30

Romance Completed 177269

CAHAYA menjelma di sebalik jendela bilik itu.Terus sahaja Nisa melangkah mendekati langsir jendela lalu diselak agar cahaya masuk ke dalam biliknya .Nasib baik lah semalam Zafriel tak terlalu memaksa untuk tidur sebilik dengan lelaki itu kalau tak habis lah dia.Lagipun dia belum terbiasa untuk tidur bersama .

Tapi mungkin malam ini akan menjadi malam pertama untuk mereka.Mybe?Bibir perempuan itu tiba-tiba tersenyum automatik.

"Malam pertama?" Tiba-tiba ayat itu muncul di bibirnya.Senyuman tiba-tiba menjelma di bibir.Namun, cepat-cepat dia mengelingkan kepala nya menyedarkan dirinya sendiri.

'Apasal pula aku duk gatai sangat ni...' Kepala diketuk nya berkali-kali.

"Sayang ..."

Suara itu membuat kan Nisa melihat kebelakang secepat mungkin.

Glup!

Air liur ditelan kelat pada waktu ini bila melihat Zafriel sudah siap berkemeja namun masih belum di butang sepenuhnya lagi.Aduh! kenapa pula hatinya tiba-tiba berdegup kuat pada saat ini.Anak Mata nya asyik melihat dada tegap milik Zafriel yang terdedah luas.

Air liur ditelan sekali lagi.Mata cepat dialih kan nya sebelum terbuai lama nanti lain pula jadinya.

'Nisa please ..Jangan.. control mata hang tu! Tolonglah Nisa..sekali ni ja!' Kata hati perempuan itu.Matanya dipejam nya tak mahu melihat Zafriel yang kini sudah berada betul-betul dekat dengannya.

"Sayang..boleh tak ikat kan tie I?" kata zafriel terdengar lembut sahaja suara lelaki itu menambahkan hati Nisa bertambah lemah.Nisa sudah membuka matanya kembali ingin melihat wajah suaminya itu.

DAMN!

'alamak ini betul bahaya ni...tak ! tak boleh! sanalah aku tak nak tergoda dengan hang!!!' Bisik hati Nisa,Nisa menolak sedikit tubuh Zafriel lalu menjauh dari lelaki itu.

Zafriel yang tertolak kebelakang sedikit sudah mula kebingungan.

"kenapa? you tak reti nak ikat tie eh? "Sakat Zafriel memberi kan senyuman yang menampak kan kedua lesung pipit lelaki itu .lagi menambahkan Nisa terpaku .lidah terasa kelu .

"ah? gheti lah ..tapi Nisa.."

"Nisa apa?" Kata zafriel menaikkan keningnya.

'takkan aku nak kata aku tergoda kat dia...Ish tak tak! malu setahun nanti!' Kata hati perempuan itu lagi.

"Nisa nak pi buat breakfirst untuk suami tercinta nisa..abang nak makan apa?" pelawa Nisa menyembunyikan perasaan nya yang sebenar.senyuman lebar dilukiskan dibibir .

Zafriel mendekati Nisa kembali.Pinggang perempuan itu di peluk nya lembut.wajah Nisa di lihat nya penuh kasih..

Nisa yang kini sudah terbawa dipelukan Zafriel sudah terbeliak anak mata.Dalam sekelip mata sahaja dia sudah berada di pelukan lelaki itu mahu tak berdebar jantung nya pada saat ini.Rasa nak pecah!

"sayang..sayang dah lupa ke?" Bisik lembut lelaki itu ke telingga Nisa.

Lupa? apa pula yang dia lupa ?

"Hah?" Kata Nisa binggung.mata nya langsung tak boleh lari dari tatapan mata lelaki itu.

"sayang..." Lembut sahaja suara itu menerjah ditelingganya.

Nisa masih melihat wajah Zafriel langsung tak faham apa yang Zafriel ingin sampai kan kepadanya.setahunya dia tak pernah lupa dengan apa-apa perkara pun.

"Sayang lupa yang kita nak pergi tengok tapak pembinaan projek yang sayang kena siapkan tu?"Beritahu Zafriel yang sudah mula melepaskan pelukan nya ke pinggang nisa.neck tie nya dikemaskan nya sendiri.

Melihat Zafriel seperti kesusahan mengikat neck tie nya sendiri .Nisa terus sahaja mendekati lelaki itu.

Ha'hem!

"Takpe biar Nisa yang ikatkan" kata Nisa yang melarikan tangan Zafriel dari neck tie dileher suaminya itu..dan diikat nya dengan kemas.

"thanks sayang.."kata zafriel memberikan senyuman kearah isteri nya itu.nisa hanya membalas dengan senyuman ikhlas.

Nisa kini cuba mengingat kembali tarikh untuk melawat tapak pembinaan projek itu.tak sangka pula dia hari ni ?

"ah? Hari Ni? Dato poyo tu ada kah? " Soal Nisa polos.

Zafriel sudah ketawa besar mendengar soalan Nisa tadi .

"Eii tak baik panggil macam tu..dia rakan kongsi syarikat kita tau.." kata zafriel sambil tangan nya mencubit lembut pipi gebu perempuan itu.

