35

Romance Completed 177269

"KAU tipu aku ! aku benci kau Zafriel ! " Teriak Nisa dari dalam bilik ,Esakkan tangis semakin kuat .Dia sudah tak boleh menahan api amarah nya ! sakit yang teramat bila dapat tahu orang yang kita sayang ,yang kita percaya selama ini adalah orang yang mahu menghancurkan hidup kita sendiri!

Salahkah dia bila membenci suami sendiri !

Entahlah yang dia tahu sekarang ini dia betul-betul sudah tak boleh melihat wajah Zafriel! dia benci melihat wajah adik daripada orang yang selama ini dia benci!

Nisa bersandar di dinding biliknya.Lutut nya terasa lemah sehingga dia terus terduduk di lantai.

Air mata mengalir dipipi nya lagi.Perut nya yang tengah mengandungkan anak zafriel dilihat nya lalu hati perempuan itu tiba-tiba terasa sebak..

"Sayang..mama akan jaga sayang.." Perut nya dipegang nya lalu di usap perlahan.Anak mata melihat gambar perkahwinan nya bersama Zafriel.esakkan tangis kembali menjelma. "Walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah..mama janji mama akan bagi sepenuh kasih sayang mama pada anak mama"

Senyuman nipis cuba diukir di bibirnya.

Handphone yang di letak nya di atas katil tiba-tiba berdering tanda ada seseorang yang menghubungi nya.

Air mata dihapus.Kakinya berusaha untuk berdiri untuk mengangkat panggilan tersebut.

Bila melihat nama Liz tertera di skrin handphone nya..Tanpa berfikir panjang dia terus mengangkat panggilan itu .

"Asalamualaikum Nisa..ni aku nak abaq kat hang ..Malik! dia dah sedar dah..tapi dia kena berehat dulu 2-3 minggu kat hospital ni.."

Nisa cuba untuk menyembunyikan masalah dan kesedihan nya daripada Liz .Dia tak mahu ada sesiapa tahu masalah rumah tangga nya dengan Zafriel.

"waalaikumussalam.. Alhamdulillah..kalau lagu tu nanti aku pi hospital nah..nak tengok keadaan dia lagu mana?"

"Bagus lah kalau lagu tu.Tapi kalau hang sibuk kah apa kah..tak pa Lah,nanti-nanti hang boleh mai sini.."

Air mata yang masih tersisa di hujung mata nya di lap perlahan.

"Ehh tak pa lah lagipun aku nak jumpa hang juga..rindu.."

Bila mendengar kata-kata Nisa tadi Liz sudah berdehem di hujung talian.

"Ha'hem apa sai pula nak rindu-rindu kat aku ni...nak manja-manja kat aku kah? tak cukup lagi kah hang manja-manja dengan hubby hang tu .." Sakat Liz .terdengar bunyi ketawa kecil dihujung talian.

Nisa sudah terdiam seketika.Sebak di hati nya ditahan .

"Aku...aku nak manja dengan hang lah lagi ..kat rumah aku dah manja-manja kat dia .." Nisa cuba untuk menyembunyikan masalah yang di hadapi nya sekarang ini.Air mata yang ditahan nya tadi tiba-tiba mengalir dipipi apabila dia teringat akan pergaduhan nya bersama Zafriel tadi.

Pipi yang ditampar oleh Zafriel tadi di pegangnya.Jelas terlihat pipinya sudah bertukar menjadi merah kebiruan akibat ditampar kuat oleh Zafriel tadi.

"Alolo ...sweet nya hang...dah lah aku tunggu hang nah..nanti kalau dah sampai abaq ja kat aku.." Ujar Liz meletakkan panggilan.

Handphone di letak kan kembali di atas katil.Gambar perkahwinan nya bersama zafriel dilihatnya lama lalu air mata mengalir lagi.Gambar itu di taruh nya di dalam laci meja dia tak mahu hati nya semakin sedih bila melihat gambar itu.


****

8:20 PAGI

SELESAI sahaja bersiap Nisa terus turun ke bawah mahu mengambil kunci kereta dan berangkat ke hospital.pipi nya yang ditampar oleh Zafriel semalam di cover nya dengan memakai mask.Tak mahu Liz bertanya tentang pipinya nanti.

"Sayang.."

Tiba-tiba tangannya terasa di pegang oleh seseorang .dilihatnya arah belakang.

Tangan nya yang berada di dalam genggaman Zafriel ditarik nya kuat lalu menyambung kembali langkah kakinya.

"Nisa please..Abang..abang minta maaf ..abang tak sengaja tampar nisa..abang boleh explain semua nya.."

Langkah kaki Nisa terhenti.Badan nya di pusing nya kebelakang mahu menghadap wajah lelaki itu.

"Explain lah.." Datar sahaja nada suara Nisa saat ini.Emosi di hati cuba untuk di control.

"Memang..Adrian tu abang kandung abang..Tapi abang tak pernah terfikir langsung pun nak hancurkan hidup nisa,tak pernah nisa! abang sayangkan nisa..."

Air mata lelaki itu sudah mengalir dipipi.

Nisa melihat wajah Zafriel lama.Mask yang dipakai nya di turun kan nya.

"sayang? kalau sayang, kau takkan pernah pun tampar aku..kalau kau sayangkan aku.kau takkan pernah pun tipu aku!!" tengking Nisa .Emosi dihatinya kian meningkat.

"abang ..cintakan nisa, abang nak lindungi nisa.."

Bila mendengar kata-kata zafriel tadi.Nisa langsung tak boleh terima .Apa yang lelaki itu katakan semua bohong ! cinta? ini kah cinta yang di ertikan oleh Zafriel.Ini yang mampu melindungi dia?

"TAK!!! KAU TAK CINTAKAN AKU!!!"

Teriak Nisa menguasai ruang tamu ketika ini.terlihat wajah nya mula memerah,Mask yang berada di dagu nya di pakai nya semula.

Langkah kaki nya pantas melangkah ke arah keretanya.

Zafriel yang melihat perlakuan Nisa sudah bergegas menghalang langkah kaki perempuan itu.tubuh nisa dipeluk nya erat dari belakang.

"Tolong lah Nisa percaya kan abang..abang sayang kan Nisa..sekali je Nisa..sekali je tolong percayakan abang..Cinta abang pada Nisa tak pernah tipu perasaan abang! abang tulus cintakan Nisa! tolong lah abang merayu dekat Nisa!" Rayu Zafriel .

Tubuh Zafriel di tolak nya kasar!

"Lepaslah!!!"

wajah nya menghadap ke arah zafriel kembali.Air mata mengalir di pipi.

"Sekali kau tipu aku! sampai mati aku takkan pernah percaya kan kau!"

mendengar kata-kata nisa.zafriel terdiam kaku .lutut nya terasa lemah.bibirnya beku tak mampu berkata apa-apa lagi.

Langkah kaki Nisa menuju ke arah kereta.

Zafriel hanya mampu terdiam dan membiarkan isterinya pergi.

Hembusan nafas perlahan dihembuskan nya.Dia kecewa terhadap dirinya sendiri!

"Abang rindu kan Nisa yang dulu.."

Air mata lelaki nya mengalir dipipi .perasaan sebak nya kian menjelma dihati.Dia rindu dengan isterinya itu....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience