28

Romance Completed 177269

BAS

"YaAllah engkau lindungi lah sahabat aku dari apa jua kejahatan.aku mohon kepadamu YaAllah..." mohon Nisa disepanjang perjalanan mereka ke Kuala Lumpur .Hatinya dari tadi tak tenang asyik memikirkan tentang Liz.

Hembusan nafas panjang di lontarkan oleh zafriel .
dari tadi dia melihat tingkah laku Nisa seperti itu.tapi dia hanya membiarkan sahaja kerana dia faham perasaan Nisa sekarang ini,itu lah kenapa dia hanya membiarkan Nisa bertingkah sebegitu walaupun banyak orang yang melihat mereka dengan pandangan pelik pada masa ini.

Handphone nya di off Kan Buat seketika takut - takut kalau Adrian menelefon nya secara tiba - tiba.

"sayang..sabar tau..Insya-Allah Liz akan selamat.." ungkap Zafriel cuba menenangkan Nisa.Nisa hanya memandang Zafriel sekilas.

8 JAM BERLALU

NISA TERUS sahaja keluar daripada bas tanpa menghiraukan Zafriel sama sekali.Zafriel hanya mampu mengelingkan kepala.kemudian turut keluar .

Handphone di poket seluar di keluarkan ingin menghubungi driver nya untuk membawa kereta berjenama Mazda nya ke sini.
Dilihatnya Nisa duduk di bangku yang tidak jauh dari situ,tanpa berfikir panjang dia terus mendekati isterinya itu.Senyuman diukir terlebih dahulu .

"Kejap lagi driver abang Sampai.." Beritahu Zafriel kepada Nisa.

Wajah Zafriel dilihat nya sebentar .

"Em." Jawab nisa ringkas.

Nafas panjang dikeluarkan oleh Zafriel .Dia tahu Nisa masih ada rasa marah kepada nya walaupun tadi semasa nikah nisa kelihatan sudah memaafkan dia.Namun, dia tahu di dalam lubuk hati isterinya itu masih ada rasa marah terhadap dirinya.

Senyuman masih diukir kan oleh Zafriel.
cuba untuk mengambil kembali hati isteri nya itu.

"sayang tak nak makan ? " soal Zafriel sengaja berkata begitu agar keadaan mereka sekarang ini tak terlalu janggal .

"sekarang bukan masa nak fikir pasal makan " Jawab Nisa lagi.langsung tak memandang wajah Zafriel.

Hembusan kecil di lontarkan oleh lelaki itu.

"abang cuma risaukan sayang.."

Bila sahaja dia mendengar kata-kata itu dari mulut zafriel seakan hatinya mula terjentik secara tiba-tiba .Namun, perasaan risaunya kepada Liz lebih kuat..membuatkan dia langsung tak menanggap kata-kata Zafriel tadi.

"Tapi saya risaukan Jannah.." ucap Nisa yang membuatkan Zafriel terkaku diam.Hembusan nafas kecil dilontarkan oleh lelaki itu cuma Anggukkan kepala diberikan untuk Nisa.

________

SETELAH BEBERAPA minit driver Zafriel yang bernama Ali atau biasa dipanggil Pak Ali sudahpun sampai.Zafriel Dan Nisa terus masuk ke dalam perut kereta tanpa berfikir panjang beg bagasi di angkat oleh Pak Ali untuk dimasukkan ke dalam belakang kereta.

"pergi mana tuan?" Soal Pak Ali .

"Kita pergi balai polis " Kata Nisa terburu-buru.

Kepala diangukkan oleh pak ali,Lampu kereta dihidupkan terlebih dahulu kerana hari pun sudah gelap dan mula berangkat .

****

BALAI POLIS

SETELAH tiba di balai polis Nisa terus bertanya kan tentang Liz.

Terlihat seorang polis lelaki yang kebetulan masih berada di dalam pejabat nya Nisa terus sahaja masuk ke dalam pejabat tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.kerusi di hadapan di duduki nya.

"Macam mana dengan kes kawan saya ?"soal Nisa tanpa basa-basi.

Polis lelaki itu sudah berkerut dahi.Pintu utama bilik nya dilihat nya terlebih dahulu .Tiada orang kah diluar sampai perempuan itu senang-senang sahaja masuk tanpa meminta kebenaran dahulu.

"siapa yang izin kan cik masuk?" Soal polis lelaki itu.tegas!

"Itu tak penting yang penting kawan saya..please lah tuan. bagitahu dia di mana sekarang? "Rayu Nisa kepada pegawai polis itu .