"Erm yalah yalah..dah abang pi lah dulu office ..nisa nak kena pi ambil baju Nisa kat hotel ..tertinggal ."Kata Nisa.

"takpelah jomlah pergi ambil..abang temankan sayang " kata zafriel menarik tangan Nisa .Nisa hanya mampu mengikuti kata-kata lelaki itu sahaja.

****

BEBERAPA JAM KEMUDIAN.

BEG BAGASI yang berada di tangan Zafriel di taruh di belakang kereta.Wajah Nisa dilihat nya sebentar lalu cepat sahaja dia membuka kan pintu kereta untuk perempuan itu sebelum Nisa sampai ke kereta itu.

"Tak de yang tinggal?" soal Zafriel kepada Nisa.Nisa mengangguk sambil mengukir senyuman.

Liz yang berada di hadapan nya di lihat lama .Kaki nya melangkah kembali ke arah Liz .Tubuh Liz dipeluk oleh Nisa dengan hati yang berat.Dia takut Liz akan di apa-apa kan lagi oleh Adrian.

"Betul hang tak apa-apa?" Soal Nisa .risau dengan keadaan Liz.Liz mengangguk.

"Okay..aku okay ja hang jangan risau ..lagipun Malik ada untuk jaga aku." Jawab Liz sambil anak mata nya melihat Malik yang berada tidak jauh dari mereka.

Nisa turut melihat wajah Malik.

"Take care okay?" Pesan Nisa sebelum berangkat masuk ke dalam kereta.

Enjin kereta berjenama Mazda dipanas kan dengan pantas mereka terus sahaja meninggalkan tempat itu.

Bila di dalam kereta .Nampak wajah risau terpapar di wajah isterinya itu.

"Jangan risau okay..Liz takkan apa-apa.." kata Zafriel cuba menenangkan hati Nisa.dia tahu Nisa masih risau dengan keadaan liz tapi sekarang mungkin lebih selamat kerana ada Malik.

"Nisa okay..cuma Nisa fikir juga kalau Malik masuk penjara nanti siapa nak jaga Liz ? " Soal Nisa kepada suaminya itu.

Zafriel hanya memberikan senyuman nipis kepada Nisa.Dalam keadaan ini dia sendiri pun tak tahu macam mana dia mahu yakin kan Nisa yang Liz akan tetap selamat .

"InsyaAllah dia akan selamat kita doakan je yang baik-baik untuk Liz . " Ucap zafriel .

Nisa melihat wajah Zafriel lalu bibirnya mengukirkan senyuman.Apa yang Zafriel katakan betul juga sebagai seorang sahabat dia mesti doakan yang baik-baik untuk Liz.Bukan fikir yang bukan-bukan.

___________

KERETA diparking elok .Terlihat luas sahaja kawasan tapak pembinaan itu.nisa melihat sekeliling kawasan.Memang ngam betul lah lakaran pembangunan yang dia sedang siap kan sekarang.Luas !

"Jadi macam mana ngam dengan apa yang sayang lakar ?" Soal Zafriel .takut nanti lakaran pembangunan Nisa tak sesuai untuk tapak pembinaan ini.

"Semua okay..sesuai sangat ." kata Nisa menyakinkan Zafriel.

"Okay kalau macam tu..sayang siap kan lakaran tu cepat sikit tau ..abang tak sabar nak tengokkan hasil lakaran hebat sayang dekat Dato Sharizal nanti..tak lah dia pandang sayang sebelah mata je kan" kata zafriel perasan dengan reaksi Dato Sharizal setiap kali melihat wajah Nisa.

"Betul tu ! dia ingat Nisa ni tak terer kah? "Kesal Nisa.

Zafriel mendekati Nisa lalu bahu perempuan itu dipeluk nya mesra.

"Sayang abang ni memang terer !! tak siapa boleh kalahkan.."Kata Zafriel sambil hidung Nisa di cubitnya perlahan.Geram dengan sikap comel perempuan itu!

Nisa sudah tersenyum lebar tangannya melarikan tangan Zafriel yang berada di bahu nya dengan perlahan.tanpa berfikir panjang pinggang Zafriel di geletek nya lalu terus sahaja Nisa berlari masuk ke dalam kereta,Saja mahu menyakat suami tersayang nya itu.

"Sayang!" Laung manja Zafriel yang sudah mula geram dengan kelakuan Nisa tadi.dia memang pantang pinggang mahal nya itu di usik.

Zafriel terus sahaja masuk kedalam kereta dan berlalu dari situ.

____________

P/s: Huhu ! Rindu dengan korang semua !!!!! saya nak minta maaf sangat - sangat sebab dah lama tak Update. Sebenarnya memang nak Update tapi itulah Line kat kampung ni pula ada masalah dan satu lagi saya ada Class online (Tak lama lagi saya ada TRIAL STPM)(tolong doakan saya tau agar dipermudahkan >_< i'm scaryyy!!!!) soooooooo.....saya kenalah fokus dulu ...tapi tak pe saya akan up juga kalau ada masa^_^ .jangan risau asalkan korang sentiasa sokong saya dengan komen&follow..itu sahaja..tq semua^_-.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience