya agar lebih selesa .

"Apa aku nak buat?" Soal Zafriel untuk dirinya sendiri.

Sekarang ini satu-satu nya jalan untuk selamatkan keadaan adalah dengan berkahwin dengan Nisa dan membawa perempuan itu ke rumah mama dan papa nya agar semua orang dia boleh perhatikan lagi pula dirumah itu ada pengawal keselamatan .Jadi tak lah dia risau sangat tentang keadaan semua orang..

Tapi macam mana mahu bagitau pada Mak Leha dan Pak Samad tentang hal ini mahu kah mereka melangsung kan perkahwinan secepat ini.Nanti apa pula kedua orang tua perempuan itu katakan..

"Macam mana ni??" Rungut Zafriel .Kepala di tekup nya.

_______

MAKAN PETANG di siapkan dengan sempurna oleh Nisa dan Mak Leha.Lauk ikan masak lemak cili padi dan sayur kangkung masak belacan membuka selera mereka semua yang berada di meja itu.

Pinggan di berikan satu persatu oleh Nisa kepada semua orang.

Pak Samad sudah mula menadah tangan dan mata nya melihat Zafriel sekilas Memberikan isyarat kepada lelaki itu untuk membaca doa dahulu sebelum makan.

Ha'Hem..

Daheman Pak Samad menguasai suasana sunyi pada saat ini.Mata nya masih melihat Zafriel.

"Bismillahirrahmanirrahim..Allah Huma barikh Lana fina rozakh tana wakina aza bana ..Aamin.." Doa makan yang di baca oleh zafriel di sambut dengan baik oleh semua orang.

Zafriel mengambil sayur kangkung masak belacan dan di gaul bersama nasi nya dengan perlahan dia terus memasukkan nasi itu ke dalam mulut nya..Pergh! memang sedap..kalah makanan western!

"Bila hangpa nak langsung kan perkahwinan ?" Soal pak Samad secara tiba-tiba.

HeMMMM!

Tersedak Nisa dibuatnya bila mendengar soalan dari abahnya itu.Tiada angin tiada hujan terus sahaja soalan itu menuju ke telinga nya..

Zafriel yang berada di hadapan nya sudah tergapai-gapai mengambil cawan dan diisi kan air kosong untuk diberikan pada Nisa.Risau betul dia dengan keadaan Nisa..kening nya terus terturun ke bawah..

"Apa ni abah..Lama lagi lah.." Kata Nisa mengambil air yang diberikan oleh Zafriel tadi lalu di tuang cepat kedalam mulut nya..Kalau tak ada Zafriel tadi mau arwah dia disitu!

"Rasanya minggu depan Kut .." jawab zafriel mengambil tempat duduk nya semula .Lalu memasukkan lagi suapan keduanya.

Mata dibulatkan oleh Nisa secara automatik . Astagafirungloh al-Azim ..kenapa semua benda buat dia terkejut sahaja hari ini..

Nak buat prank?

Argh!!!

Tolong jangan sekarang ..Please lah...

"Tuan tak kelakaq tau dak?" Kata Nisa sambil menjeling kan anak matanya.

"Tak Nisa ..I betul-betul..minggu depan kita kahwin..esok I suruh mama dengan papa datang sini hantar rombongan.." Kata zafriel dengan yakin.

Pak Samad dan mak Leha sudah memandang antara satu sama lain .Jujur mereka pun turut terkejut dengan keputusan dari zafriel.

"Biaq betui kamu ni Zafriel...jangan sebab ada sesuatu kamu terus nak lekaih-lekaih kahwin dengan Nisa.." Sampuk mak Leha ..mula musykil dengan zafriel.

"Kamu ingat Zafriel.Nisa tu bukan nya handphone yang hang boleh beli sesuka hati bila dah tak suka hang campak.."Sampuk Pak Samad lagi.

Nisa menghembuskan nafas perlahan.dilihat nya wajah Zafriel lama..Tak tahu kenapa hatinya seakan tak tenang.

Entah kenapa dia dapat merasakan sesuatu rahsia yang lelaki itu sembunyi kan dari dia..Apa sebenarnya yang berlaku sampai lelaki itu mengambil keputusan seperti itu? Dia tak mahu menjadi seperti abahnya kata kan tadi..Dibuang dikala tak lagi memerlukan!

"Tuan..Kalau tuan nak kahwin dengan saya sebab tuan cintakan saya ..Saya boleh terima..saya setuju minggu depan kita kahwin.Tapi kalau tuan ada maksud tersendiri rasanya kalau kita kawin pun tak da makna.." Nisa melihat wajah Zafriel lama sebelum dia pergi meninggalkan meja makan itu.Tak da mood dia mahu sambung makan..

Bila mendengar kata-kata dari Nisa tadi dia terus terdiam kaku.tangan nya langsung tak boleh bergerak.

Pak Samad dan Mak Leha menghembuskan nafas serentak dan menyambung kembali suapan ke dalam mulut mereka.

Kerusi ditolak perlahan oleh Zafriel.Kaki nya melangkah pergi dari meja makan itu mahu pergi ke arah Nisa.

LANGKAH KAKI terhenti di hadapan pintu bilik perempuan itu.Pintu diketuk nya perlahan.

Tok! Tok! Tok!

Tersedar sahaja ketukan itu Nisa hanya melihat hadapan pintu lalu kembali melihat buku majalah yang berada di tangga nya.Hembusan nafas perlahan di keluarkan dari mulut perempuan itu.

"Nisa..please..buka lah pintu ni...I nak bincang dengan you" Mohon Zafriel .

"Kalau saya tak nak!" Kata Nisa dari arah bilik .

"Pleaselah Nisa .."

'Baru sekarang hang nak bincang! yang tak bincang awal-awal tadi dengan aku pasai pa!' Bisik hati Nisa Sakit hati betul dia dengan sikap Zafriel yang satu ini.

Beberapa minit dia menunggu Nisa untuk membuka pintu tapi langsung tiada tanda-tanda perempuan itu ingin membuka nya.

Zafriel sudah mula penat.

Hembusan nafas dikeluarkan nya perlahan terus sahaja dia duduk di atas lantai sambil menyandar di muka pintu itu.
Mana tahu hati perempuan itu terbuka untuk dengar dulu apa yang dia mahu katakan...

"Nisa..I kawin dengan you sebab i cintakan you .You tau kan i risau kan you..Setiap hari i fikirkan pasal you..
Setiap hari Nisa.." Luah Zafriel.

Nisa sudah mula menghampiri pintu bilik nya itu Telingga di lekap kan nya di muka pintu.

"Sejak Malam tu..I Tak Boleh nak rasa tenang lagi..I risau kan you Nisa .Percayalah...takde sebab lain yang patut I bagitahu you.." Luah Zafriel lagi matanya sudah mula berkaca-kaca menahan sebak didada.

Nisa yang mendengarkan luahan dari Zafriel sudah tersentuh dengan setiap perkataan yang di katakan oleh lelaki itu tadi.Air mata di tahan nya agar tidak mengalir dipipi.

"You ada tanya sebab kenapa I boleh cintakan you secepat ini kan..I cintakan you Nisa..I nampak dari mata you, you seorang perempuan yang kuat dan tabah.."
Luah zafriel lagi merasakan sebak di hati.

Kalau lah hatinya kuat untuk bagitahu tentang Adrian sekarang ini .Dia pasti akan beritahu dengan Nisa tentang hal itu..Tapi dia tak mampu...

Susah untuk dia luahkan pada Nisa..Sangat susah..

Pintu dibuka oleh Nisa membuat kan badan nya ter gerak sedikit namun dia cepat menyedari tentang kehadiran Nisa . Automatik dia berdiri sambil melihat wajah Nisa ..Senyuman di berikan untuk Nisa.

"Saya tak marah pun..cuma nya saya merajuk nya ialah sebab tuan tak bincang dengan saya dulu..lagipun saya ni mudah terkejut jadi mula lah otak saya pikiaq yang bukan-bukan..Sorry nah"Kata Nisa membalas senyuman dari Zafriel.

"I cintakan you ." Zafriel memerhatikan wajah Nisa lama.

"Tahu ..tuan dah bagitau saya tadi ..saya degaq lah..saja ja tak nak buka pintu..Lagipun saya pun satu over acting ..Ala tuan nak cepat kan perkahwinan ja kan tapi saya pula yang merajuk sakan..Sorry nah.." Kata Nisa lagi menyalahkan diri nya sendiri yang bertindak seperti budak-budak.

"You tak salah ..I yang salah tak bincang awal dengan you.."

Nisa menghembuskan nafas perlahan.

"Hm..sudah..siapa yang salah tuan salah kan tuan sendiri ..saya salah kan saya sendiri..Dah ..ialah kita kahwin minggu depan nah.." Gurau Nisa sengaja tak mahu merengang kan keadaan .

Zafriel sudah mengaru belakang kepala nya yang tak gatal.Kepala diangguk kan nya beberapa kali.

Wajah Nisa dilihat nya lagi.Masih tersimpan rasa bersalah nya terhadap perempuan dihadapan nya itu..

Dia janji tiba masanya dia akan beritahu juga pada Nisa walaupun bukan sekarang..

____

Author : Hai para Readers TMMD! Sorry Tau saya lambat update kebelakang ni T_T huhu..Sepanjang PKPB ni busy sangat2 ialah ada class online Kan..huhu tak sempat nak Update..Tapi alhamdulillah hari ni dapat juga update nye..walaupun lambat ! Tapi tak pe kan..hihi..Tq masih setia membaca TMMD ^_^ ..love2 korang Banyak2!!

Share this novel

bunny
2020-10-28 17:42:23 

halhh nk sambungn........

bunny
2020-10-28 17:42:22 

halhh nk sambungn........

Adam Darina
2020-10-28 00:18:24 

ala...bila nk update?lme da tggu ni hu4


NovelPlus Premium

The best ads free experience