Polis lelaki itu hanya terdiam dan hanya mampu menangguk kan kepala.dia sudah biasa menghadapi situasi seperti ini.

"Siapa nama kawan cik?" Soal pegawai polis itu lagi.

"Nurul Jannah Eliza" Balas nisa dalam keadaan risau.

Fail hitam di ambil lalu diperiksa terlebih dahulu tentang data-data kes mangsa sebelum melihat wajah Nisa.Air liur sudah ditelan kelat.susah untuk dia jelaskan pada perempuan itu.

"Maafkan kami cik..kawan cik yang bernama Nurul Jannah Eliza telah diculik oleh pelaku tersebut dan sampai sekarang masih belum dijumpai..kami sudah berusaha sebaik mungkin .pihak media pun sudah mengambil tindakan untuk menyebarkan kes ini..Tapi sampai sekarang kami belum tamui sebarang jejak lagi." Jelas lelaki itu.

Culik?!

Nisa menarik nafas.Sesak terasa dada nya apabila mendengar tentang kes Liz itu tadi.Entah di mana lagi dia mahu mencari sosok perempuan itu .Dia betul-betul tak tahu lagi! YaAllah kau lindungilah hamba mu..

Esakan tangis mula memecah ruang sunyi .Namun,cepat - cepat zafriel memeluk erat tubuh perempuan itu tak mahu Nisa terbawa emosi.

"lepas lah!" teriak Nisa .dia terus melangkah keluar tanpa memperdulikan Zafriel lagi.kalau bukan sebab Zafriel yang ingin melangsungkan pernikahan mereka tidak lah keadaan menjadi sesulit ini. sekarang apa yang jadi ?! bayang Liz pun dia langsung tak boleh nampak!

Zafriel tertolak sedikit akibat tolakan Nisa tadi.Dia terus berlari untuk mendapat kan Nisa semula.Dia takut ada apa-apa yang terjadi pada isteri nya itu.

"sayang!" tangan isterinya di pegang nya kuat.

"apa hang nak lagi? dah puas kan! sekarang ni Liz dah hilang..entah hidup entah mati..kita tak tahu..dimana lagi kita nak cari dia? "Kesal nisa setiap perkataan tidak lagi seceria dulu hanya laungan kasar yang kedengaran ditelingga zafriel pada saat ini.

Zafriel hanya diam dan melihat wajah Nisa lama.Dia tak tahu lagi mahu explain kepada nisa macam mana lagi! Semua apa yang dia buat salah dimata perempuan itu.

"Abang buat ni untuk lindungi sayang..sayang ingat tak masa kereta sayang kena pecahkan haritu.sayang tau tak betapa takut nya abang kehilangan sayang..sayang tau tak abang betul-betul tak boleh bayang kan kalau sayang dah tak de dalam hidup abang.." Ungkap Zafriel .jujur dari hatinya dia betul-betul takut kalau sampai dia kehilangan Nisa pada suatu hari nanti.

Nisa menatap mata suami nya itu tajam.pengangan Zafriel di lepaskan dengan sekuat tenaga nya.

"sekarang ni saya tak cakap pun pasal saya ! saya cakap pasal Jannah ! tuan tau dak ! tuan nampak kan saya depan mata tuan. jadi apa lagi ! sekarang ni Jannah yang penting bukan Nisa.." Nisa sudah tak mampu menahan api amarah didalam diri.Apabila dia melihat teksi ngam-ngam berhenti dihadapan balai polis dia terus mengambil beg bagasi nya yang berada di belakang kereta dan melangkah pergi ke arah teksi itu.

Zafriel yang ingin mengejar Nisa terus menghentikan niatnya apabila melihat Nisa sudahpun pergi bersama teksi itu.dia hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa lagi.dia memegang dahinya kuat .kepala diraupnya .

"Ya Allah.. Nisa ..pleaselah faham abang sekali je.." kata perlahan dari lelaki itu .pintu kereta nya dibuka lalu masuk kedalam kereta .Entah macam mana lagi dia mahu memperbetulkan niat nya yang ikhlas untuk melindungi perempuan itu.

****


HADAPAN rumah mereka dilihat lama.Air mata mula mengalir deras.Dimana lah Liz sekarang ini ?

Terlihat penanda 'Amaran' berwarna kuning disekiling rumah menjadi tanda rumah itu belum boleh di masuki lagi kerana masih dalam siasatan polis.Dia pun tak tahu dimana harus dia tidur sekarang ini.tapi yang dia lagi risau entah di mana Liz berada sekarang ?

Beg bagasi di dirikan .Tudung bawal yang dikenakan nya sekarang ini di kemaskan sedikit.Handphone yang dari tadi berbunyi langsung dia tak angkat.dia tahu itu adalah zafriel.sebab itu dia langsung tak angkat biarlah dia menenangkan hati terlebih dahulu.

PAK!

Bahu serasa di tepuk agak kuat membuat kan Nisa sedikit terkejut dan terus melihat ke belakang.

Ya-Allah ! Jannah...

Anak mata terasa berkaca - kaca .Esakkan tangis menguasai diri .Tubuh perempuan itu terus dipeluknya erat.Liz juga turut memeluk tubuh Nisa dengan erat.

"Nisa aku takut..." kata Liz yang masih trauma dengan kejadian yang dihadapi nya.Nisa memeluk lebih erat sahabatnya itu dia menggosok-gosok belakang badan perempuan itu perlahan-lahan.

"Maafkan aku...maafkan aku.." rintihan Nisa berasa bersalah dengan semua yang terjadi pada liz.liz melepaskan pelukan itu dilihatnya wajah Nisa .

"hang tak salah Nisa.." Kata Liz dia tahu ini semua bukan salah Nisa tapi ini semua berpunca daripada Adrian sendiri .lelaki itu hanya mempunyai dendam yang dia lakukan sendiri dan menampias kan kepada orang lain!

Malik hanya mampu melihat tangisan dua orang perempuan di hadapan nya perasaan menyesal nya kembali dalam diri.Kalau lah dia sedar lebih awal akan kesilapan nya tidaklah Liz diseksa oleh Adrian sampai sebegini sekali.memang dia bodoh Kerna mengikuti sahaja semua kemahuan Adrian!

"Aku rindu kan hang" ungkap Nisa .

"Aku pun .." balas Liz kembali.

Apabila dia melihat wajah Liz habis membiru dan bengkak.Terus dia membelek-belek wajah sahabatnya itu.

"hang okay kah?apa lelaki tu buat dekat hang.."Soal nisa .Kening dikerut kannya.

Liz menangguk beberapa kali.Tubuh Nisa dipeluk nya lagi.

"Aku okay..hang jangan risau"

Malik menghembuskan nafas perlahan.dia tahu dia juga salah dalam kes ini.

"Saya yang patut minta maaf ..lepas ni saya akan laporkan diri dekat balai..saya dah tak kisah kalau saya dipenjara sekalipun..saya janji saya akan beritahu semua pasal Adrian..saya janji.." Kata Malik .

pelukan dilepaskan serentak.

Nisa melihat wajah Malik lalu kembali melihat Liz.

"dia kawan Adrian tapi dia juga yang tolong lepaskan aku.." beritahu Liz seakan tahu teka teki didalam fikiran Nisa.

Nisa hanya mengangguk.senyuman nipis diberikan pada Malik.tiba-tiba sahaja dia teringatkan zafriel..Mesti lelaki itu merasa bersalah dengan kehilangan Liz ditambah pula dia sendiri yang tak habis-habis menyalahkan lelaki itu.

Perasaan bersalah menyelubungi hati .YaAllah berdosa kah dia sebagai isteri kerana sudah melukai hati suaminya sendiri ?

"nasib baik lah aku mai sini sebab aku nak masuk rumah .rehat kan badan kejap tapi tengok lah kita sendiri pun dah tak boleh masuk rumah kita,Tu pintu pun dah pecah.."ungkap Liz dengan nada yang sedikit perlahan.Nisa yang sedar dengan kata-kata Liz tadi segera kembali ke alam nyata,Wajah Liz dilihat nya dengan senyuman manis dibibir.

"tak pa Lah Kita tidoq dekat mana-mana hotel murah dulu..esok kita pi cari bilik ataupun rumah sewa.."Kata Nisa menenangkan hati sahabatnya itu .walaupun hati nya sekarang tidak setenang wajahnya Kerna masih memikirkan tentang Zafriel.

Liz yang dari tadi tidak melihat sosok Zafriel sudah mula pelik .kepala nya mencari-cari sosok Zafriel namun tak kelihatan .

"Zafriel mana? hang dengan dia apa ceta?"Soal Liz sudah tersenyum-senyum.Bahu Nisa dicuitnya sedikit.

"Aku dengan dia dah kahwin.." Jawab Nisa.

"Lah ya kah..tahniah nah..tapi dia mana?" Soal Liz sambil melihat wajah Nisa menanti jawapan dari mulut sahabat nya itu.

Nisa hanya mampu memberi kan senyuman nipis tanpa menjawap sedikit pun dia hanya diam membisu.Mesti sekarang ini Zafriel sangat kecewa dengan dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience